PCM 3

4.9K 168 6
                                    

Pejam celik, pejam celik... tibanya tarikh pernikahan yang telah di tetapkan oleh keluarga pengantin lelaki.

Sebuah perkahwinan yang tak pernah di ingini oleh semua orang.Hari ini... adalah hari yang paling malang bagi pengantin lelaki.

Mawar menunggu saja dirinya di panggil.Dia mengharap sangat abangnya ada.Dia tidak kuat seorang diri tanpa penguat hatinya, Dyzwar.

" Mawar harap abang ada." Pinta Mawar lemah.Air mata berjujuran membasahi pipi mulusnya.

Dia tidak perlukan wali dek dirinya yang bukan perawan lagi.Dan dia mengharap sangat walinya hadir.

Terdengar pintu di kuak dari luar.Pantas Mawar menyerka air matanya.Di serka lembut pipinya takut merosakkan mekapnya.

Baju yang di pakainya hanyalah baju kurung berwarna coklat.Seperti yang di katakan tadi... ini adalah hari yang tiada siapa yang menginginkannya terjadi.

" Mawar..." Suara garau seseorang membuatkan Mawar berkalih.

Senyuman di lakarkan di bibirnya.Air mata bagaikan tidak tertahan lagi.Kaki terus melangkah mendekati badan tagap itu.

" Abang!" Mawar memeluk erat badan abangnya.

" Dah... sh... Aryyan dah sampai.Jangan nangis dah." Pujuk Dyzwar.Badan belakang adiknya di usap lembut.

" Abang mesti bencikan Mawarkan? Mawar minta maaf..." Rayu Mawar.Tersedan sedu dia.

" Tak Mawar... abang tak pernah bencikan Mawar.Nampak tak abang datang ni? Dah... jangan nangis.Rosak mekap nanti." Dyzwar meleraikan pelukan.Pipi adiknya di usap lembut.

" Dah... hari ni, adik tak leh sedih - sedih.Adik kena tunjuk pada dorang yang adik ni kuat.Adik abang ni kuat orangnya! Mana boleh nangis - nangis!" Semangat Dyzwar.Sedangkan tubir matanya mula panas menghasilkan cecair.

" Thanks, abang... abang datang." Di peluk kembali badan abangnya.

" Ye... dah jom turun." Ajakkan Dyzwar.

Tangan adiknya di tarik menuju ke tangga.Anak tangga di turuni satu persatu.Pasti tetamu terkejut akan baju pengantin.

Baju kurung biasa dan tudung bawal hitam saja.Huh? Tetamu? Siapa saja yang datang?

Dyzwar menarik tangan adiknya untuk di bantal yang telah di sediakan untuk pengantin perempuan.

" Dah... adik kena kuat." Bisik Dyzwar memberi semangat untuk sang adik tersayang.

Dia terus bangun dari cangkungan dan duduk di sisi tok kadi yang tidak lama lagi akan mengijab kabulkan gadis itu bersama seorang lelaki yang berada di depannya.

"Baiklah... pengantin perempuan dah datang.Boleh ke kita mulakan?" Soal lelaki berumur itu.

Aryyan melihat ke arah ayah dan ibunya.Mereka hanya menganggukkan saja.Sedikit pun dia tidak mahu memandang ke arah Dyzwar dan Mawar.

Aryyan menganggukkan kepalanya untuk menunjukkan dirinya sudah bersedia.

" Baiklah... kita mulakanlah ye." Semuanya membalas dengan anggukkan.

Awalnya dengan kata mulia basmallah...

" Aku terima nikahnya, Mawar Nur Dynira binti Muhamad Mahlid dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai."

Apabila terdengar semua saksi mengatakan sah.Maka dengan sekali lafaz saja mereka berdua telah berubah status sebagai suami isteri.

Tangan di tadahkan dan mulakan dengan pembacaan basmallah bagi memuliakan hari perkahwinan bagi mereka.

Mengucap syukur tok kadi dan para saksi kerana hari perkahwinan ini telah berlaku dengan baik.Tangan mengangkat kesyukuran kepada ilahi kerana telah memudahkan urusan mereka.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now