PCM 83

4.2K 283 12
                                    

Daun pintu kereta di buka untuk sang isteri. Mawar meraba - raba di bahagian depan. Apabila terpegang tangan sang suami. Dia terus menggenggam erat.

" Abang... Nak gi mana ni?" Soal Mawar dengan mata yang tertutup.

" Adalah..." Sepatah saja yang terkeluar. Dia terus menarik isterinya untuk keluar dari perut kereta. Pinggang isteringa di tarik.

" Jangan buka lagi tau. Nanti abang bukakan." Pesan Rayyaz lembut.

" Hmm..." Gumam Mawar.

Rayyaz memandang ke arah rakannya, Lee. Rayyaz memberi arahan kepada Lee agar bersedia. Lee membalas dengan anggukkan.

" Okey... Abang buka tau sayang."

" Err... Rayyaz? Awak nak tunjuk apa ni?" Soal Mawar menggenggam erat lengan suaminya. Takutnya dia... Bak kata suami dia bawa dia masuk kandang harimau?

" Abang nak tunjuk kat sayang harimau liar." Ujar Rayyaz.

" Huh? Abang janganlah! Dia makan Mawar nanti macam mana?" Soal Mawar geram.

" Hehe..."

Rayyaz terus membuka ikatan pelitup mata sang isteri. Perlahan - lahan di buka dan mengira. Di beri isyarat pada rakannya untuk menarik kain pelitup.

Mawar perlahan - lahan membuka kelopak matanya. Terlihat sebuah kereta mewah yang berwarna hitam dan campuran putih di bawahnya.

Terbuntang mata Mawar melihatnya. Wajah suaminya di lirik. Tubir mata menghasilkan air mata.

" Abang..." Mawar terus memeluk pinggang suaminya. Tangisan di lepaskan.

Rayyaz tergelak kecil. Badan isterinya di peluk erat. Di usap lembut belakang tubuh sang isteri.

" Abang... Mawar dah lama nak kereta ni." Tangis Mawar. Di angkat wajahnya. Biarlah wajah buruk ketika menangis. Yang penting dia terharu.

Sudahlah dia tidak bersedia untuk lelaki itu menyentuhnya. Tapi lelaki itu tetap baik melayaninya selayaknya seorang isteri.

" Ini untuk hari jadi sayang untuk hari ni." Beritahu Rayyaz.

Aku memandang ke arahnya pelik. Wajah suami dan kereta Audi mewah itu di pandang bergilir - gilir.

" Ya allah... Abang. Macam mana Mawar boleh lupa hari jadi Mawar..." Tergelak kecil Mawar.

" Hmm apalah yang sebuk pun... abang tak tahu. Abang yang banyak kerja ni pun ... masih ingat bini abang punya hari jadi."

" Tu ingat tak hari jadi abang..." Rayyaz bermuncung memandang ke arah lain.

" Mestilah ingat! 20/5 kan!" Jawab Mawar dengan yakin.

" Hmm... Nasib ingat!" Rayyaz menarik hidung isterinya.

" Mestilah! Tengoklah siapa!" Lagak Mawar.

Rayyaz memeluk erat pinggang isterinya. Wajah sang isteri di tatap lama.

" Sayang dah boleh terima abang?"

Mawar terdiam. Bebola matanya terus lari dari memandang mata bundar suaminya.

Rayyaz mengeluh kecil. Dari situ dia tahu yang Mawar masih belum terbuka hati lagi untuk menerimanya. Mungkin kesilapannya terlalu besar sehingga membuatkan gadis itu sukar untuk menerimanya.

________

Rayyaz melabuhkan punggung di atas katil. Terdengar bunyi percikan air dari bilik air. Mawar pasti sedang membersihkan diri dari keringat.

Rayyaz membuang pandangan ke arah luar balkoni. Tiba - tiba pula fikirannya melayang ke arah masa lalunya. Di mana dia tidak mahu ingat kembali. Jika masa boleh di putarkan kembali...

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now