Carla dan Caramel kembali ke clan menggunakan kad teleportasi yang diberikan. Mereka tiba Royal Mafioso dan terus ke bilik takhta.
Carla: *kneel* Tuan Zero! Kami dah lakukan seperti yang tuan nak!!
Gopal: Mm. Sekarang......kita tahu betapa kukuhnya menara tu. Dan semua raksasa kita,dihapuskan begitu saja.
Gopal memandang semua raksasa yang dihantar ke menara itu dimusnahkan oleh raksasa dari dalam menara. Gopal mengocok kad di tangannya dan berikan empat keping kad pada Ruby.
Gopal: Saya nak kamu gunakan kad ni dan serang menara tu. Saya nak tengok kalau ada raksasa yang lebih kuat akan muncul.
Ruby: Baiklah tuan!! Patut saya gunakan medal yang ada pada saya?
Gopal: Mm.
Ruby: Baiklah!
Sebaik saja Ruby pergi,Gopal bangun dan berjalan ke arah tingkap. Dia memandang arah Zankro Theocracy berada dan keluarkan dua keping medal dan sekeping kad.
Gopal: Teruskan dengan rasa kedua.
Kad dan medal di tangannya bergabung dan terbang menuju ke arah menara. Administrator dapat kesan ada sesuatu yang memasuki menara tetapi dia tidak dapat lihat apa yang baru saja melepasi pertahanan menara.
Administrator: Apa benda tu? Imbas seluruh menara dan bilik boss!
Administrator mengimbas seluruh menara dan dapati ada anomali yang berada di dalam menara.
Administrator: Tsk!
SKIP TIME
Beberapa hari kemudian,Gopal masih teruskan serangan ke atas menara tanpa henti. Setiap kali raksasa yang dihantar dihapuskan,dia hasilkan raksasa baru dan hantar mereka ke arah menara. Perbuatan ini menarik perhatian Melbar Kingdom dan La-Ritas Empire serta Draconic Independent Nation.
R.Clide: Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
R.Clide mengarahkan askarnya menyiasat apa yang sedang terjadi antara Royal Mafioso dan Zankro Theocracy. Dia dapati bahawa Royal Mafioso menyerang menara yang muncul berdekatan Zankro Theocracy.
R.Clide: Kenapa dia buat macam tu?! Apa tujuan dia kali ni...?!
Strauss: Tuanku! Izinkan saya pergi ke sana dan berjumpa dia sendiri!
R.Clide: Tidak! Beta takkan benarkan! Macam mana....kalau perbuatan kita akan menyebabkan kehancuran kerajaan kita?
Iroka: Tapi tuanku! Ini mungkin melibatkan nasib semua kerajaan yang berada di benua ni! Kita tak boleh biarkan saja!!
R.Clide: Tak. Kita tunggu dulu. Beta nak keadaan jadi lebih tenang sebelum kita cari jawapan.
Sementara itu,Midra yang mendengar berita tersebut dari Stevan,Savina dan Whizel bersembunyi dalam biliknya.
Midra: Tidak.....ini tak mungkin.... raksasa tu dah rasa bosan dengan kita....dan dia nak hancurkan kita!!
Stevan: Kau dah beritahu tentang tuanku Draconic Independent Nation?
Whizel: Belum. Itu mungkin akan buat dia pengsan.
Di Royal Mafioso,Zappa dan Zalarea dipanggil ke bilik takhta dan berjumpa dengan Gopal yang sedang mengocok kad.
Zappa: Ada apa kau panggil kitorang?
Gopal: Aku ada hantar scout untuk tengok bahagian dalam menara tu. Kau berdua akan terkejut bila korang tengok.
Beberapa skrin hologram muncul di hadapan mereka bertiga. Kelihatan bahagian dalam menara yang jauh lebih besar dari luarannya, seakan-akan dunia sebenar. Setiap tingkat ekosistem dan biodiversiti yang tersendiri.
YOU ARE READING
GOPAL: GAMES OF KING
FanfictionGopal bermain permainan Virtual Reality (VR) bila dia secara tak sengaja termasuk dunia lain. Gopal: Aiyoyo!! Dengan bantuan NPC dan pengalaman dia,Gopal memulakan perjalanan menuju ke puncak sebagai raja teragung dan terhebat. Idea dari: Overlord