PC 90

4.2K 217 18
                                        

Rayyaz membuka pintu kereta untuk sang isteri. Gadis itu tersenyum kecil lalu keluar dari perut kereta. Rayyaz memeluk pinggang isterinya dan menutup kembali pintu kereta.

" Jom... Kita duduk kat bangku tu." Ajakkan Rayyaz.

" Hmm."

Rayyaz menarik pinggang sang isteri untuk mengikuti langkahnya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi riadah di taman itu.

Wajah isterinya di pandang. Gadis itu tersenyum mekar melihat kanak - kanak yang riang bermain di taman.

Sudah tiga minggu berlalu. Mawar terima jikalau dia tidak di takdirkan untuk mempunyai zuriat. Dia terima dengan ikhlas.

Rayyaz selalu membawa isterinya ke taman riadah ketika habia bekerja. Kerana gadis itu suka melihat anak kecil bermain. Jadi dia turutkan saja.

Perlahan - lahan Mawar menjatuhkan kepalanya di atas bahu sang suami.

" Tengok tu abang... Comel je budak tu." Ujar Mawar sambil menunjuk ke arah seorang anak gadis kecil yang mungkin berumuran 4 tahun.

" Hmm... Comel. Macam sayang." Puji Rayyaz sambil mencubit pipi sang isteri.

Mawar tertawa kecil. Cair benar dia dengan pujian si suami. Tangan suaminya yang berada di atas riba dk genggam erat.

" Abang... Kalau kita ada anak? Comel macam tu ke?" Soal Mawar sambil menatap mata suaminya.

" Yes, My Flour. Mestilah comel... Ikut isteri abang ni. Dahlah, tak yahlah fikir sangat. Rezeki tu semua rahsia tuhan." Ujar lembut Rayyaz sambil mengucup dahi bersih isteeinya.

Lengan kemeja yang terjatuh di singsingkan semula. Terlihat jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Nasib mereka sudah solat asar sebelum keluar.

" Sayang... Jom! "

Rayyaz menarik tangan isterinya untuk mengikutinya.

" Nak pergi mana?"

" Alaa... Jom jelah."

Mawar aku saja. Tangannya di tarik oleh suaminya sehingga berada betul - betul di depan buaian.

" Kenapa?" Soal Mawar pelik.

" Naiklah... Abang tolak."

" Ih! Tak naklah. Mawar ni dah besarlah."

" Ala apa salahnya? Besar ke kecik ke? Abang tengok sama je... Comel je..."

" Tak maulah..." Rengek Mawar apabila lengannya di peluk oleh suaminya.

" Ala... Sekejap je." Pujuk Rayyaz.

" Hm... Kalau tali besi ni terputus macam mana?" Soal Mawar risau.

" Tak Mawar... Kau bukan gajah, sayang..." Jatuh bahu Rayyaz mendengar alasan isterinya.

" Ish yelah..." Akur Mawar.

Rayyaz tersenyum suka. Mawar duduk di atas kerusi buaian itu. Di betulkan sedikit posisi duduknya.

" Dah?" Soal Rayyaz.

" Hm!" Gumam Mawar sambil menganggukkan kepala. Comel Rayyaz melihatnya.

Dengan perlahan - lahan dia menolak buaian itu. Perlahan - lahan buaian itu bergerak ke depan dan ke belakang.

" Lamanya Mawar tak naik."

" Yeke? Last naik bila?"

" Lama abang! Waktu Mawar umur 10 tahun tau!" Ujar Mawar dengan bermuncung. Bersungguh betul ceritanya. Tergelak kecil Rayyaz.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang