PCM 27

4.4K 213 18
                                        

Mawar mencapai pinggan kaca yang tersusun elok di meja makan yang telah di hidangkan pelbagai makanan berat dan pencuci mulut.

Mawar sudah tersenyum mekar.Tidak bolehlah dia melihat kek coklat yang ada di atas meja itu.

Semua keknya di ambil dan di letakkan di atas pinggannya.Hampir penuh pinggannya dengan kek yang sama saja.

Tiba - tiba ada satu tangan yang memegang penyepit dan meletakkan kembali kek itu di dalam pinggan.

Mawar berkalih.Bibir di ketap.Lelaki itu ada saja di mana - mana.Dan suka benar lelaki itu mengenakan dirinya.Memang hobi dia ganggu aku agaknya! Desis akal Mawar geram.

" Eh apa masalah kau ni eh?" Ujar Mawar dengan nada yang sedikit terkawal.

" Kau tu makan tak tengok orang belakang.Lagi satu... kau tu dah gemok.Tak payahlah nak makan benda - benda macam ni." Sinis Rayyaz.

" Eh mulut kau tu kan an! Memang nak kena siatkan!" Geram Mawar.

" Lagi pun, suka hati akulah! Aku nak makan apa pun... tak ganggu hidup kau! Aku gemok tak ganggu hidup kau pun! Yang kau dengki sangat ni kenapa? "

" Ish! Susahlah jadi cantik! Ada je yang dengki!" Ujar Mawar mengangkat bakul sendiri.

" Huh! Cantik? " Soal Rayyaz memandang gadis itu atas bawah.

" Yes!" Lagak Mawar.

Rayyaz sudah menertawa sakan.Di garu kening kanannya.Mawar mengetap bibirnya.Adalah tu fikiran lelaki itu mengutuk dirinya.

" Cantik eh? Tapi tulah... Cantik pun tak ada gunanya juga.Laki cari lain jugakkan?" Sinis Rayyaz sengaja ingin menyakitkan hati gadis itu.

" Eh kau an-"

" Mawar." Satu suara menyentak Mawar dari terus berkasar.

Wajahnya berkalih ke arah lelaki yang menyeru namanya.Hanya sekilas saja.

Mawar terus mengambil kembali kek yang di letakkan oleh Rayyaz tadi.Di letakkan kembali di dalam pinggannya.

Satu jelingan di hadiahkan oleh Mawar kepada Rayyaz.Tak apalah... Hari ni adalah hari jadi rakannyakan? Tak salah kalau dia nak bagi hadiah kepada Rayyaz juga.

Kalau boleh... lelaki itu lebih layak mendapat hadiah satu lempangan yang boleh membuatkan kepalanya tercabut.Baru puas hati Mawar!

Daripada jadi apa - apa.Lebih baik Mawar mengangkat kaki dan terus bergerak ke meja makannya kembali.

" Mawar!"

Seru Aufa.Dia cuba mengejar langkah gadis itu.Dari tadi gadis itu cuba melarikan diri darinya.

" Mawa-"

" Apa Aufa?" Soal Mawar memalingkan tubuhnya menghadap lelaki itu.

" Kenapa kau cuba untuk lari dari aku? Aku ada buat salah ke?" Soal Aufa risau.

" Tak... Tak ada apalah." Mawar terus berkalih.

" Mawar..."

" Aku kena balik.Mak aku tak sihat..." Beritahu Aufa pantas dengan sekali nafas saja.

Mawar yang mendengar itu terus berkalih memandang ke arah lelaki itu kembali.

" Kenapa dengan Mak Awa?" Soal Mawar risau.

" Mak aku demam.Tu yang dia tak dapat datang.Tapi ... tiba - tiba dia telefon aku, dia kata dia pening sangat.Aku nak bawa dia pergi pital. Kau ...

Kau boleh ke balik? Yelah...-"

- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang