Gopal kembali ke dunia asal. Dia memandang keadaan pelabuhan yang terhenti masanya dan mengeluh sendirian.
Gopal: Nampaknya ada entiti terlupa nak jalankan masa.
Dia petik jarinya dan masa kembali bergerak. Dia berjalan mengekori Gargus ke tempat kapal disimpan untuk lihat keadaan kapal yang bakal digunakannya.
Sebaik saja mereka tiba di situ, kelihatan banyak golem bertugas menyelenggara,membaiki dan membaikpulih kapal dan bot yang ada.
Gargus: Ini dia tuan! Inilah kapal yang bakal tuan gunakan!!
Gargus mempersembahkan kapal tu kepada Gopal dengan rasa teruja. Gopal terkedu melihat kapal yang dibina Gargus dan Vizel.
Ruin Whale Galleon
Gopal: Huh.....menarik betul kapal ni.
Kapal yang diletakkan di atas ikan paus,berserta bekalan yang mencukupi untuk perjalanan setengah tahun dan senjata.
Gargus: Bagaimana tuan? Saya rasa kapal ni dah cukup bagus untuk perjalanan tuan!
Gopal: Hm....unik,dan mengagumkan. Saya kena akui idea kamu kali ni memang menarik.
Gargus: Terima kasih atas pujian tuan!!
Ikan paus memandang Gopal yang berada di sebelahnya. Gopal merenung ikan paus tu dan berjalan ke arahnya. Dia terbang naik ke atas dan mendarat di atas dek,melihat pemandangan dari atas kapal.
Gopal: "Tinggi jugak ikan paus ni. Sesuai kalau ada orang cari pasal, serahkan je pada ikan paus ni."
Barangan diangkut ke atas kapal dan dibawa ke bilik kargo untuk disimpan. Krew kapal yang terdiri dari lanun zombi memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan perjalanan.
Gopal yang berada di dek kapal, merenung ke arah lautan luas. Nostalgia menjentik hatinya tatkala dia teringat akan memori dia bersama kawan-kawannya semasa di Pulau Rintis.
FLASHBACK
Hari yang tenang. Kelima-lima remaja berada di tepi pantai,bermain dan bergurau senda menikmati cuti mereka dari tugasan mereka.
Fang: Bagi sini BoBoiBoy!
BoBoiBoy: Nah! Ambik ni!
Gopal: Aku dapat! Aku dapat!
Sementara mereka bertiga bermain bola,Yaya dan Ying duduk di pondok bersama Ochobot,menyediakan BBQ dan minuman sejuk.
Yaya: Cukup tak bahan yang kita ada?
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord