Administrator sedang memeriksa keadaan menara yang dia hasilkan. Ada portal dibuka di hadapannya dan Egos berjalan keluar dari portal bersama Jacob.
Administrator: Hm? Kenapa kau datang? Bukan ke kau dah takde apa-apa urusan di dunia ni?
Egos: Betul. Tapi aku nak lihat sendiri, peperangan yang bakal terjadi di sini.
Administrator: Apa maksud kau?
K-BOOOOOOOM!! K-BOOOOOOOM! K-BOOOOOOOM!
Kedengaran bunyi letupan yang kuat sehingga menggegarkan tanah. Seluruh istana bergegar dengan kuat. Administrator memandang skrin di sebelahnya. Kelihatan Scurra yang berada di dalam Calamity Fortress telah datang untuk berhadapan dengannya.
Administrator: Ceh! Dia ingat dia boleh hancurkan tempat ni dengan mudah?!
Egos: Tidak. Sasaran dia bukanlah tempat ni. Tapi menara yang kau bina.
Calamity Fortress melangkah ke arah menara. Semua meriam yang ada di Calamity Fortress dihalakan ke arah menara. Scurra kawal patung yang lain,menyerang menara dengan semua meriam yang kita ada.
Scurra: Anais! Johan!!
Anais dan Johan berada di atas bangunan tinggi dekat dengan istana Scurra berada. Anais angkat tongkat dia ke udara dan awan hitam berkumpul di belakangnya. Awan hitam tu menyambar menara dengan panahan kilat manakala Johan hasilkan bebola api biru yang besar dan baling ke arah menara. Mereka berdua menyerang menara serentak dengan tembakan meriam beramai-ramai.
Administrator: Hm.....seranglah banyak mana pun,menara tu takkan dapat dimusnahkan.
Scurra memandang serangan ke atas menara dari dalam bilik simpanan item. Dia lihat skrin yang menunjukkan patung yang diletakkan di kaki hadapan Calamity Fortress.
Scurra: Patut ke aku hantar mereka? Tapi.....takde apa yang terjadi buat masa sekarang.
Tiba-tiba....
SKREEEE! SKREEEE!
Pintu menara dibuka dan ribuan raksasa keluar dari menara menuju ke Calamity Fortress. Raksasa yang keluar dari menara nampak macam kumbang badak,tapi badan mereka besar macam badak dan cengkerang mereka berwarna merah darah.
Scurra: Berserk Locust!? Seriuslah!?
Anais: Apa patut kita lakukan tuan?!
Scurra: Aktifkan perisai!
Sejenis perisai melapisi seluruh kubu, melindungi mereka dari Berserk Locust.
Berserk Locust mengerumuni Calamity Fortress dengan jumlah yang tak terkira banyaknya,cuba melepasi perisai dan masuk ke dalam. Winton bergerak keluar dari istana dan ketuk tongkatnya ke lantai.
Winton: Undead Arise!!
Ratusan ribu zombi merangkak keluar dari tanah dan keluar dari Calamity Fortress menyerang menara. Sementara Anais dan johan berurusan dengan Berserk Locust yang mengerumuni mereka.
Administrator: Hm? Setakat raksasa level rendah ni buat apa?
Winton: Bergabung!!
Semua zombi yang keluar bergabung dan bersatu menjadi zombi yang lebih besar dengan enam mata, tanduk di kepala dan tangan yang besar macam balak.
Administrator: Oh.....
Zombi tu menolak pintu masuk menara namun pintu tu terlalu kukuh. Administrator hantar raksasa lain untuk uruskan zombi gergasi.
Scurra: .....
Administrator: Kau masih nak tengok ke Egos?
Egos: Hm. Lebih baik kau jangan pandang rendah mereka. Kau sendiri tahu kesan dan kelebihan item yang kau berikan pada mereka.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord