Mawar dari tadi tidak senang duduk.Ke sana ke sini, ulang - alik bagaikan mak kucing hilang anak saja.
Dinding di lirik.Jarum sudah menunjukka sudah pukul 12 malam.Resah hatinya.Kuku ibu jari di gigit.
" Mana dia ni? Memang tak reti nak balik ke?" Rengus Mawar geram.Risau benar hatinya sekarang.
Sudah 4 hari sang suami tidak balik.Dan kali ini dia mahu menunggu kepulangan sang suami.
" Aryyan...!" Gusar Mawar.
Dia ingin memberitahu berita tentang dirinya sudah mengandung.Dan harapnya lelaki itu akan membatalkan perkahwinan dan menerangkan semuanya kepada Arissa.
Telefon di atas meja ruang tamu di capai.Nombor suaminya di tekan.Di lekapkan telefonnya ke cuping telinganya.
" Angkatlah!"
Selama 4 hari.Aryyan tidak langsung beritahu khabarnya.Benar - benar membuatkan Mawar risau.
Panggilan kedua di buat.Tapi masih tidak terjawab.Panggilan ketiga sama seperti tadi,masih tidak terjawab.Sehinggalah ke panggilan seterusnya.Masih lagi tidak terjawab.
" Aryyan? Awak kat mana?" Resah hati Mawar.
" Rayyaz!"
Mawar terus menekan nombor lelaki itu.Di lekapkan ke cuping telinganya.Sudah pukul 12... pasti lelaki itu sudah tido.Dia kesah apa!
" Angkatlah Rayyaz!" Rengus Mawar kasar.
" Angk-"
" Hello?" Suara garau yang bunyi seperti orang sedang mamai saja.
" Rayyaz! Kau dah tido ke?" Soal Mawar.
" Siapa ni?" Soal Rayyaz pelik.Terkebil - kebil matanya melihat nama yang tertera di skrin telefon.
" Mawarlah!"
" Ouh... Asal?"
"Err... Rayyaz? Aryyan ada kat rumah kau ke?" Soal Mawar.
" Mana ada... Asal kabut sangat suara kau ni?" Soal Rayyaz pelik.
" Aryyan... Dia dah 4 hari tak balik rumah." Resah Mawar.Kuku ibu jarinya dari tadi di gigitnya.
" Ouh... Err... ni.Dia... dia tido rumah baru dia.Lupa pula aku nak bagi tahu.Dia tak bagitahu langsung kat kau?" Soal Rayyaz.
" Hmm... langsung tak." Lemah suaranya.
" Tapi rumah baru apa eh? Dia ada beli rumah ke?" Soal Mawar pelik.
" Ye... rumah dia dengan Arissa nanti.Dia kata dia nak hias - hias sikit.So dia tido sana jelah..." Beritahu Rayyaz sambil menguap besar mulutnya.
" Ouh." Itu saja yang terpacul di dari bibir Mawar.Menyesal lula dia tanya.Buat sakit hati saja.
Suaminya langsung tak memberi khabar dirinya di mana.Tidak langsung menghiraukan dirinya di sini.
Air mata yang dari tadi bertakung dek risau kini mengalir kerana kecewa.Perut di usap lembut.
Lelaki itu semangat benar ingin mendirikan rumah tangga bersama rakannya.Pasti lelaki itu juga tidak sabar mahu melepaskan dirinya.
Mahukah lelaki itu pandang dirinya yang sudah memboyot ini?Orang yang sudah di lamun cinta... tiada siapa boleh halang.Pasti dirinya akan di abaikan juga.Jadi... pentingkan lelaki itu tahu? Desis akal Mawar.
' Kalau kau bagitahu Mawar... percayalah, mesti dia akan hina kau! Terang - terang dia tak nak anak yang di lahir dari rahim kau, Mawar.Lagi kau sakit, Mawar! ' Bisik hati kecil Mawar lemah.

ANDA SEDANG MEMBACA
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomansaAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...