Administrator berdiri di hadapan cermin,melihat penampilan barunya setelah dia ubahsuai karakter Cain dan jadikan badan barunya.
Administrator: *whistle* Kacak jugak aku ni...!!!
Ada portal dibuka di belakangnya. Egos melangkah keluar dari portal bersama Spacebot di sisinya.
Egos: Razess,apa jadi dengan badan lama kau...?
Administrator: Hm? Ah,aku gantikan dengan badan baru ni. Badan lama tu memang berguna,tapi badan baru ni nampaknya lebih baik.
Egos: Oh.
Administrator: Ada apa kau datang? Nak tolong aku hapuskan-
Egos: Kau akan tewas.
Suasana berubah jadi tegang. Administrator mendekati Egos dekatkan wajahnya. Matanya memandang tepat mata Egos yang bersinar.
Administrator: Kau jangan nak merepek.
Egos: Aku tak tipu. Dan aku tak bergurau. Kau akan tewas di tangan mereka.
Administrator: Siapa?
Egos: Kau tahu siapa yang aku maksudkan....
Administrator berjalan ke arah balkoni. Dia memandang keadaan kota Zankro Theocracy yang bagaikan dilanda gempa. Dia genggam tangan dan baling tukul ke arah Egos namun tukul tu berhenti sebelum ia mengena Egos.
Administrator: Tak mungkin!! Aku gagalkan rancangan mereka! Tak mungkin mereka boleh teruskan!
Egos: Mungkin. Tapi,kau sedar tak yang sistem game yang kau cipta tak berkesan di dunia sebenar?
Administrator: Tch! Yelah,aku faham!
Egos: Bagus. Aku datang ke sini sebab aku mahu berjumpa dia.
Administrator: Siapa?
Egos: Pemain yang kau nak hapuskan. Aku nak tengok sejauh mana dia berkembang sejak dia tiba di dunia ni.
SKIP TIME
Gopal memandang kedua-dua Celestial Grade Item yang berhenti berfungsi setelah Cain menghilang.
Gopal: Kedua-dua item ni berhenti sebaik saja Cain menghilang. Ini mesti kerja Administrator.
Sebastian memeriksa keadaan kedua item tersebut. Dia mengeluh perlahan dan berpusing memandang Gopal.
Sebastian: Nampaknya kedua-dua item ni tak dapat digunakan lagi.
Gopal: Hm. Sebaik saja Cain menghilang,kita dah kehilangan sumber kad dan medal kita.
Sebastian: Kita patut buat sesuatu dengan kedua item ni.
Gopal: Betul. Untuk sementara waktu, saya akan simpan item ni dalam badan saya.
Lendir mengalir keluar dan melekat pada Card Gacha Tablet dan Medal Mine Bank. Gopal gunakan skill dia untuk simpan kedua item tu dalam badannya tetapi,untuk beberapa sebab,dia tak mampu menyimpan item tersebut.
Gopal: Hm??
Gopal cuba lagi. Dia tak boleh sedut kedua-dua item masuk ke dalam badannya. Dia tarik lendir masuk dalam badannya dan sentuh kedua-dua item.
Gopal: Kenapa jadi begini...?
Tiba-tiba,berlalu gegaran yang kuat sehingga seluruh kawasan Royal Mafioso dan kawasan di sekitarnya merekah. Royal Mafioso perlahan-lahan terapung di udara, mendedahkan sedikit struktur colossal yang tersembunyi di bawahnya.
Gopal: Apa yang jadi ni?!?!
Pixel: Tuan Zero!! Ada sesuatu menuju ke arah kita!!
Skrin hologram muncul di hadapan Gopal. Kelihatan seseorang berjalan ke arah Royal Mafioso. Walaupun jauh,Gopal dapat agak siapa dia.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
Fiksi PenggemarGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord