Rayyaz dan Mawar berdiri di luar pagar. Ingin menyapa tetamu yang hadir dan pulang. Pinggang Mawar di peluk erat bagaikan tidak mahu melepaskan lagi.
Penat tangan Mawar menolak tangan nakal suaminya yang tak berhenti - henti mengusap pinggangnya.
" Rayyaz, saya geli!" Bisik Mawar geram. Di cubit kekura tangan sang suami.
" Argh! Sakitlah sayang." Adu Rayyaz dengan nada yang masih terkawal.
Dalam sibuk mereka bergaduh. Ada seorang yang hanya melihat mereka dari jauh. Perlahan - lahan kaki melangkah mendekati dua sosok yang sedang sibuk bergaduh.
" Assalamualaikum..."
Terus berkalih kepala mereka berdua. Senyuman Rayyaz kian mati apabila melihat sosok yang berada di depannya.
" Waalaikumusalam..." Jawab Mawar dengan senyuman tipis. Bagaikan tiada sedikit pun rasa dendam akan lelaki yang berada di depannya.
" Aku rasa, aku tak jemput kau datang pun." Ujar Rayyaz sedikit pun tidak mahu memandang rakannya. Tetapi tangannya ralit bermain dengan jari jemari sang isteri.
" Rayyaz!" Keras suara Mawar.
Rayyaz mengalihkan pandangan. Bertaut rapat keningnya. Apa? Benda betul?
" Aku tahu kau tak jemput aku. Tapi aku cuma datang. Sebab aku nak ucap selamat pengantin baru je dekat kau dengan Mawar." Ujar Aryyan dengan senyuman tipis.
" Terima kasih." Jawab Mawar lembut.
" Awak... Cakaplah terima kasih." Bisik Mawar.
" Tak naklah." Bermuncung mulut Rayyaz. Merajuk betul nampaknya. Apalah yang mereka gaduhkan pun Mawar tidak tahu? Desis akal Mawar.
" Rayyaz-"
Belum sempat Aryyan menghabiskan kata - katanya. Rayyaz terus menghulurkan tangan kanannya ke arah Aryyan.
Aryyan terdiam. Bertaut rapat keningnya. Sama seperti Mawar. Apa kena dengan suaminya?
" Aku kira sampai tiga. Kau tak jabat tangan aku. Aku tak nak kawan ngan engkau dah!" Ujar Rayyaz dengan nada merajuk.
" Sat-"
Belum habis Rayyaz mengira. Tangannya telah pun di sambut oleh Aryyan. Rayyaz memandang Aryyan dari hujung mata. Muncung bukan main panjang lagi.
" Sorry..." Ucap Aryyan dengan senyuman tipis.
" Aku tahu kau seorang yang pemaaf, Rayyaz. Kau akan maafkan aku an?" Soal Aryyan lembut.
Rayyaz hanya memandang Aryyan dari hujung mata. Langsung tak memberi apa - apa jawapan.
Mawar menjongketkan bibirnya. Tidak sangka. Lelaki yang angin satu badan ini rupanya kuat merajuk. Comel.
" Oi!" Mawar menolak pipi suaminya. Terkejut Rayyaz.
" Apa sayang ni. " Rengek Rayyaz.
" Maafkan jelah. Apa yang awak tunggu lagi?" Soal Mawar pelik.
" Ish! Yelah..."
Tangan Aryyan di jabat. Di goncang - goncang tangan rakannya. Wajah yang masam kian menjadi manis.
" Hehe... Kita kawan." Ujar Rayyaz dengan senyuman di bibirnya.
" Bro!" Tanpa izin Rayyaz terus memeluk badan tegap rakannya. Tapi terlihat rakannya sedikit kurus.
" Sorry aku tak jemput kau. Aku bukan apa... aku merajuk. Tapi kau tak pujuk langsung." Muncung Rayyaz.
Aryyan tergelak kecil akan gelagat rakannya yang seperti adiknya sendiri saja. Di cubit pipi kanan Rayyaz.
" Gila aku tak nak pujuk adik kesayangan aku ni! Mestilah aku pujuk!" Tergelak kecil Aryyan.
" Ish! Orang nampaklah." Rayyaz mengusap lembut pipinya. Sakit pula bila di cubit.
Mawar tersenyum melihat telatah mereka berdua. Comel. Bagaikan adik beradik saja.
