Rombongan dari La-Ritas Empire berhenti di hadapan pintu masuk makam. Midra turun dari kereta kuda dan dapati sebuah rombongan dari Melbar Kingdom turut hadir ke tempat itu.
Midra: Apa? Kenapa mereka pun ada sekali?
R.Clide turun bersama Clifford dan Zaine. Dia nampak Midra bersama Stevan,Sarvina dan Whizel yang baru saja tiba.
R.Clide: Midra? Apa kamu buat di sini?
Midra: Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Apa yang kamu buat di makam ni?
R.Clide: Selamatkan kerajaan saya. Kamu?
Midra: Kebetulan. Saya pun sama.
KREAAK~
Pintu dibuka perlahan. Mereka nampak kawasan perkuburan yang luas dan penuh dengan batu nisan. Di sebalik kawasan perkuburan adalah sebuah istana yang besar dan penuh dengan raksasa.
Midra: *gulp*
Clifford: Jadi,inilah makam tu. Menakutkan.
Zaine: Ke mana adinda Amelie pergi?
Clifford: Dia kata dia tak sihat jadi dia nak tinggal di istana saja.
Zaine: Aah....
Mereka semua masuk ke dalam serentak. Rombongan La-Ritas Empire membawa hadiah untuk diberikan kepada tuan makam manakala rombongan dari Melbar Kingdom turut membawa hadiah tapi dalam jumlah yang lebih sikit berbanding La-Ritas Empire.
Mereka masuk ke dalam dan disambut dengan barisan maid dan butler yang berada di situ.
Zaine: Apakah...?
Sarvina: Maid dan butler kat tempat macam ni? Pelik betul.
Sebastian berjalan ke arah mereka dengan Violet di belakangnya.
Sebastian: Selamat datang ke Ragnarok. Saya diarahkan untuk membawa kamu semua berjumpa dengan tuan.
R.Clide: Tuan? Adakah kamu penjaga makam?
Sebastian: Tidak,saya cuma pembantu biasa saja. Silakan,ikut saya.
Sebastian membawa mereka ke tingkat atas manakala maid dan butler yang ada mengambil hadiah dari kedua-dua rombongan dan letak atas troli.
Sebastian bawa mereka ke tingkat atas dan masuk ke dalam lif. Sebaik saja pintu lif tertutup,mereka mula bergerak ke atas.
Clifford: Teknologi apa ni!? Tak pernah saya dengar tentang teknologi macam ni!
Stevan: Ini mesti teknologi zaman purba.
Lif berhenti dan pintu dibuka. Mereka ikut Sebastian berjalan menuju ke bilik takhta.
Midra: "Kekuasaan,kekayaan,kehebatan ketenteraan,dan...."
Midra memandang Violet yang berjalan di sebelah Sebastian.
Midra: "Gadis. Aku tak rasa hadiah yang aku bawa cukup untuk hilangkan kemarahan tuan mereka."
Mereka tiba di bilik takhta. Sebastian menolak pintu buka dan memperlihatkan kepada kedua-dua pemimpin kerajaan siapakah tuan mereka.
R.Clide: Ah....ha....ah....ah....
Di hadapan mereka,raksasa berapi biru duduk di atas singgahsana, menunggu mereka. Di kiri dan kanannya,terdapat raksasa yang tak mungkin mereka berpeluang nak kalahkan. Malahan,terdapat banyak jenis raksasa memenuhi bilik itu.
Whizel: Tuanku,jaga-jaga!
Zaine: Ayahanda,saya rasa kita mungkin tak boleh keluar dari sini hidup-hidup.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord