PCM 49

6.3K 418 55
                                    

" Asal pula aku kena balik?" Soal Mawar pelik.Wajah Rayyaz di pandang dengan penuh tanda tanya.

" Ikut jelah cakap aku!" Geram Rayyaz masih mengawal intonasi suaranya.

Lengan berlapik jubah itu di tarik kasar oleh Rayyaz.Kalau tarik lembut bukan nak ikut gadis itu.Terpaksa dia.

" Rayyaz apa ni?" Mawar memandang keliling.

" Ikut jelah aku!"

" Nak pergi mana?" Soal Mawar pelik.

Rayyaz mengeluh kecil.Banyak tanya pula gadis itu.Ada mata yang memerhati mereka.Tercalit rasa cemburu di hatinya.

Keluar saja dari kawasan dewan itu.Mawar terus menepis kasar tangan lelaki itu.

" Ish! Cakap jelah korang tak nak aku datangkan?" Bentak Mawar.Berkerut dahi Rayyaz akan kata - kata gadis itu.

" Eh aku nampaklah macam mana Aryyan pandang kau tadi! Aku tahu! Dia yang suruh kau halau aku kan! " Tengking Mawar.Nasib di parking kereta tiada sesiapa.

" Apa kau ni?"

" Apa? Benda betulkan! " Geram Mawar.

" Eh kau cakap dengan kawan kau tu! Aku datang sini bukan nak tunjuk wajah kesian minta simpatilah! Aku datang sini sebab Arissa tu kawan akulah!" Ujar Mawar geram.

" Okey fine! Dia tak nak tengok muka aku? It's okay! Aku blah!" Air mata Mawar mula mengalir.

Bekas suaminya memang tidak pernah menganggap dirinya ada.Bekas suaminya memang kejam! Takkan dirinya baru sedar selepas di gelar janda? Desis akal Mawar.

Bekas suami? Benarkah dia bukan lagi suami kepada Mawar?

Mawar terus membuka langkah meninggalkan tempat itu.Tapi Rayyaz tidak berdiam diri saja.Dia terus mengejar langkah gadis degil itu.

" Mawar..." Seru Rayyaz.

" Apa? Bisinglah!" Geram Mawar .Kaki kian mula melangkah semakin laju.

Rayyaz terus mengejar langkah gadis itu.Matanya tertangkap ke arah motor yang di pandu laju.Terbuntang mata Rayyaz. Dia terus mengejar langkah gadis itu dek ingin memberhentikan langkah Mawar.

" Mawar, motor Mawar!"

Bam!

Pantas semua kepala menoleh ke arah bunyi dentuman yang kuat itu.Cepat kaki mereka terus keluar dari dalam dewan.

" Weh...! Ada orang eccident!" Jerit seseorang membuatkan Aryyan dan Arissa terus keluar dari dewan.

Aryyan cuba melihat siapa yang dilanggar.Terkaku dia apabila melihat Rayyaz yang berada di sisi seseorang yang terbaring lemah.

Dia cuba untuk mendekat.Tapi banyak pula yang berkumpul di depan.Di tolak sedikit badan para tetamu yang hadir.

Terbuntang mata Aryyan apabila terlihat sekutur tubuh sang bekas isteri yang terbaring lemah di atas jalan.

Rayyaz tercengang.Wajah rakannya di pandang kaku.Matanya mula merah dan mula muncul air di tubir matanya.

Aryyan terus menolak kasar semua tetamu di depannya.Dia mendapatkan bekas isterinya yang sudah terbaring lemah.

" Mawar... bangun..."

" Mawar!" Kejut Aryyan.Di tepuk wajah bekas isterinya untuk menyedarkan gadis itu.

" Sayang bangun... sayang ." Badan gadis itu di peluk.Di bawa rapat dahi bekas isterinya ke dahinya.

Terdiam Arissa.Semua tetamu sudah mengundur.Mereka juga menunjukkan reaksi yang sama seperti pengantin perempuan.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now