PROLOG

13.3K 255 10
                                        

Telekung yang berwarna hijau itu di sangkutkan di kerusi solek.Kaki di bawa melangkah ke arah katil.Perlahan - lahan badannya di rebahkan.

Baru saja ingin melelapkan mata dan masuk ke dalam alam mimpi.Telinganya tiba - tiba saja terdengar deringan telefonnya yang berada di meja sisi katilnya.

Kring ~

Mata kembali terbuka.Keluhan kecil di lepaskan.Perlahan - lahan tangan mencapai - capai telefonnya di atas meja sisi katil.

Terpapar nama seseorang yang amat di kenalinya.

Arissa...

Punat hijau di gesel ke atas.Telefon di lekapkan ke cuping telinga.

" Mawar!" Jerit riang Arissa.

" Waalaikumusalam..." Perli Mawar.

" Ouh... sorry - sorry... Assalamualaikum. Hehe..." Tergelak kecil Arissa.

" Hmm... kau nak apa ni?"Soal Mawar mamai.

"  Ouh... wait? Kau baru bangun tido ke ni?" Tergelak kecil Arissa.

" Hmm... Hua!" Melopong mulut Mawar menguap.

" Hehe... weh.Aku call ni bukan saja - saja tau!"Ujar Arissa riang.

" Kau nak apa Ris?" Soal Mawar pelik.

" Hmm... aku nak ajak kau keluar.Jom!" Ajakkan Arissa.

" Ah tak de! Semalam baru je kita keluar! Kau nak keluar lagi hari ni? Memang taklah abang aku nak kasi!" Ujar Mawar terbuntang matanya.

" Alaa... Mawar.Please..." Rayu Arissa memujuk rakannya.

" Tak naklah... aku dah janji dah dengan abang aku.Aku tak nak keluar!" Bentak Mawar.

" Alaa... please... aku nak jumpa seseorang ni.Takkan aku nak jumpa dia seorang - seorang? Malulah!" Ujar Arissa menekup wajahnya menggunakan bantal peluknya.

" Eleyh... malu dah kenapa? Kau nak jumpa siapa?" Soal Mawar mencebik bibir.

" Malulah... aku nak jumpa seorang lelaki ni." Ujar Arissa.

Terbuntang mata Mawar.Pantang betul dengar namanya ' lelaki ' segar terus mata dia!

" Huh? Lelaki?" Teruja Mawar.

" Huh! Kau nikan! Laju je dengar pasal lelaki! Tengok sekali pandang, dah macam ustazah! Tapi gatal kau! Lain macam !" Kutuk Arissa tergelak kecil.

" Eleyh nak minta orang teman... tapi kutuk!" Mawar mencebik bibirnya geram.

" Hehe... tak ade - tak ade! Jomlah... teman aku eh? Cepat siap! Aku amik kau!"Ujar Arissa pantas.Terus menutup panggilan telefon.

Jatuh bahu Mawar dengan rakannya itu.Selamba betul.Haih... dia baru saja berazam tidak mahu keluar rumah.Tapi rakannya merosakkan semua azamnya.

" Haih... Ris, Ris!" Keluhan kecil di lepaskan.Kaki terus di bawa turun dari katil.

Tuala di capai.Kaki di bawa melangkah masuk ke dalam bilik air.Baju di lorotkan.

Mata melirik ke kiri ke kanan, mencari sosok seseorang.Berkerut dahi Mawar melihat rakannya yang tertoleh ke sana, tertoleh ke sini.Dia pula yang pening melihatnya.

" Mana orangnya Ris?" Soal Mawar.

" Entahlah... tak nampak pula aku." Ujar Arissa menggigit bibir.

Mawar melihat sekeliling.Restoran mewah itu membuatkan dirinya terasa kecil pula.Lihatlah pelanggan yang hadir... semuanya bagaikan berpangkat.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang