PCM 30

4.7K 197 30
                                    

    Mawar melabuhkan punggungnya di atas sofa.Matanya tertancap ke arah skrin televisyen yang gelap.

Fikirannya melayang entah ke mana.Jauh benar temenungnya.Tanpa amaran...

Air matanya mula mengalir membasahi pipi gebunya.Bibir di ketap menahan segala rasa yang di tanggungnya sekarang.

Fikirannya melayang tentang perkara yang di bincangkan pagi tadi.Bagaimana dia boleh nenerima cadangan itu?

Dia tahu... dia terlihat bodoh.Sayang macam mana pun.Cinta macam mana pun dia... jikalau hati sang suami hanya untuk rakannya.Apa yang dirinya boleh buat lagi?

" Kenapa kau terima Mawar!" Gumam Mawar.Wajahnya di katup.Makin deras air matanya mengalir.

" Kalau aku tolak? Aryyan akan pukul aku ke?" Soal Mawar ketakutan.Matanya meliar ke sekeliling.

Kring...

Bunyi deringan telefonnya membuatkan dirinya tersentak.Kepala berkalih ke arah telefonnya yang berada di sisinya.

Terpapar nama rakannya, Arissa.Dia bagaikan sudah tahu apa yang gadis itu mahu.

Kepala berkalih ke arah lain.Mata terkatup.Dia tidak mahu angkat.Dia tidak mahu pergi.

Buat apa dia terus menyeksa dirinya untuk kebahagian orang lain? Mengapa dia perlu memikirkan perasaan orang lain? Sedangkan hatinya... tiada siapa yang mahu ambil tahu.

Kring...

Deringa masih tidak mahu berhenti.Mawar menutup cuping telingannya dengan kedua belah tangan.

Entah hatinya mula menimbulkan rasa serbasalah.
Sebelum ini dia , tiadak pernah melakukan itu kepada rakannya.

" Ah!" Jerit Mawar.Air mata semakin galak mengalir.Dia tersepit dengan perasaannya.Bagaimana dia mahu melawan rasa bersalah itu.Bagimana?

" Tak... aku tak nak! Aku sakit!" Rayu Mawar agar deringan telefon itu berhenti.Di tutup cuping telingannya dengan lebih erat.Kepalanya sudah tergeleng - geleng.

' Kau tak kesiankan Arissa ke Mawar?' Bisik hati kecilnya.

" Tak!" Jerit Mawar cuba melawan kata hatinya.Untuk apa dia perlu menyakitkan hatinya demi kebahagian orang lain?

' Kau dah lupa ke Mawar? Dia dah banyak tolong kau, Mawar? Takkan kau dah lupa? Senangnya kau lupa budi baik kawan kau? ' Bisik hati kecilnya lagi.

Semakin galak air mata mengalir.Bibir di ketap menahan perit yang di rasainya sekarang.

" Tak nak!"

__________

Berkerut dahi Arissa.Sudah kali yang ke 20 dia spam call. Tapi masih tidak terjawab oleh orang di sana.

" Dapat ke sayang?" Soal Aryyan dengan jongketan kening.

Kepala Arissa terangkat apabila di tegur oleh tunangnya yang berada di depannya.

" Tak... dia masih tak angkat." Ujar Arissa risau.Resah hatinya apabila gadis itu masih tidak menjawab panggilannya.

" Dia tido kot?" Ujar Aryyan cuba menyedapkan rasa hatinya gadis itu dan dirinya juga.

" Harap macam tulah... ya allah... Mawar.Janganlah buat aku risau..." Resah Arissa.Kuku ibu jarinya di gigit.Memang itu tabiatnya ketika sedang cuak ataupun resah.

" Sayang... It' s okay... "  Tenang Aryyan.

" Hm..." Gumam Arissa.

" Sayang... I nak call  kawan I kejap eh.You tunggu sini kejap eh?" Ujar Aryyan meminta diri.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now