PMC 28

4.1K 207 21
                                    

Kaki melangkah berat ke arah sebuah pondok bas yang sunyi dek hari yang gelap. Dan jalan tidaklah sebuk seperti di selalu.

Kaki sudah melangkah jauh meninggalkan dewan itu tanpa memberitahu rakannya, Arissa.

Bagaimana dia mahu memberitahu rakannya.Jikalau matanya sekarang tidak boleh melihat suaminya.Bertapa sakitnya hatinya sekarang.

Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi yang di sediakan di situ.

Air mata sentiasa menemaninya setiap perjelanan yang panjangnya tadi.

Wajah sudah naik merah dek tangisan.Tangan tidak berhenti menyerka air matanya yang seperti tidak mahu berhenti saja.

Semakin sakit hatinya apabila mengingati perkara tadi.Di tutup wajahnya dengan kedua belah tangan.Bahu terhenjut - henjut dek tangisan.

" Nak?"

Suara garau seseorang membuatkan Mawar membuka kelopak mata.Tangan sudah jauh dari wajahnya.

Terlihat huluran tisu dan sebuah kereta mewah di depannya.Perlahan - lahan kepalanya berkalih ke arah sosok yang menghulurkan tisu itu kepadanya.

Mawar memandang lelaki itu atas bawah.Bagaikan tidak percaya.Cepat Mawar menyerka air matanya.Di tegak badannya.Dan berkalih ke arah lain.

" Tak payahlah kau nak belagak sangat.Aku dah bagi.Hambik jelah." Selamba Rayyaz menepek tisu itu ke wajah Mawar.Boleh pula tisu itu lekat.

" Hei! Sakitlah!" Rengek Mawar lemah.Sedikit sengau dek hingusnya yang tersumpat.

Nak tak nak, Mawar ambil sajalah tisu yang di tepek itu.Panjang muncungnya.

" Asal kau lari?" Soal Rayyaz memandang ke arah gadis itu.Tepat ke arag wajah merah gadis itu.

" Biarlah... aku tak ganggu hidup kau pun.Lagi pun nanti balik... Aryyan suruh naik kau.Tak nak aku! " Jujur Mawar.

" Kau ni selekkan! Bila dengan si Aufa? Bukan main gedik lagi kau nak naik. Bila dengan aku?" Geram Rayyaz.

Mawar memandang lelaki itu di sampingnya.Berkerut dahinya.Mata mereka bertembung.

Elok wajah Rayyaz dingin. Apabila mata mereka bertembung terus wajah itu bertukar menjadi kekok.

" Aa..asal kau pandang aku macam tu? Bu..buruk ah!" Gagap Rayyaz lalu memaling wajahnya.

" Ish!"

Buk!

Satu tumbukkam tepat di dada Rayyaz.Geram punya pasal.Mawar lemparkan sajalah.Silap lelaki itulah nak cari pasal waktu hatinya tengah sakit!

" Aduh... " Adu Rayyaz sakit.

" Padan muka!" Mawar menghadiahkan jelingan saja pada lelaki itu dan terus bangun dari kedudukan.

" Kau nak pergi mana?" Soal Rayyaz.

" Nak baliklah... nak buat apa lagi." Ujar Mawar terus membuka pintu kereta mewah milik Rayyaz.Tapi kunci.

" Bukalah." Arah Mawar.

" Kau nak balik ngan aku ke?" Soal Rayyaz.

" Yelah... aku nak naik siapa lagi?" Rengus Mawar geram.Banyak tanya pula mamat ni!

" Ouh..." Rayyaz terus bangun dari kedudukan.Senyuman terlebar di bibirnya.Kaki melangkah mendekati gadis itu.

" Haih... aku bukan apa Mawar.Aku takut tayar aku pancitlah bawak orang gemuk macam kau.Yelah... lagi - lagi kau dah makan banyak tadikan!" Sinis Rayyaz.

Mawar terdiam.Matanya jelas memandang tajam ke arah Rayyaz.Bibir di ketap.

Rayyaz memandang ke arah bibir gadis itu yang sudah bergetar.Terkebil - kebil Rayyaz apabila melihat tubir mata gadis itu mula di banjiri air mata.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now