PCM 11

4.2K 163 4
                                    

MAWAR membuka langkah ingin mendekati suaminya yang berad di luar sisi kolam renang.

Mawar membatalkan saja niatnya yang ingin menegur suaminya, apabila terlihat seorang sosok lelaki yang paling di bencinya.

Mawar mengeluh kecil apabila melihat wajah lelaki itu.Bencinya itu membuatkan Mawar rasa ingin melemparkan satu tendangan saja pada wajah lelaki itu.

" Balik - balik muka kau!" Gumam Mawar geram.

Mawar memalingkan badannya dan ingin berlalu pergi.Baru saja ingin membuka langkah yang pertama.Namanya di seru.

" Eh Cik Mawar!" Jerit suara garau itu.Yang pastinya bukan suaminya.Tapi lelaki mulut puaka itu! Mawar memutarkan bebola matanya.

" Amboi sombongnya isteri kau tu Aryyan! Nampak tetamu terus lari eh? Bukan nak borak ke apa? Memang di besarkan tanpa adab agaknya!" Sinis Rayyaz.

Sakit hati Mawar mendengarnya.Terus wajahnya berkalih.Senyuman di tayangkan penuh dengan sinis.Tapi tidak terlihat sangat.Hanya terlihat mesra saja.

Yelah! Mesra dengan tetamu!Tetamu yang paling di undang!Undang ke neraka! Bisik akal Mawar geram.

" Ye Encik Tetamu ? Ada apa- apa yang saya boleh bantu?" Soal Mawar dengan lenggok sinisnya.Tapi masih terlihat mesra.

Rayyaz tersenyum sinis.Dia tahu gadis itu sedang menyinggungnya.Tapi dia kesah apa? Desis akal Rayyaz.

" Amboi... merdunya suara Cik Mawar. Untung kawan saya,Aryyan ni dapat." Selamba Rayyaz meneluk rakannya.

Mawar menjongket bibirnya.Memang untung dapat kat kawan kau! Dari dapat kat kau! Mesti dah terhenti habis nyawa aku ni! Desis akal Mawar mengutuk lelaki yang berada di sisi suaminya.

Aryyan mencerlung tajam ke arah rakannya.Selamba betul.Sudahlah dia sedang serabut.Datang seorang rakan bengapnya ini .Betul - betul buat dia makin serabut.

" Kau ni dah kemaruk sangat ke dengan bini orang?" Geram Aryyan terus menolak badan Rayyaz ke tepi.

" Yelah kot... Entahlah? Aku kemaruk bini kau je kot?" Sinis   Rayyaz.

Mahu saja Mawar melemparkan tamparan padu di wajah lelaki itu.Menyakitkan betul mulut puaka lelaki itu.

Mawar mencerlun tajam ke arah lelaki yang bernama Rayyaz itu.Memang sang gila!

Tapi renungan mata tajam itu mati apabila suaminya membalas.Kaget dia akan jawapan sang suami.

" Kalau kau nak sangat... amik jelah.Tapi tunggulah aku lepaskan dia."Selamba Aryyan sambip menjongket bahunya.

"Wow! Kau memang terbaiklah Aryyan! " Tergelak suka Rayyaz akan jawapan lelaki itu.Niatnya ingin bergurau saja.

Sakit pula hati Mawar melihat gelakkan lelaki itu.Air mata mula bertakung di tubir mata.Di tahan dan cuba untuk kuat.Bibir di ketap menahan sakit yang di rasainya sekarang.

" Cik Mawar? Kenapa diam je? Cik Mawar dengar tak tu?" Sinis Rayyaz membuatkan Mawar semakin benci dengan sikap biadab lelaki yang entah masih teruna atau tidak!

" Kalau aku bercerai dengan Aryyan! Belum tentu engkau yang aku pandanglah!" Ketas suara gadis itu dengan getaran sebak.

Tanpa membuang masa.Mawar terus membuka langkah meninggalkan sosok monyet - monye yang berada di luar sana.

Air mata diikuti sekali mengalir.Dia tidak kuat lagi untuk berpura - pura menjadk kuat saja akan kata - kata suaminya.

Aufa yang berada di meja makan terlihat Mawar yang sedang menuju ke arah pintu belakang.Risau dia melihat.Batu saja tadi mereka bertegur.

" Mawar?" Aufa mengejar langkah gadis itu.

Pintu belakang di tolak.Perlahan - lahan badannya di sandar ke dinding.Entah hatinya sakit sangat mendengar kata - kata sang suami.

Seperti hinaan saja.Adakah mereka menganggap dirinya tiada maruah? Mereka buat gadis itu seperti barang.

