PCM 32

4K 177 11
                                    

Pintu di kuak luas dari luar.Aryyan,Lee dan Darren berkalih apabila daun pintu terbuka dari luar.

Berkerut dahi mereka apabila melihat kelibat rakan mereka yang masuk ke dalam bilik kerja Aryyan.

" Woo! Rayyaz? Are you okay?" Soal Lee pelik apabila melihat rakannya yang tidak berbaju.

Soalan Lee di biarkan sepi saja oleh Rayyaz.

Terjenguk kepala Darren melihat keluar.Habis semua pekerja perempuan memandang Rayyaz masuk ke dalam bilik kerja.

Pintu di tutup oleh Rayyaz.Kakinya melangkah duduk di sisi Darren.

Aryyan memandang pelik rakannya.Berkerut habis dahi mereka.

" Kau ni gila ke Rayyaz? Kau asal datang kerja tak berbaju ni? Sihat ak? Ke kau kena cabul datang ke sini?" Soal Darren dengan sengihan.

" Diamlah bodoh!" Di tunjal kepala rakannya.Merapu lagi, memang mendapatlah.

" Aduh! Lepaklah Rayyaz! Adu... sakitnya.Kuku tak potong lagilah ni!" Adu Darren.Tajam benar kuku rakannya.Boleh bocor kepalanya.Sudahlah kepalanya tengah kurang rambut! Lagilah rakannya menunjal.

" Asal kau cukur rambut?" Soal Rayyaz apabila melihat Darren yang sudah botak di depannya.

"Hehe... aku berjangkit kutu dengan anak buah aku.Aku geli.Aku potonglah." Terang Darren dengan tawaan kecil di depannya.

Rayyaz menjeling saja rakannya.Matanya tertancap ke arah mata Lee dan Aryyan yang masih memandangnya.

" Kau asal?" Soal Rayyaz memeluk tubuhnya.

Takut pula dia.Mana tahu rakannya mahu cabul dia? Yelah lepas tak pandangkan? Takut pula dia! Desis akal Rayyaz ketakutan.

" Kau tak payahlah nak tutup sangat.Tak ada siapa nak cabul kau! Macam kau sorang ada otot. " Aryyan mencebik bibirnya.

" Mana baju kau?" Soal Aryyan.

" Entah ? Mana baju kau?" Soal Lee kembali.

" Alah... staf kaulah! Buta agaknya! Memang tak reti nak buka mata tu luas - luas! Boleh pula dia langgar aku! Habis kopi dia tumpah dekat baju aku!" Terang Rayyaz.

" Okey! Aku rasa kau tak payah cerita! Aku rasa aku tahu! Kau marah budak tu. Kau tengking budak tu.Lepastu kau pergi tandas,kau cuci baju kau dan baju kau basah.Lepastu kau buka and sidai baju kau?" Teka Darren sambil bercerita.

" Betul tak?" Soal Darren dengan jongketan mata.Harapnya tekaan betul.

Rayyaz tersenyum dan mendekatkan wajahnya ke arah Darren.

" Be... Salah!" Dingin jawapannya.Dari senyuman terus menjadi wajah serius.

Darren yang mendengar itu terus terdiam.Kecewa agaknya.Agaknya dia belum kenal lebih dalam rakannya yang bernama Rayyaz.

" Habis tu baju kau kat mana?" Soal Lee pelik.

Kepala Rayyaz berkalih memandang ke arah Lee.Tenang wajah Rayyaz.

" Aku buka... and aku campak dekat staf Aryyan! Apa lagi... Memang aku suruh basuhlah!" Lagak Rayyaz.Matanya melilau mencari sesuatu di dalam bilik.

Apabila terlihat sehelai baju kemeja yang tergantung elok di penyangkut baju Aryyan.

" Habis kita nak gi meeting macam mana, kalau engkau tak berbaju?" Soal Aryyan berkerut dahinya.

" Aryyan... tu baju kau an? Pinjam jap!" Pinta Rayyaz terus mengangkat punggung dan membuka langkah mendekati baju itu.

" Eh! Jangan nak sentuh baju tu!" Halang Aryyan.

" Asal?" Soal Rayyaz selamba memegang baju itu.

" Rayyaz!" Geram Aryyan terus bangun dari kedudukan dan mendekati Rayyaz.Di tepis tangan Rayyaz agar tidak menyentuh baju itu.

" Asal?" Geram Rayyaz.

" Kalau kau nak baju! Minta elok - elok! Aku gi ambik!" Ujar Aryyan terus membuka langkah ke arah meja kerjanya.

