PCM 55

6.2K 397 28
                                        


Tv yang terbuka dari tadi di pandang kosong oleh Mawar.Dipandang kurang minat.Bukan kurang, memang dia tidak minat pun.Cerita di tv kian membosankan.Bagi dirinya cerita yang di tayangkan di tv semuanya membosankan.Tiada apa yang menarik langsung.


Ada cerita yang viral saja lebih.Tapi bila di lihat.Sama saja.Tidak dapat menarik minat Mawar untuk melihat drama.Membosankan!Itu yang  selalu mulutnya ungkapkan tentang drama melayu zaman sekarang.


Ada juga drama yang metakkan unsur - unsur yang tidak sesuai langsung untuk tayangan umum.Adanya adegan softporn.Berkemungkinan  akan merosakkan pemikiran generasi muda.Entahlah... makin tenat dunia.Makin menjadi - jadi.


Puas Mawar berdialog bersama akalnya.Tapi itulah... tak guna kalau cakap seorang diri tanpa peneman.Kanan dan kiri di toleh.Di pandang sekeliling.Terasa kosong.Keluhan berat di lepaskan.Entah sekarang dirinya terasa kosong benar.


Daun pintu di pandang lama.Menunggu kelibat seseorang.Tetapi... apabila melihat jam di dinding.Mawar terus tertunduk dan membaringkan badannya.Jarum menunjukkan sudah pukul 5 petang.


" Haih... Kau dah tak nak jenguk aku ke? Bosan ni." Rungut mawar seorang diri.


"Haih... Mawar, Mawar.Selama ni kau tak habis - habis halau dia.Bila dia tak ada.Rindupulak." Gumam Mawar.


" Eh apa ni! Eww... tolonglah! Aku rindu dia? Pleaselah! " Ujar Mawar mencebik bibir.


Haih... mulut berkata tidak rindu akan sosok itu.Tapi hati mengatakan lain, benar dia terasa sunyi sekarang.Tiada kawan untuk berborak seperti sebelum ini.


Mawar masih terfikir tentang kemarin. Dirinya di lamar dan dengan pantas Rayyaz keluar daripada bilik wadnya. Agaknya apa sebabnya? Persoalan itu masih bermain - main di kotak fikirannya. 


Mawar melepaskan keluhan berat.Malas dia nak fikir.Bukan penting sangat pun.Lebih baik dia fikir... sekarang dia nak buat apa? Takkan hanya baring saja? Membosankan! Bagaikan tidak sihat saja. Tapi itulah... Nak banyak berjalan pun kaki tengah sakit. Haih... bila kakinya nak sihat. Desi akal Mawar.


 Mawar menutup katup matanya. Tapi baru saja ingin terlelap dan masuk ke alam mimpi.Dia terdengar akan bunyikan pintu yang terbuka dari luar. Matanya kembali tercelik. Terkejut Mawar. Apabila melihat  pemuda yang di  serunya tadi  benar - benar berada di dalam biliknya.


Rayyaz mengeluh berat. Plastik yang di jinjit oleh Rayyaz di letakkan di atas meja katil pesakit.   Dan dengan selamba saja merebahkan badannya ke atas katil Mawar. Terkejut Mawar. Nasib baik tidak menghempap dirinya. Dengan selamba Rayyaz mengesot makin ke atas. Bagaikan orang mabuk saja lelaki itu.  Mawar terus mengesot turun dari katil. Di rebahkan badannya ke atas sofa yang tersedia untuk pelawat yang datang melawat.


Mawar mencerlung tajam ke arah Rayyaz. selamba lelaki itu mahu rebahkan badannya ke atas katil. Mawar memutarkan bebola matanya.Geram pula dia.


" Menyesal pula aku seru dia." Gumam Mawar.


- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang