PC 98

3.8K 244 64
                                    

       Mawar kembali menutup wajah pucat sang suami. Tak kuat lagi dia mahu melihat wajah lelaki itu. Wajah lelaki yang selalu ada dengannya di kala hatinya gundah dan bahagia.

Mungkin selepas ini hidupnya terasa kosong tanpa sang suami di sisi. Dia akan selalu merindui sosok sang suami. Kaki melangkah pergi ingin meninggalkan bilik mayat itu. Tetapi baru saja dia menoleh.

" Woo!"

" Kau dengar tak, Lee? Isteri aku nak letak nama pilihan aku! Kau tahu maksudnya? Yes! Anak tu akan di namakan dengan nama pilihan aku!"

" Lepastu, ini adalah kali pertama isteri aku cakap dia cintakan aku! Ya Allah! Bahagianya rasa!" Jerit Rayyaz bahagia. Wajah rakannya di sisi di pandang penuh ceria.

Lee dan Natalia terdiam. Mata mereka membulat memandang ke ararh Mawar. Lee mengangkat jari telunjuknya dan menunjukkan ke arah isteri rakannya, Rayyaz.

Rayyaz tersentak. Fikirnya gadis itu sudah keluar. Dengan perlahan kepala Rayyaz menoleh menghadap sang isteri. Sengihan di tayangkan. Tanpa rasa bersalah lelaki itu menayangkan sengihan.

" Err... Sayang." Ujar Rayyaz dengan lambaian tangan.

" Mawar bencikan abang!" Jerit Mawat terus berlari keluar dari bilik mayat tersebut.

" Sayang!"

" Ayok! Bini kau majuk! Aku dah kata dah! Nak prank ada batas!" Tegur Lee.

" Diam ah!"

Rayyaz pantas berlari mengejar langkah sang isteri di hadapan. Langkah Rayyaz terhenti apabila melihat sang isteri berhenti di pintu utama hospital.

Mawar tertunduk lemah. Mengapa suaminya sanggup buat dia begini? Si suami menipu! Penipu! Sumpah dia benci penipu! Air mata semakin galak mengalir.

Rayyaz melepaskan keluhan kecil. Perlahan - lahan dia menorak langkah mendekati sosok sang isteri di depannya.

" Sayang..." Lembut saja nadanya.

Mawar langsug tidak memperdulikan lelaki itu. Anak matanya hanya memandang ke bawah saja. Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu lagi.

" Sayang... Abang..." Lengan sang isteri di peluk rapat.

" Lepaslah!" Rengek Mawar.

" Tak nak... Aaa... Ayang. Abang gurau jelah." Rengek Rayyaz mula cuak.

" Mawar benci abang! Abang penipu!" Marah Mawar geram.

Dada bidang suaminya di pukul bertubi - tubi. Dia ingin melepaskan semua rasa yang terpendam. Jahatnya suami dia menipu dirinya.

" Adu... Adu... Ayang... Sakitlah."  Menyeringai Rayyaz mengadukan kesakitan.

Mawar terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Rayyaz bergerak sedikit jauh. Sakit juga pukul isterinya itu.

" Err... Abang tak tipulah sayang. Abang cuma prank. Tadda! Kejutan! Terkejut tak?" Ujar Rayyaz dengan sengihan kekok.

" Tak lawaklah abang! Nak prank pun ada batasnya! Mawar benci abang!" Marah Mawar geram.

" Sayang..."

Mawar mengangkat tangan bagi menghalang sang suami untuk mendekat. Matanya terasa kabur. Kepala mula berpina. Tanpa amaran badan Mawar terus rebah. Nasib sang suami ada di sisi.

Rayyaz membaringkan si isteri di lantai. Dia mula gelisah. Di tepuk wajah si isteri untuk gadis itu menyedarkan diri.

" Sayang... Sayang..."

Hatinya mula resah. Mungkin prank kali ini memang melampau. Sudahlah si isteri sarat  mengandung.

" Doktor! Doktor!" Jerit Rayyaz mencari pertolongan.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now