" Mawar?" Tegur Aufa.

" Aufa." Kaget Mawar akan kehadiran lelaki itu.Terus dia menyerka air matanya.Dia tidak mahu terlihat lemah di depan lelaki itu.Dia malu.

" Kau okey ke?" Soal Aufa risau.

" Aku okey jelah!" Ujar Mawar dengan senyuman.

" Apa yang okey? Aku nampak kau nangis tadi.Cuba kau cerita dengan aku.Apa yang jadi kat luar tadi?" Soal Aufa prihatin.Dapat dia melihat wajah gadis itu merah dek tangisan.

" Tak ada apalah." Ujar Mawar ingin membuka langkah melintasi lelaki itu.

Tapi langkahnya terhenti apabila terlihat sosok sang suami yang berada di muka pintu.

Terkejut Aryyan apabila melihat sang isteri dan anak Mak Awa berada di belakang rumah.Tempat yang paling tersorok.

"Woo! Apa siak bini kau biat dengan Aufa?Gila- gilalah!" Sengaja Rayyaz ingin membuat rakannya semakin panas.

" Eh Rayyaz! Lebih baik kau jaga sikit mulut kau tu! Dari dulu, memang tak habis - habis jadi batu api!" Marah Aufa geram akan sikap lelaki itu.

" Huh? Batu api? Benda dah terang - terang nampak wei! Tengoklah muka Mawar... Merah semacam je... mesti ads benda yang dorang buat kat belakang tu!" Sinis Rayyaz.

" Eh kau -"Kata - kata Mawar terpotong apabila Aryyan mula menarik kasar tangan gadis itu tanpa belas kasihan.

"Aryyan! Sakit Aryyan!" Adu Mawar kesakitan.Tapi Aryyan tidak langsung mengendahkannya.

Kaki Mawar tersadung dek tarikan suaminya yang terlalu kasar.Badannya rebah.Aryyan terus mencempung badan isterinya menaiki tangga.

Di campakkan badan gadis itu ke atas katil.Tanpa rasa belas kasihan.Pintu di tutup rapat.Kasar.

Kaki mendekati isterinya yang sudah menangis teresak - esak.Mawar menuruni katil.Jarak jauh mereka hanya sekatil king saja.

Dapat Mawar melihat dada lelaki itu yang naik turun dek amarah.Wajah lelaki itu bengis.Membuatkan Mawar gerun.

" Apa yang kau buat dengan Aufa kat belakang tadi?" Meras suaranya, tapi tidak menengking.

" Tak Aryyan... demi allah saya tak buat apa- apa.Tolonglah percaya!" Tangis Mawar.

" Sampai bila kau nak tipu aku eh Mawar? Kau jangan ingat aku bodohlah! Kau memang sukakan Aufakan? Kau tu memang kaki jantan ke sial!" Tengking Aryyan terus membuka langkah mendekati isterinya.

" Abang... tolong! Abang Mawar merayu sangat dengan abang... tolonglah jangan seksa Mawad macam ni!" Rayu Mawar melutut di depan suaminya.

Langkah Aryyan terhenti.Gigi di ketap memperlihatkan jelas bentuk lekukan tulang dagunya.Urat yang berada di dahinya jelas terbentuk.

" Mawar... tak buat abang.Tolonglah... Mawar penat.Sumpah Mawar tak larat." Rayu Mawar lemah.

Aryyan menutup kantuk matanya.Helaan nafas di lepaskan perlahan - lahan.Dia cuba untuk menahan diri daripada terus menyakiti isterinya.

" Tolonglah abang... Mawar merayu sangat!" Rayu Mawar lemah.Teresak - esak gadis itu dek ketakutan.

Mata Aryyan mula kembali terbuka.Isterinya terlihat lemah yang sudah terduduk di depannya.

Aryyan terus membuka langkah mendekati bag bagasi isterinya.Di zip bag bagasi sang isteri dan di tegakkan.

Mawar perasan akan itu terus mengangkat kepalanya.Kelakuan suaminya di lirik penuh tanda tanya.

" Abang? Abang nak Mawar dari rumah ni ke?" Soal Mawar pelik.Dia terus mendekati suaminya.

Aryyan diam saja.Barangan mekap dan tudung sang isteri di bawa masuk ke dalam bag solek sang isteri.

" Aryyan... tolong jangan buat saya macam ni." Lengan suaminya di paut.

" Lepaskan aku, Mawar." Amaran keras Aryyan.

" Abang... tolong jangan Mawar macam ni!" Rayu Mawar melutut di depan suaminya.

" Tak perlu kau nak melutut.Mulai sekarang...-"

PENGORBANAN
CINTA MAWAR

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now