Rayyaz memutarkan bebola matanya.Eleh! Tak elokkah sia minta tadi? Desis akal Rayyaz.

Laci kecil di bawah meja kerja di buka.Sehelai baju yang terlipat elok di dalam laci terus di bawa keluat dan di campakkan ke arah Rayyaz.

Rayyaz terus menyambut baju yang di baling oleh Aryyan.Terus di sarungkan di badan tegapnya.

Bajunya sedikit besar dek badan Aryyan yang lebih besar sedikit dek otot lengannya yang lebih besar darinya.

" Dah jomlah! Kita gi!" Ajakkan Aryyaz tergesa - gesa.

" Weh kau seriuslah? Takkan aku nak pakai baju berkedut ni?" Soal Rayyaz .

" Haih!"Rengus Aryyan terus mencapai blazer biru gelapnya dari penyangkut baju.Di berikan kepada Rayyaz.

" Nah! Pakai ni!" Arah Aryyan dan terus membuka langkah ke atah daun pintu kerjanya.

Pintu di buka.Di pandang rakannya satu persatu.

" Cepat... kita dah lambat dah ni.Tak pasal - pasal orang tua tu bising nanti!" Arah Aryyan dingin.

Rayyaz , Darren dan Lee faham akan itu terus membuka langkah keluar dari bilik kerja rakannya, Aryyan.

Seusai rakannya keluar dari bilik kerja.Aryyan terus mendang ke arah baju kemeja yang tergantung elok di penyangkut baju.

Aryyan menghela nafas lega.Nasib rakannya tidak memakai.Kalau tidak pasti bau haruman tubuh sang isteri, hilang dek peluh tubuh badan rakannya.

Aryyan terus membuka langkah keluar dari bilik kerjanya.Di meja kerja Mawar terlihat rakan - rakannya yang sudah berkumpul di depannya.

" Kau ni kan Rayyaz! Tak baiklah suruh dia yang basuh!" Marah Lee dengan kelakuan Rayyaz.

" Apa? Dia yang langgar." Selamba Rayyaz menunduh gadis itu tanpa rasa serba salah.

Mawar mengetap bibir apabila di tuduh seperti itu.Geram pula dia dengan jantan puaka yang berada di depannya ini sekarang.Bapak selamba atok nenek dia je cakap aku yang langgar dia! Kutuk akal Mawar kegeraman.

Aryyan yang melihat terus berkalih mata ke arah pekerjanya.Pekerjanya sudah melihat lain macam. Terus Aryyan mendekati rakannya.

" Eh korang ! Jom!" Ajakkan Aryyan tegas.Matanya bertembung dengan sang isteri.

Mawar terus mengalih pandangan.Tidak mahu teringat kejadian malam tadi bersama sang suami.Malunya dia.Selamba badak dia saja! Desis akal Mawar.

Di mana dia selamba saja memasuk bilik sang suami dan mengambil baju kemeja yang berwarna putih Aryyan dan di sarungkan di tubuhnya.

Dia bukan apa.Dia suka melihat baju sang suami besar dan selesa.Sebab itu dia pakai.Tapi bila malam itu sang suami balik dari kerja.Terus sang suami menyuruh dirinya buka.

Apa lagi? Dia terus tukar dan pulangkan kembali pada sang suami.Ya allah... berona habis wajahnya.Tapi sempat lagi dia mengutuk sang suami, kedekut!

" Mawar!" Tegur Darren menggawai tangannya di depan gadis itu.

Mawar tersentak dari lamunan.Malunya dia.Dia rasa wajahnya seperti berona.

" Hmm?" Gumam Mawar tersentak dari lamunan.

" Ni! Laki kau panggil." Selamba Darren.

" Eh bodoh diamlah!" Aryyan menolak kepala rakannya.Di kerling ke arah kanan ke kiri.Harapnya tiada siapa yang mendengar.

" Aduh... sakitlah!"Adu Darren.Geram dia apabila mendapat rakannya yang suka menunjal kepalanya.Boleh biul agaknya kepalanya nanti.

" Ye Encik Aryyan? Kenapa?" Soal Mawar dengan jongketan kedua belah keningnya.

" Jom... nak gerak dah ni." Ajakkan Aryyan.

" Ouh... okey!" Mawar terus bangun dari kedudukan.Buku catatannya di capai dan bag tangannya.

Kaki mereka melangkah keluar dari bangunan kerja milik Aryyan.

PENGORBANAN
CINTA MAWAR

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now