PCM 4

4.6K 163 5
                                    

Sampai saja mereka di depan perkarangan rumah mewah milik Dato' Akim.Aryyan memakirkan kereta mewah miliknya di dalam garaj yanh telah di sediakan.

Enjin di matikan.Pantas kepalanya berkalih memandang ke kirinya.Terlihat isterinya yang nyenyak di buai mimpi.

Wajah isterinya di renung.Tanpa sedar senyuman manis hinggap di bibir Aryyan.Wajah yang begitu anggun di lihat.

Mahu saja tangannya di hinggap di pipi gebu sang isteri.Di usap lembut pipi gebu bagaikan pau bulat itu.

Tapi cepat akalnya mengingatkan tuan badannya.

" Kau ni memang gila Aryyan!" Gumam Aryyan terus mengalihkan pandangan.Keluhan berat di lepaskan.Wajah sang isteri kembali di tatap.

" Mawar bangun... kita dah sampai ni." Kejut Aryyan.Di goncang lengan isterinya.

Lena Mawar bagaikan di ganggu terus matanya tercelik.Wajah suaminya di tatap lama dan terbit satu senyuman manis di bibirnya.

" Hm... bangun - bangun dah nampak indahnya ciptaan allah..." Ujar Mawar dalam keadaan mamai.

Aryyan hanya memutarkan bebola matanya.Malas dia mahu melayan gelagat sang isteri.

Pintu kereta terus di buka dan keluar dari perut kereta.Di tinggalkan isterinya.

" Eh abang!" Mawar terus keluar dari perut kereta.

Tiba - tiba matanya tertancap pada sebuah rumah mewah di depannya.Seni reka yang begiti indah di lihat.Dinding yang penuh dengan ukiran konsep islamik dan saiz rumahnya yang besar.

Laman yang begitu luas.Reka bentuk rumah memang nampak cantik dan mewah.

Mawar membuka langkah ingin melihat lebih lagi.Benar - benar memukau matanya.

Seumur hidupnya,dirinya tidak lagi melihat rumah semewah ini.Mungkin dalam 4 tingkat.

Chendelier yang terhias cantik di luar rumah, menunjukkan rumah itu terlihat menyerlah lagi kalau waktu malam.

" Oi! Nak pergi mana tu? Ni bag ni siapa nak angkat?" Jerit Aryyan dari belakang kereta.

Jeritan Aryyan menyentak lamunan Mawar dari terus melangkah jauh.Pantas kepala Mawar berkalih.

Aryyan menjongket kening kanannya.Wajah isterinya yang tersengih bagaikan kerang busuk.

" Hehe... saya lupa." Mawar terus melangkah mendekati suaminya di bonet belakang kereta.

" Ni..." Aryyan membawa turun bag bagasi sang isteri.

" Thanks, abang." Ucap Mawar lembut.

" Tak payah nak abang sangatlah... kan aku dah kat.Jangan gelarkan aku dengan nama tu? Bahasa apa yang patut aku cakap untuk kau faham eh?" Geram Aryyan.

Mawar mengetap bibir.Ego betul lelaki itu.Padahal suka dirinya menggelar ' abang' .

" Im so sorry, Pakcik." Sinis Mawar lalu menjeling suaminya.Bag bagasi di tarik dan berlalu pergi.

" Kurang ajar." Gumam Aryyan terus membuka langkah mengikuti isterinya.

Sampai saja di depan pintu, Mawar berkalih memandang suaminya.Sengihan di tayang.

Aryyan hanya menjeling saja isterinya.Pintu di tolak dari luar.

' Eh? Tak berkunci? Rumah besar macam ni tak ada pencuri nak masuk ke?' Desis akal Mawar.

Aryyan terus berlalu masuk dan meninggal isterinya yang masih terkaku mengelamun.

Apabila terasa kosong di sisinya.Kepalanya berkalih melihat sang isterinya yang masih berdiri di luar.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now