Allah tidak kurniakan mereka rezeki, mungkin di sebabkan belum masanya lagi atau Allah ingin mereka meluangkan masa lebih lagi.
Itulah kata - kata yang pernah Rayyaz ucapkan ketika isterinya terasa sedih dek ujian yang mereka alami. Tapi Rayyaz tidak pernah jemu untuk memujuk sang isteri untuk terus bersabar dan percaya akan adanya keajaiban untuk mereka suatu hari nanti.
Kesabaran Rayyaz yang selalu ada dengan sang isteri ketika bersedih terlalu lama. Sudah 4 tahun berlalu. Tapi mereka masih tidak di kurniakan cahaya mata. Mungkin benar kata suaminya. Mungkin Allah mahu memberi mereka masa untuk berdua lebih lama.
Selama 4 tahun rumah tangga mereka baik - baik saja. Tetapi di dalam rumah tangga tidaklah semuanya indah. Ada yang pahitnya. Tapi sang suami sentiasa sabar dan menenangkan sang isteri.
Rayyaz ralit memotong buah - buahan untuk sang isteri. Apa yang di ceritakan oleh isterinya, satu pun tidak di hadam.
" Abang? Dengar tak?" Rengek Mawar geram.
Rayyaz membuka langkah ke arah peti ais. Buah tembikai di keluarkan dan di letakkan di atas papan pemotong.
" Abang!"
" Apa sayang? Bagilah abang potong sekejap. Abang ni dah tua. Tak boleh nak fokus dua skali." Lembut Rayyaz lalu mencapai pisau yang di gunakan tadi.
" Ish! "
Mawar menolak kasar badan suaminya ke belakang. Terkejut Rayyaz di buatnya. Tanpa amaran Mawar terus menumbuk buah itu sehingga hancur. Terbuntang mata Rayyaz melihatnya.
" Eh sayang! Dahlah tu!"
Rayyaz menarik lengan isterinya. Tapi gadis itu masih melawan.
" Eh sayang!"
Terus Rayyaz menarik bahu sang isteri untuk menghadapnya. Mawar mengalirkan air matanya. Mudah benar isterinya menangis sekarang.
" Sayang... Abang minta maaf eh? Ye... Abang tahu abang salah. Tapi sayang tak boleh lah tumbuk tembikai tu sampai macam tu." Rayyaz cuba menenangkan isterinya.
" Abang nak tak nak je layan Mawar. Abang dah tak sayang Mawar eh? Ke abang dah ada pengganti Mawar ?" Tangis Mawar.
Rayyaz menarik isterinya ke dalam dakapan. Di usap lembut belakang badan isterinya.
" Hmm... Sayang ni macam tau - tau je. "
" Abang!" Mawar menumbuk kasar bahu suaminya.
" Aduh... Haha..." Adu Rayyaz dengan tawaan.
" Abang gurau jelah sayang..."
Mawar mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia mengetap bibir geram. Dari dulu suaminya memang tidak berubah perangianya. Suka benar mengusik!
" Tapikan abang..." Mawar memandang tepat mata suaminya. Rayyaz hanya membalas dengan jongketan kening.
" Dalam dramakan... Kalau isteri dia tak boleh mengandung-"
" Aip! Mulut tu! Berapa kali abang nak cakap? Abang yang bermasalah! " Di tonyohnya mulut isterinya. Tidak gemar benar dia mendengar kata - kata itu dari mulut isterinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...