PCM 21

4K 220 20
                                    

      Mawar memainkan cincin perkahwinannya yang berada di jari manisnya.Air matanya perlahan - lahan mengalir membasahi pipinya.

Pin!

Bunyi hon kereta tersebut membuatkan Mawar tersentak.Mawar mengangkat kepala.Memandang ke arah kereta tersebut.

" Allah akbar." Terkejut Mawar kereta yang di tempah sudah datang.Air matanya di serka.

Mawar pantas bangun dari kedudukan.Dia terus menerobos masuk ke dalam kereta tersebut.

" Maafkan saya pakcik." Ucap Mawar.

" Tak apa." Ujar pemandu itu hanya fakus ke depan saja.

" Baiklah... Nak balik ye Cik?" Soal Pemandu itu.

" Ha' ah." Mawar meng'iyakan.

Mawar terus bersandar.Mata di katup.Helaan nafas di lepaskan.Bibir di ketap menahan perit yang di tanggungnya sekarang.

" Cik? Cik okey?" Soal pemandu lelaki itu membuatkan Mawar terus membuka kantuk matanya.

" Err... saya okey je." Ujar Mawar dengan senyuman nipis.

" Ouh... " Itu saja yang terpacul dari mulut lelaki itu.

Mawar mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap.Temenung saja dia.Tiba - tiba lamunannya terhenti apabila dia terdengar akan bunyikan radio.

Lagu yang benar - benar membuatkan dirinya kembali menangis.Betul - betul kena akan kisah hidupnya.Kenapa pula radio ingin memutarkan lagu sedih pada petang itu.

Aku lepas semua pergi,
bukan kerna aku benci.
Tapi kerna 'ku terlalu,
Mencintai.

Wah... Radio macam tahu saja mood dia hari ini.Bukan main lagi memutarkan lagu yang menyedihkan.Lagu yang di petik dari tajuk Bukan aku.Tasha Manshahar.

Air mata mengalir membasahi pipi gebunya.Terhenjut - henjut bahunya dek tangisan yang di lepaskan.

Dia tidak sangka suaminya telah membuatkan keputusan sepantas ini. Laju tindakan lelaki itu.Adakah dia benar - benar ingin melepaskan Mawar? Desis akal Mawad lemah.

" Cik? Saya tak tahu apa masalah cik hadapi.Tapi saya nak Cik kuat." Ujar Pemandu itu.

Mawar mengakat kepala.Mawar menyerka air matanya.Entah perasaan malu pula dia menangis di dalam kereta orang.

" Maafkan saya." Ucap Mawar tertunduk.

" Eh tak apalah... Cik kalau ada masalah yang nak di ceritakan.Cik boleh je cerita dengan saya.Mana tahu saya boleh tolong?" Cadang lelaki itu.

Mawar memandang ke arah pemandu lelaki itu.Lelaki itu bertopeng muka hitam dan berkaca mata.

Tak gelap ke berkaca mata di petang - petang hari ini? Hati sudahlah mahu gelap.Tak susah ke lelaki itu membawa kereta? Desis akal Mawar.

" Err... Saya nak tanya boleh?" Soal Mawar.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya.Memang itu yang dia mahu dengarkan.Luahan hati kecil gadis itu.

" Macam mana kita nak ikhlas seseorang tu pergi?" Soal Mawar lemah.

" Wait? Cik cuba ikhlaskan siapa ni?" Soal pemandu itu.

" Err... Suami saya." Jawab Mawar tertunduk.Tangannya bermain - main cincin kahwinnya yang berada di jari manisnya.

" Ouh..." Itu saja yang terpacul di bibir lelaki itu.

" Bagi saya nak melupakan seseorang itu memang susah.Saya dulu pernah suka seseorang.Lama jugalah saya pendam perasaan itu dari dia.

Saya selalu tengok dia dari jauh.Saya rasa nak je tegur dia.Tapi ego saya berbelah bagi.Saya takut perempuan tu tak pandang saya.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now