PC 97

2.3K 194 39
                                    

Mawar menjatuhkan punggungnya di atas sofa. Wajah wanita tua yang berada di depannya di pandang lama. Sebelum dia bersuara. Wanita tua itu sudah memulakan pembicaraan mereka saat ini.

" Kau nak apa datang sini?" Soal wanita tua itu.

" Makcik ibu kepada Zul kan?" Soal Mawar lembut.

" Tak perlu kau sebut nama anak aku. Apa yang kau nak sebenarnya ni?" Soal kembali wanita tua itu kasar.

" Saya... Saya datang ni. Saya nak minta tolong dengan makcik. Tolong tarik tuduhan itu? Tolong..." Rayu Mawar dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya.

" Huh! Untuk apa? Laki kau dah bunuh anak aku! Dan satu - satunya anak aku!"

" Tolonglah makcik. Saya merayu sangat. Tolonglah kasihankan suami saya." Rayu Mawar sambil dia duduk melutut di hadapan wanita tua itu walaupun sedikit payah bagi perutnya yang membulat itu.

" Kesian? Waktu anak kau bunuh anak aku? Ada dia kesiankan aku? Ada dia kesiankan anak aku? Kau baliklah! Aku takkan tarik balik!" Tegas wanita tua itu terus bangun dari kedudukan.

" Makcik!"

Langkah wanita tua itu terhenti apabila Mawar menyeru. Mawar mencapai sampul surat yang penuh dengan wang tunai di dalamnya. Dia meletakkan di atas meja.

" Makcik cakap je makcik nak berapa? Saya sanggup bayar semuanya. Tolonglah... Saya mengandung. Saya perlukan suami saya." Tangis Mawar. Dia benar - benar terdesak sekarang ini.

" Kau fikir dengan duit ni... Aku boleh hidupkan balik anak aku ke? Kau ingat aku boleh beli nyawa anak aku semula ke?" Tengking wanita tua itu dengan air mata menitis membasahi pipinya.

Tanpa menunggu jawapan dari Mawar. Wanita tua itu menorak langkah pergi dari situ.

" Tolonglah makcik! Anak saya perluka seorang ayah. Tolonglah... Saya merayu sangat." Rayu Mawar dengan air mata yang semakin galak mengalir.

Tetapi sayang. Tangisan dan rayuannya tidak di perdulikan oleh wanita tua itu. Mengapa semua ujian satu - persatu jatuh dan menghempap dirinya. Sumpah dia tidak kuat. Ya Allah kau kuatkanlah hatiku.

Nak tidak mahu dia perlu kuat. Sang suami tidak lama lagi akan meninggalkan dirinya. Sakitnya apabila dirinya sudah tahu tempoh suaminya akan pergi meninggalkan dirinya dan zuriat mereka sampai bila - bila.

Tangan Rayyaz di gari dan dirinya di heret keluar dari pagar besi. Dia di heret ke bilik gantung dek kesalahan kejamnya. Baru saja kakinya menorak langkah masuk ke dalam bilik itu. Satu suara menjerit menyeru namanya.

" Abang!"

Kepala di toleh. Badannya di peluk erat oleh sang isteri. Gadis itu menangis mahu semahunya. Sumpah dia tak kuat melihat gadis itu menangis.

" Abang tolong jangan tinggalkan Mawar. Tolong..." Rayu Mawar dengan tangisan.

" Takkan abang nak tinggalkan zuriat ni? Abang tahukan bertapa lamanya kita tunggu zuriat ni. Lama abang... 5 tahun abang. 5 tahun bukan sekejap abang, lama. Takkan abang nak tinggalkan Mawar macam tu? Tolonglah abang..." Rayu Mawar.

Seorang anggota polis yang memegang erat bahu Rayyaz tertunduk kecil. Entah hatinya terasa sebak dek tangisan sang isteri yang takut akan hilangnya sang suami. Lagi membuatkan dirinya lemah apabila melihat gadis itu yang sarat mengandung. Air mata akhirnya mengalir membasahi pipinya.

" Kenapa muka abang cengkung? Badan abang pun dah kurus... Kesian abang..." Ujar Mawar sambil mengusap pipi sang suami lemah.

" Tuan... Tolong buka gari ni? Saya nak peluk dan cium isteri saya untuk kali yang terakhir." Pinta lemah Rayyaz dengan air mata yang mengalir membasahi pipinya cengkungnya.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now