PC 96

2.2K 187 35
                                    

Mawar terjaga dari lena. Kelopak mata terbuka luas dan kembali tertutup dek cahaya di luar yang menerangi biliknya. Perlahan - lahan mata kembali terbuka. Ruang di sisinya terlihat kosong. Bayang sang suami tiada di sisi.

" Mana dia?" Gumam Mawar pelik.

Mata yang kabur dek baru bangun dari lena di usap lembut. Penglihatan sedikit jelas. Badan menggeliat mahu menyelesakan badannya.

Mawar menyelak selimut yang menutupi bahagian kakinya. Kaki di bawa turun ke bawa katil. Perlahan - lahan Mawar bangun dari pembaringan dan turun dari katil. Kaki masih tidak kuat mahu terus berdiri. Tangan di tahan di katil bagi memapah badannya seketika.

Mata Mawar tertancap ke arah sehelai kertas yang terlipat elok di atas meja sisi. Terlihat seperti warkah dari seorang suami. Tangan mencapai warkah itu. Terlihat nama sang suami yang tertulis di hadapan kertas.

Kertas yang terlipat elok itu di buka. Terlihat tulisan yang ditulis tangan oleh suaminya.

Pukul 8 pagi. Abang tunggu dekat bawah. Siap pakai tudung. Mumny dengan daddy balik Malaysia. Abang nak jemput dorang dekat Airport.

Mawar tersenyum suka apabila membaca perkataan ' mummy '. Lamanya dia tidak jumpa dengan ibu mertuanya. Dia mahu memeluk wanita tua itu.

Kepala Mawar terus terangkat memandang ke arah dindingnya. Sudah pukul 7. Bagaimana dia bolrh terlelap selepas solat subuh. Suaminya langsung tidak mengejut dirinya.

Adakah suaminya takut kalah akan deal yang di buat semalam? Dia perlu berhati - hati dengan sang suami. Lelaki itu terlalu licik. Dia takkan biarkan namanya anaknya di berikan oleh sang suami.

Dia tetap mahu menamakan anaknya, Melur!

Mawar hanya tinggal satu jam saja untuk bersiap. Mawar terus membuka langkah ke arah bilik air dengan penuh berhati - hati. Perut yang mula memberat itu membuatkan Mawar sedikit susah untuk berjalan.

Seusai Mawar siap bersolek di depan cermin. Mawar menarik tudung sarung di atas ketil. Memang dia ketika mengandung ini malas untuk memakai tudung yang melilit. Leceh betul.

Mawar melirik dirinya di depan cermin besar di depannya. Badan di pusing ke kiri dan ke kanan. Senyuman terukir indah di bibir pabila terlihat perutnya yang membulat. Bagaikan tidak menyangka Allah telah memberi dirinya peluang untuk menggendong zuriat di dalam kandungan buat kali yang kedua. Dan kali ini dia akan menjaga kandungan itu sebaiknya.

Mawar memandang ke arah jam di tangannya. Jarum telah menunjukkan sudah pukul 7.56 pagi. Dia kesuntukan masa. Mawar terus mencapai bag tangannya yang berada di atas meja solek.

Semua sui yang terbuka dan di gunakannya tadi tutup. Kaki dengan penuh berhati - hati melangkah keluar dari bilik. Mawar mahu menjaga kandungannya dari berlaku apa - apa perkara yang tak diingini. Dia berhasrat untuk turun ke tingkat bawah dengan menaiki lif rumah saja.

Rasa lain pula hatinya sekarang. Terasa sepi. Jikalau setiap hati pasti akan ada suaminya yang menemani. Tetapi membuatkan dirinya bingung kemana suaminya pergi sekarang? Sudah kembalu bekerja seperti dahulukah? Desis akal Mawar.

Pabila pintu lif terbuka. Mawar terlihat sosok suaminya yang berada di muka pintu dengan sosok dua orang lelaki yang lengkap perkaian kemas.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now