PCM 75

4K 283 23
                                    

Datin Amani berlari kecil ke arah suaminya yang berada di muka pintu.

" Abang!" Jerit Datin Amani membuatkan semua berkalih.

" Kenapa sayang?"

" Abang..." Datin Amani memandang anak tirinya yang berada di depan tok kadi yang sudah bersedia.

" Mawar... Mawar tak ada kat atas." Bergetar suara Datin Amani.

Rayyaz sudah tertunduk. Jadi benarlah. Dia tidak salah lihat. Benar gadis itu. Air mata kian mengalir membasahi pipinya.

" Rayyaz-"

Tidak sempat Anath ingin menghabiskan kata - katanya. Rayyaz terus bangun dari kedudukan. Dia sudah bilang... Dia tidak mahh hadir. Tapi rakannya?

" Rayyaz... sabarlah."

Rayyaz membuka langkah mendekati pintu keluar rumah. Air mata bagaikan tidak mahu berhenti saja.

Gedebuk!

Terkejut Rayyaz apabila badannya di rempuh kasar dari hadapan.

" Rayyaz... Tengok ni. Kucing!" Teruja gadis itu mengangkat kucing itu ke arah wajah Rayyaz.

Terkejut Rayyaz apabila melihat seorang gadis yang berpakaian serba putih. Dengan seekor kucing di dalam gendongan.

Kucing?

" Argh!" Jerit Rayyaz terlompat kebelakang sedikit.

" Mawar!" Datin Amani mendekat anak saudaranya. Di cubit lengan anaknya.

" Sakitlah Maksu." Mawar mengadu kesakitan.

Rayyaz bagaikan tidak percaya. Bagaimana gadis itu boleh ada di depannya sekarang? Bukankah...

" Tahu pun sakit! Kamu pergi mana, Mawar?" Soal Datin Amani geram.

" Ish! Mawar kejar kucing nilah tadi." Ujar Mawar sambil menepis tangan ibu saudaranya.

" Kamu nikan Mawar. Buat aku risau je!" Geram Datin Amani.

" Dahlah sayang... Semua tengok tu." Dato' Rizkyy cuba menenangkan isterinya dari terus berangin satu badan.

" Dah! Sini kucing tu."

" Eh Maksu..."

Masam wajah Mawar apabila ibu saudaranya merampas kucing di dalam gendongan. Dilepaskan kucing itu keluar rumah.

" Maksu... Kucing Mawar." Rengek Mawar

" Dah! Nak kahwin pun nak main lagi ke? Nanti mintalah laki kamu belikan nanti!" Geram Datin Amani.

Datin Amani terus menarik lengan anak saudaranya ke arah pelamin. Malunya dia dengan perangai anak saudaranya.

Rayyaz dari tadi tidak lekang memandang kearah Mawar. Mengapa gadis itu...


" Raja nak cakap dengan Mawar kejap boleh?" Soal Rayyaz ke arah ibu tirinya.

" Hmm... Macam - macam masalah betullah." Rungut Datin Amani.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now