Mawar membuka langkah keluar dari bilik.Dapur di tuju.Di labuhkan punggungnya di atas kerusi.
Air masak di teguk habis.Helaan nafas lelah di lepaskan.Perlahan - lahan mata di katup.
" Kau boleh Mawar." Gumam Mawar.
" Mawar."
Mata Mawar kembali terbuka.Wajah suaminya di pandang.
" Kau tak boleh naik aku.Aku takut semua pekerja aku tahu apa hubungan kau dengan aku nanti.Jadi kau naiklah apa - apa. Aku pergi dulu.Jangan lambat." Pesan Aryyan.
" Awak." Mawar terus bangun dari kedudukan.Langkah suaminya di kejar.
Aryyan memandang pelik ke arah isterinya.
" Nak salam." Pinta Mawar lembut.
Aryyan hanya akur saja.Di hulurkan tangannya ke arah isterinya.Mawar menyambut lembut.Tanpa izin Aryyan terus menarik wajah isterinya dekat dengan bibirnya.
' Jangan bagi dia harapan Aryyan. '
Aryyan batalkan saja niatnya ingin menguncup dahi bersih sang isteri. Di lepaskan terus wajah isterinya.
Wajah Aryyan kembali dingin seperti biasa.Dia terus berlalu pergi melintasi isterinya.Mawaf mengeluh kecil.Kenapa tiba - tiba saja suaminya seperti itu? Desis akal Mawar kecewa.
Mawar membuka langkah mencapai bag tangannya yang berada di meja makan.Telefon di bawa keluar dari bag tangannya.
Kereta untuk dia pergi bekerja di sewa.Semua pintu di tutup dan di kunci rapat.Dia tunggu di hadapan rumahnya.
" Mawar boleh kuat abang!" Gumam Mawar.
Dia tidak akan lagi bergantung pada sesiapa.Dia tahu nak tak nak dia perlu kuat untuk teruskan hidup.Dia tahu allah selalu ada bersamanya.
Deruan kereta melintasi telingannya.Mawar terus membuka langkah mendekati dan menerobos masuk ke dalam.
" Assalamualaikum cik..." Mesra Pemandu gadis itu.
" Waalaikumusalam..." Jawab Mawar dengan senyuman manis.
" Cik dah bersedia ke?" Soal gadis itu.
" Dah..."
Kereta terus memecut laju keluar dari kawasan perumahan.
Di dalam perjalanan Mawar hanya memperbanyakkan termenung saja.
Dia masih memikirkan hidupnya selepas di ceraikan oleh suaminya.Dia tidak pernah terfikir abangnya akan meninggalkan dirinya.
Siapa lagi dia mahu berharap.Selama ini hanya abangnya saja yang menanggungnya.Dan tidak lama pula suaminya pula mengambil alih tanggungjawab itu.
Perlahan - lahan air mata mula bertakung.Sebak mula hadir di hatinya.Sakit pula hati Mawar bila mengingati tentang lamaran Aryyan kepada rakannya, Arissa.
________
Baru saja Mawar ingin bangun dari kerusi kerjanya.Dan masuk ke dalam bilik kerja suaminya.
Tiba - tiba seorang gadis menegurnya.Mawar melebarkan senyuman manis.
" Mawar!" Badan Mawar di peluk.
"Hehe... Datang sini buat apa?" Soal Mawar dengan tawaan mesra.
" Tengok siapa lagi? Tengok tunang akulah." Tergelak kecil Arissa.
Tadi Mawar tersenyum manis dan mesra.Kini senyuman kian menjadi palsu.
" Ouh... Pergilah." Ujar Mawar lalu membuka langkah duduk kembali di atas kerusi kerjanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...