Bronze: Boulder Blast!!
Gamma: Sonic Decapitation!!
Para Guarder sedang berlatih bersama-sama sementara menunggu Gopal kembali ke clan. Mereka berlatih di kawasan yang agak jauh dari clan untuk elakkan dari musnahkan benda.
Saber menyerang Ruby dengan cakar harimau dan Ruby bertahan dengan perisai lendir. Dia baling lembing hitam ke arah Saber tapi Saber tepis dengan ekor kala jengking dan sengat Ruby. Ruby pegang ekor Saber dan baling dia ke atas.
Ruby: Slime Cutter!!
Ruby libas Saber dengan duri tajam namun Saber bertahan dengan keraskan badannya. Dia mendarat dan berlari ke arah Ruby dan rempuh dia macam badak sumbu. Ruby bertahan dengan tangannya namun dia terseret ke belakang.
Sebastian berada di clan, memerhatikan mereka berlatih bersama. Dia sedang membersihkan bilik tidur Clanmaster bersama butler yang lain.
Sebastian: "Hm....agaknya macam mana kekuatan saya yang sebenarnya? Dah lama saya tak berlatih dengan yang lain."
Pixel: Sebastian,ada pesanan dari tuan untuk kita semua.
Sebastian: Pesanan dari tuan?
Pixel: Ya. Dia kata,hantar dron ke Zankro Theocracy untuk siasat menara tu. Kita akan bergerak tak lama lagi.
Sebastian: Baiklah. Saya akan beritahu Dr.Green tentang perkara ni.
Sebastian meninggalkan bilik tidur Clanmaster dan pergi ke makmal Dr.Green untuk beritahu dia tentang pesanan dari Gopal.
Sementara itu,Gopal masih berada di Calamity Fortress,membaca semua katalog pemain yang ada. Dia membaca siang dan malam tanpa henti. Sambil dia membaca katalog, dia menggabungkan kad dan medal dalam badannya untuk digunakan menentang Administrator.
Selepas Gopal membaca katalog pemain terakhir,dia bangun dan berjalan pergi dari situ.
Gopal: Masanya dah tiba.....
Dia terbang balik ke Royal Mafioso. Sebaik saja dia mendarat,dia teleport ke bilik takhta dan duduk di singgahsana. Dia menghantar mesej kepada para Guarder untuk kembali ke clan.
Gopal: "Guarder,berkumpul di bilik takhta dengan segera!"
Guarder: "Baik tuan Zero!!"
Gopal duduk di singgahsana. Dia periksa kad dan medal dalam badannya yang dia gabungkan untuk menjadi senjata baharu.
Gopal: Kita tengok sama ada idea aku berhasil atau tidak.
Seketika kemudian,para Guarder tiba di bilik takhta dan melutut di hadapan Gopal.
Ruby: Selamat kembali tuan Zero.
Zero: Hm. Bagaimana dengan persiapan kita? Askar yang saya sediakan,sudah dilatih dengan baik?
Bronze: Ya tuan! Semua askar kita dah bersedia!!
Dr.Green: Gargus dari pelabuhan juga bersedia dengan kapal perang yang kita ada.
Matthias: Vizel dah maklumkan kepada saya,pembinaan Stampede Armada sudah selesai.
Zero: Bagus! Kita masih ada masa sebelum kita pergi ke Zankro Theocracy,walaupun tak banyak. Pastikan semua Woodrieg,Fairy dan Lizardman sudah bersedia! Kerana kita takkan berhenti selagi musuh kita belum mati!!
Sementara itu,Zappa sedang berlatih dengan skill dia di hutan. Dia bina patung kayu dan gunakannya untuk menguji skill dia. Tangannya membesar dan mengeras,kukunya memanjang dan matanya berubah warna. Dia cakar patung kayu tu dan ia pecah jadi beberapa bahagian dan mencair.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord