EPILOG

4.2K 248 82
                                    

Mawar mencari sosok sang suaminya. Tidak silapnya tadi suaminya meminta diri untuk ke bilik sebentar saja. Tapi dalam beberapa minit Mawar menunggu. Lelaki itu masih tidak memunculkan diri.

Bila di cari di dalam bilik. Bayang suaminya tiada. Bila di seru langsung tiada sahutan. Pelik benar Mawar dengan suaminya.

Baru saja ingin mengatur langkah ke tingkat bawah semula. Tiba - tiba matanya tertancap ke arah bilik kerja sang suami.

Daun pintu bilik itu terlihat sedikit terbuka membuatkan cahaya dari bilik itu memantul keluar bilik. Mawar mengukir senyuman. Akhirnya dia dapat juga mencari suaminya di mana.

Mawar sedikit payah untuk berjalan dek perutnya yang makin memberat dan menyusahkan dirinya untuk melangkah.

Pintu itu di tolak sedikit. Tidak terlihat langsung bayang suaminya. Mawar mengerut dahi dan membuka langkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Baru saja ingin melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Rak buku besar itu tiba - tiba saja terbelah bahagi menjadi dua.

Dia terlihat seperti pintu. Terkejut Mawar pabila terlihat suaminya yang keluar dari bilik tersebut. Terbuntang mata Rayyaz pabila melihat Mawar yang berdiri kaku di depan muka pintu.

" Err... Saya buat apa?" Soal Rayyaz dengan sengihan.

" Wah... Bilik apa tu bang? Abang tak pernah pun cerita dekat Mawar pasal bilik ni?" Teruja Mawar mendekati suaminya.

" Eh sayang!"

Pantas tangan Rayyaz menghalang isterinya terus melangkah masuk ke dalam.

" Kenapa?" Soal Mawar dengan dahi berkerut.

" Er... Sayang. Abang laparlah. Jom lah kita makan." Ajakkan Rayyaz dengan tangan mengusap perutnya.

" Ala... Mawar nak tengok bilik apa tu. Nak tengok!" Bentak Mawar.

" Tak payahlah sayang..." Ujar Rayyaz sambil menarik pinggang isterinya untuk keluar.

" No! Mawar nak masuk!" Bentak Mawar sambil menepis kasar tangan suaminya.

" Aip! Siapa ajar melawan abang ni?" Ujaf Rayyaz di buat muka garang di depan isteri.

" Ish! Mawar nak tahu je! Ke abang simpan perempuan dalam tu sampai takut sangat!" Geram Mawar.

" Sayang... Tak baik tuduh abang. Abang cakap apa dulu? Abang tak sukakan sayang tuduh abang macam tu?" Keras suara Rayyaz.

" Habis tu! Tunjuklah kat Mawar! Buktikan!" Keras Mawar mahu melawan juga.

" Tak perlulah..."

" Nak!"

Rayyaz menghela nafas kecil. Kepalany tertunduk seketika sebelum dia mengangkat semula memandang isterinya.

" Janji dengan abang dulu."

" Apa?"

" Tolong jangan bagi abang banyak soalan." Pesan Rayyaz.

Mawar tersenyum suka.

" Janji!"

Dengan bersungguh - sungguh dia menganggukkan kepalanya.
Rayyaz dengan berat hatinya membuka kembali pintu itu. Dapat Mawar lihat ada butang kecil di balik buku yang tersusun rapi.

Pabila pintu terbuka. Dengan pantas Mawar membuka langkah masuk ke dalam bilik tersebut. Belum sempat Rayyaz mengatakan apa - apa. Isterinya sudah berada di dalam.

" Haih..."

Mawar teruja pabila melihat barang yang berada di situ. Pantas kakinya mengatur langkah mendekati.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now