PCM 79

3.7K 271 29
                                    

Mawar melirik ke sekeliling. Tiba - tiba matanya tertancap ke arah seseorang yang baru saja masuk ke dalam restoran.

Mata mereka bertembung. Bulat mata mereka berdua apabila bertemu. Ya allah... Kenapa sekarang?

" Mawar..."

Mawar terus mengalihkan kepalanya ke arah lain. Bibir di ketap. Dengusan kecil di lepaskan.

" Mawar?" Tegur garau suara itu membuatkan Mawar berpaling kembali. Senyuman di lebarkan di bibir merahnya.

" Eh Aufa?"

" Err... Bila awak balik?" Soal Aufa dengan kedutan dahi.

" Baru je... Err... Tadi." Beritahu Mawar sedikit gagap.

" Boleh saya duduk?" Soal Aufa sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kerusi di hadapan Mawar.

Mawar membalas dengan anggukkan saja. Mata melirik ke arah pintu dapur. Habis kalau suaminya melihat.

" Err... Mawar? Awak tukar nombor ke?" Soal Aufa pelik.

" Err... Hm." Gumam Mawar dengan anggukkan kepalanya ke arah Aufa. Senyuman kekok tidak lekang dari bibirnya.

" Ouh... Patutlah saya call awak. Awak langsung tak jawab. Ya allah, Mawar. Rindunya saya dengan awak." Luah Aufa.

' Saya pun rindukan awak, Aufa. Tapi...'

" Kenapa awak balik tak jumpa saya? Ke awak marahkan saya?" Soal Aufa risau. Takut dia jika membuat gadis itu marah atau tergores hati.

" Eh... Tak adalah. Saya tak marah pun." Pantas Mawar bersuara.

" Dan? Kenapa awak tak jumpa saya? Kenapa awak tak call saya balik?" Soal Aufa risau.

Mawar menggigit bibir bawahnya. Dia sedikit tertunduk. Takkan dia mahu jujur tentang statusnya? Mungkin dia akan menyakitkan hati lelaki itu.

" Tak apalah kalau awak tak nak cakap. Err..." Aufa terus bersuara apabila gadis itu lama mendiamkan diri. Telefonnya di keluarkan dari kocek seluarnya. Di letakkan di atas meja dan di tolak ke arah Mawar.

" Saya nak nombor telefon awak, sayang. " Pinta Aufa.

Mawar terus mengangkat kepala. Terkebil - kebil Mawar melihat telefon di di depannya sekarang.

Matanya melirik ke arah daun pintu dapur. Terbuntang matanya apabila melihat sang suami yang sedang berdiri di tepi daun pintu. Mata mereka bertembung. Mawar telan liur. Tajam pandangan suaminya.

Aufa perasan akan pandangan gadis itu ke arah belakangnya. Terus dia berkalih. Gadis itu melirik ke arah Rayyaz. Tidak mustahil Rayyaz ada di sini. Kerana dia tahu... Ini adalah restoran milik Rayyaz.

Cuma dia datang ingin membeli makanan untuk sang ibu. Dek ibunya yang ingin merasakkan masakkan restoran milik Rayyaz. Kata orang semua masakkan di sini sedap semuanya.

Tapi siapa sangka. Jodohnya bersama Mawar kuat. Allah pertemukan mereka berdua si sini. Rindu akhirnya terlepas juga.

" Mawar... Nak tak kalau kita percepatkan majlis nikah?" Ajakkan Aufa.

Terkejut Mawar. Terus matanya berubah arah ke arah Aufa. Dia masih tergamam dengan apa yang jadi tadi. Dan makin membuatkan matanya membulat apabila mendengar ajakkan Aufa.

Aufa bagaikan tidak sabar ingin mendirikan rumah tangga bersama gadis itu. Bukan kerena gelojoh. Tapi kerana dia takut Rayyaz merampas gadis itu dari dirinya.

" Mawar... Awak dengar tak sayang? Saya nak nombor awak. Nanti kita bincang pasal kahwin." Cadang Aufa lembut. Tanggannya menggawai di depan wajah Mawar. Fikirnya gadis itu sedang mengelamun. Tapi dia silap. Gadis itu dengar semuanya.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now