Rayyaz memanjangkan kepalanya ingin melihat Mawar yang berada di ruang tamu bersama ibu tiri dan ayahnya.
" Haih! daddylah ni! Tegur aku tak bertempat!" Gumam Rayyaz.
" Huh, kutuk daddylah tu!" Terkejut Rayyaz apabila terdengar suara garau di belakangnya.Hampir jatuh cawan kacanya.
Pantas kepala berkalih.Wajah daddynya terhias di kornea.Sengihan di tayang.
" Rayyaz... Cuba cerita dengan daddy. Apa yang jadi antara korang berdua.Eh salah... korang bertiga.Termasuk bini I sekali." Tegas Dato' Rizkyy.
" Err... " Rayyaz menggaru kepalanya yang tak terasa gatal.
" Nantilah Rayyaz cerita.Ni Rayyaz nak bagi dia air.Biar hati dia sejuk sikit." Sengaja Rayyaz mahu lari.
Dia terus membuka langkah meninggalkan daddynya di kawasan dapur.Terus membuka mendekati mereka berdua di ruang tamu.
Mawar sedikit pun tidak mahu memandang lelaki itu.Makin sakit hati dia nak pandang.
" Ni... aku buat kopi untuk kau.Minumlah... manalah tahu boleh sejukkan hati kau." Ujar Rayyaz meletakkan cawan di depan gadis itu.
" Eh hati aku ni dahlah tengah panas dengan kau! Kau lagi bawa air panas!" Geram Mawar.
" Eh... eh minah ni.Dah buatkan. Minum jelah. Mengada!" Geram Rayyaz.Ada saja mulut nak melawan.
" Hm... aku tak minum kopi." Ujar Mawar menoleh kepalanya ke arah lain.
" Asal? Takut hitam? Huh! Tak nak sudah! Aku hamek balik!" Ujar selamba Rayyaz.
Baru saja ingin mencapai cawan kaca tersebut.Pantas tangan Datin Amani menghalang.Dia mencerlung tajam ke arah anaknya.
" Ouh... Mummy nak ke? Rayyaz tahu... semua orang dalam rumah ni memang gilakan kopi Rayyaz.Cuma perempuan gila ni je, ngade!" Ujar Rayyaz sambil anak matanya memandang ke arah gadis itu.
" Eh sedap mulut kau je nak kata aku gilakan!" Bentak Mawar memandang ke arah Rayyaz.Geramnya dia dengan mamat puaka depan dia ini.
" Mulut aku memang sedap! Asal nak rasa?" Usik Rayyaz tersenyum sinis.
Mawar berdecit dan menjongketkan bibirnya.Makin panas dia dengan lelaki itu.
" Kau ni kan. Memilihkan."
" Rayyaz... sudahlah tu." Marah Datin Amani geram dengan perangai anaknya yanh tidak berhenti - henti mahu menyakitkan hati gadis itu.
Rayyaz melepaskan keluhan kecil.Di terus melabuhkan punggung di sisi gadis itu.
" Jauhlah sikit." Guman Mawar geram lalu mengesot ke tepi sedikit.
Rayyaz akur saja.Wajah gadis itu di pandang semula.
" Okey... dengar ni.Aku minta maaf sebab tipu kau.Aku tak nak kau salahkan mummy aku.Sebab dia tak salah pun dalam hal ni.Aku yang suruh dia buat - buat tak kenal aku." Terang Rayyaz.
" Asal kau suruh maksu buat - buat tak kenal kau? Apa niat kau sebenarnya? Dan kenapa kau perlu menyamar jadi pakcik grab?" Soal Mawar memandang tajam ke arah Rayyaz.
" Haih... aku buat semua tu ada sebab." Ujar Rayyaz dengan keluhan panjang.
" Boleh aku tahu? Sebab apa?" Soal Mawar lagi.
Rayyaz memandang ibu tirinya.Keluhan kecil di lepaskan.Rambut di kuak ke belakang.Mata terus memandang tepat ke arah mata milik Mawar.
" Okay look Mawar. Aku akan cerita sebab apa aku buat semua ni.Tapi bukan sekarang.Faham... " Ujar Rayyaz.Dia perlukan masa untuk berterus terang.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
DragosteAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...