" Hi guys!" Tegur suara lenggok seseorang membuatkan mereka bertiga berkalih.
" Eh? Aryyan?" Tergur Anath apabila melihat rakan lamanya.
" Ni Natalia ke Anath?" Soal Aryyan sengaja mahu mengusik rakannya.
" Ish! Anathlah! Dah suara jantan macam ni pun! Perempuan lagi ke?" Sengaja Anath menggaraukan suaranya.
Mawar hanya memandang saja ke arah mereka bertiga yang sebuk berborak. Tidak langsung mengendahkan dirinya di belakang.
' Haih! Borak macam ni pun dah lupakan aku!' Desis akal Mawar geram.
Aryyan memandang ke arah Mawar. Bertaut rapat keningnya apabila melihat wajah gadis itu masam saja.
" Rayyaz."
Terhenti Rayyaz dari berkata - kata apabila namanya di seru oleh Aryyan. Bertaut rapat keningnya.
" Tu... Mawar kenapa?" Soal Aryyan bermuncung menunjuk ke arah Mawar.
Rayyaz berkalih memandang ke arah isterinya yang berada di belakangnya. Masam saja wajahnya. Tertunduk dan bermuncung.
"Ayok! Bini kau merajuk!" Bisik Anath.
Terkejut Rayyaz apabila mendengar kata - kata rakannya. Kalau benar? Dia bukan reti mahu memujuk wanita!
" Err... Korang pergi makan dululah. Banyak makanan kat dalam sana tu. Anath pun dah makan macam - macam tadi. Berapa pinggan dah dia makan." Ujar Rayyaz dengan senyuman nipis menjemput rakannya untuk bersantap.
" Hmm yelah... Jomlah Yan! Kau kena rasa nasi lemak Datin Amani. Sedap nyah!" Rancak mereka berborak. Terus Anath menarik tangan Aryyan untuk memberi ruang kepada Rayyaz.
Rayyaz melihat saja kelibat rakannya sehingga hilang di balik pintu masuk rumah mewah milik ayahnya.
Kepala berkalih. Melihat isterinya yang hanya diam saja. Merajuk ke? Desis akalnya.
" Mawar." Di peluk pinggang isterinya.
" Jangan sentuhlah." Bisik Mawar menolak tangan suaminya dari terus memeluk.
" Kenapa ni? Kau merajuk dengan aku ke?" Soal Rayyaz risau.
" Boraklah lagi... " Rajuk Mawar.
" Lah... Isteri abang ni merajuk ke? Sorrylah abang lupa. Abang kalau dah jumpa kawan. Memang abang lupa orang sekeliling." Ujar Rayyaz memeluk erat pinggang isterinya. Di rapatkan wajah isterinya ke dada bidangnya.
" Hm... Tadi waktu dekat atas pelamin bukan main lagi! I love youlah... itulah inilah... Padahal... Dalam pikiran awak ? Langsung tak ada sayakan? Lelaki! Mudah lupa! " Rajuk Mawar. Tidak langsung ingin memandang suaminya.
" Dahlah... lepaslah... Saya tak merajuk pun. Lagi pun buat apa saya nak merajuk? Saya tak suka awak pun." Ujar Mawar cuba mengawal riak wajahnya.
" Ye ke tak suka? " Soal Rayyaz dengan senyuman sengek.
Mawar membalas dengan anggukkan. Bermuncung mulutnya. Rasa mahu di cium mulut sang isteri. Tapi di sebabkan di tempat yang ramai. Terpaksa di tahan.
" Tak apa... Abang akan buat sayang tak boleh berenggang dari abang." Bisik Rayyaz di sebelah cuping telingan Mawar.
Mawar tidak mengendahkan langsung. Malas dia ambil kesah. Rayyaz menarik muncung sang isteri.
" Ish! Janganlah! Masin!" Rengek Mawar.
" Eh? Masin eh? Ouh baru abang ingat! Abang garu bontot abang tadi." Usik Rayyaz.
" Rayyaz!"
" Eww! Pengotorlah!" Rengek Mawar kegelian. Tergelak kecil mereka berdua. Seronok Aryyan melihatnya.
Walaupun ada sedikit luka di hatinya apabila melihat bekas isteri di satukan bersama rakan baiknya. Tapi itu yang terbaik untuk orang yang dia sayang.
- PENGORBANAN CINTA MAWAR -

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomansaAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...