PCM 78

3.8K 252 7
                                    

Mawar berlari keluar dari pintu automatif tersebut. Meninggalkan suaminya yang bersusah payah menolak troli bag.

" Huwah! Rindunya bau KL." Gumam Mawar sambil menghirup udara yang tak berapa nak segar. Lihatlah. Sebuk memanjang.

" Sedap kau, Mawar? Aku punyalah penat tolak bag kau. Berat... Kau bawa apa kat dalam? Batu eh?" Soal Rayyaz membetulkan sedikit baju lengannya.

" Eleyh... berat sikit je. Dah mengeluh." Desis Mawar geram.

" Haih... Sabar jelah." Gumam Rayyaz.

Mata Rayyaz melilau mencari seseorang. Apabila terlihat seseorang yang lengkap beruniform hitam. Tangannya di angkat melambai ke arah lelaki tersebut.

Apabila tersedar melihat tuannya yang berada di depan pintu automatif. Terus dia berlari anak ayam ke arah majikannya.

" Ye Encik Rayyaz." Ujar lelaki itu sambil tertunduk.

" Tolong tolakkan bag kita orang ye." Pinta Rayyaz lembut saja.

" Baik Encik Rayyaz."

" Terima kasih." Ucap Rayyaz lembut. Tangan sang isteri terus di genggam erat dan di tarik ke arah kereta miliknya yang di bawa oleh pekerjanya tadi.

" Eh! Sabar!" Terkejut Rayyaz apabila isterinya menarik tangannya kembali.

" Kenapa?" Bertaut rapat kening Rayyaz. Penuh dengan tanda tanya.

" Kalau nak jadi suami yang baik. Bag isteri... suamilah yang kena bawakan!" Ujar Mawar dengan senyuman. Sengaja mahu mengenakan lelaki itu.

" Patut ke?"  Soal Rayyaz dengan jongketan kening.

" Ye... Saya nak tengok. Kalau awak sayang saya. Awak bawakan bag saya." Cabar Mawar.

" Haih... Yelah. Criz, bawa bag saya je. Bag isteri saya tinggalkan je kat situ." Pinta lembut Rayyaz. Pemuda itu hanya akur dan berlalu pergi.

Tempat pemegang bag sang isteri di genggam dan di tolak. Berat sungguh. Mawar tersenyum melihat kesungguhan suaminya menolak bag batunya.

Sudahlah tayar memang dah rosak! Ya allah... lagi buat dia susah!

" Jom sayang..." Ajakkan Rayyaz tanpa merungut bag sang isteri berat sekalipun.

Mawar membalas dengan anggukkan. Tanpa segan silu. Pinggang sang suami di peluk dan berjalan beriringan dengan sang suami.

" Criz... "

" Ye Encik Rayyaz?" Soal pemuda itu.

" Boleh awak balik dengan adik awak? Awak call dia ke sini? " Soal Rayyaz.

" Boleh je, Encik Rayyaz. Dia bukan buat apa pun. Dia ada kat rumah baru, Encik Rayyaz. Atas arahan Encik. Saya rasa dia dah siap kemas." Beritahu pemuda itu.

" Ouh... Kalau macam tu. Awak balik dengan dia sajalah. Maaf kalau menyusahkan." Ujar Rayyaz lembut.

" Tak apa... Saya faham. Pasti Encik perlukan masa dengan isteri, Encik." Ujar pemuda itu tertunduk sedikit.

Pemuda itu tidaklah berasa heran apabila majikannya hanya bertuturan lembut saja. Di awal dia masuk bekerja. Bosnya lembut saja tuturnya. Tapi pertengahan sedikit. Ada saja benda yang tidak kena. Dan sekarang... Anginnya baik pula. Mungkin sudah berkahwin membuatkan lelaki itu lebih matang? Desis akal Criz.

Rayyaz menarik tangan isteri ke belah penumpang hadapan. Pintu di buka untuk sang isteri.

" Abang nak terus balik ke?" Soal Mawar.

" Tak... Abang nak bawa sayang ke tempat yang paling speacial. " Ujar Rayyaz dengan senyuman manis.

" Speacial? Apa?" Soal Mawar ingin tahu.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now