PCM 42

4.7K 239 38
                                    

Seusai Doktor lelaki itu merawat dan membalut pergelangan tangan Mawar yang terseliuh.Mawar hanya membalas dengan senyuman saja.

" Saya harap... Cik kurangkan angkat - angkat benda beratlah ye.Sebab saya tengok macam teruk juga tu.Tapi nasib baik je tak patah." Ujar Doktor lelaki itu lembut.

Mawar hanya menganggukkan saja kepalanya.Faham akan pantang larang yang di katakan oleh Doktor tadi.

Rayyaz hanya menjadi pendengar saja di sebelah.Pergelangan tangan Mawar yang cedera itu tidak bosan dia melihat.Mahu saja dia menanyakan punca tangan gadis itu cedera.

Tapi bila di ingat balik.Dia dengan Mawar mana pernah ' ngam ' .Nanti tak pasal - pasal di hadiahkan jelingan saja.Desis akal Rayyaz.

" Baiklah... Encik?" Panggil Doktor lelaki itu menyentak Rayyaz dari terus merenung tangan Mawar.

" Ye?"

" Mari sini duduk.Biar saya rawat awak pula."Ujar Doktor lelaki itu menunjukkan kerusi yang berada di sisi Mawar.

" Eh? Tak apa ke Dok? Saya potong barisan ni?" Ujar Rayyaz serba salah.

" Tak apalah... Tak lama pun.Lagipun... Dah alang - alang awak kat sini.Saya tengokkan jelah terus." Ujar Doktor lelaki itu lembut saja tuturnya.

" Ouh... Tak apalah kalau Dok dah cakap macam tu." Ujar Rayyaz.

Rayyaz akur saja.Dia terus duduk di tepi Mawar di mana tersedia kerusi di depan meja Doktor lelaki itu.

" Okeylah Dok... Saya balik dulu." Pinta Mawar terus bangun dari kedudukan.

Ucapan dan senyuman di hadiahkan kepada Doktor lelaki itu.Sedikit pun tidak di pandangnya wajah Rayyaz.Musuh pertama dia kot!

Baru saja Mawar ingin memulas tombol pintu dan menguak sedikit pintu bilik rawatan itu.Tangannya cepat di tepis oleh seseorang.

Tak perlu cakap sudah tahu siapa! Rayyaz!

" Eh apa masalah kau ni!" Marah Mawar geram.

" Kau nak pergi mana?" Soal Rayyaz.

" Nak baliklah!"

" Tak ada! Aku dah teman kau tadi an! Sekarang kau teman aku pula!" Tegas Rayyaz.

" Eh siapa yang suruh kau teman! Aku tak suruh pun eh! " Bentak Mawar geram.

" Tak ada jom!" Tegas Rayyaz menarik lengan gadis itu yang berbalut baju lengan panjang.

" Ish! Lepaslah! Kalau kena tangan kiri aku ni! Siap kau, aku kerjakan!" Keras suara Mawar.

" Kesah pula aku!" Selamba Rayyaz menarik lengan gadis itu lagi.

" Tak naklah!" Geram Mawar menarik lengannya.

" Temanlah aku!" Ajakkan keras Rayyaz.

" Asal pula aku nak kena teman kau! Kau bukan adik atau suami aku! Dan tak ada kene mengena pun dengan aku! Faham!" Jawab Mawar geram.

Rayyaz sudah bagaikan orang hilang akal saja.Kepala yang tidak gatal di garu.

" Ish! Aku malulah! Tadi aku dah jerit.Jadi... nak hilang sikit malu tu... aku sorok belakang kau jelah nanti!" Terang Rayyaz geram.

" Amboi kau! Tak ada! Bayar ah! Minta - minta tolong pula! Fikir free ke?" Bentak Mawar.Ada pula dia gunakan Mawar untuk kepentingannya pula!Desis akal Mawar geram.

" Eh kau ni memang mata duitankan!" Geram Rayyaz.

" Ish! Dahlah! Rimaslah! Lepaslah!" Rengek Mawar geram.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now