Aryyan termenung jauh.File pekerja yang perlu di tanda tangani olehnya di pandang kosong saja.Fikirannya melayan jauh.Akalnya mula memikirkan kata - kata doktor di siang hari tadi.
Gadis itu sudah pun sedar dari koma.2 hari gadis itu koma di sebabkan hentakkan pada kepala yang terlalu kuat.Dan pendarahan yang banyak.
Dan alhamdulillah gadis itu sudah pun sudah sedar.Aryyan bahagia... lega.Bersyukur sungguh.Tapi...
Flashback...
" Alhamdulillah... pesakit dah sedar... Tak ada apa - apa yang serius pun.Cuma kaki pesakit terseliuh saja." Beritahu doktor lelaki itu dengan senyuman.
Aryyan menghela nafas lega.Mulutnya tak berhenti terkumat - kamit mengucap kata syukur.Bergitu juga dengan Dato' Akim, Mak Awa dan Aufa.
" Tapi Encik Aryyan..."
Aryyan berkalih.Wajah doktor lelaki itu di pandang dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.Keningnya bertaut rapat.
" Maafkan kami Encik Aryyan... tentang kandung Puan Mawar.Bila kami check semula... Kami silap.Maafkan kami, Encik Aryyan." Ujar doktor lelaki itu tertunduk.
" Apa maksud Doktor?" Soal Aryyan inginkan penerangan.
" Puan Mawar sebenarnya keguguran.Mungkin alat kami rosak... maafkan kami, Encik Aryyan.Kami tak dapat nak selamatkan nyawa kandungan Puan Mawar." Ujar doktor lelaki itu perlahan saja.
Sungguh dia kecewa.Dia kecewa kerana tidak dapat membantu lelaki itu.Sedangkan tugas doktor adalah merawat... tapi lain pula yang jadi... tapi mahu buat apa lagi?
Allah yang menentukan semuanya.Siapa dia mahu melawan kuasa allah.Memang dia doktor... dan dia hanya boleh merawat buka memberi nyawa.
Dia bukan tuhan.Dia hanya manusia biasa.Cuma akalnya saja yang cerdik.Cerdik macam mana pun... tidak akan dapat mengalahkan kuasa Allah.Desis akal doktor lelaki itu lemah.
Aryyan tercengang akan kata - kata doktor lelaki itu.Wajah doktor itu di pandang dengan wajah tidak percaya.
Air mata kian bertakung di tubir mata.Gigi di ketap menahan segala rasa.
' Jadi? Mawar bukan miliknya lagi? Mawar gugur? Bermaksud... talak sudah jatuh? ' Desis akal Aryyan mula bertanya.Dia tidak percaya perkara itu berlaku.Sumpah hatinya sakit sekarang.
" Puan Mawar tahu ke semua ni?" Soal Aryyan inginkan kepastian dari doktor lelaki itu.
Lelaki itu menganggukkan kepalanya.Jujur Doktor lelaki itu lemah apabila melihat wajah gadis itu apabila dirinya dapat tahu tentang kandungan yang di kandungnya 4 minggu... gugur.
Mawar memeluk kakinya.Di bawa rapat kakinya ke dada.Bergetar badannya.Lemahnya dia.
" Maafkan Mama..." Tangis Mawar.Terhenjut - henjut bahu Mawar.
" Maafkan Mawar, sayang..." Tangis Mawar.
Sumpah dia penat.Mengapa tuhan mengambil anak kecil yang masih berada di dalam kandungan? Kenapa? Kenapa bila dia sudah sayang... allah akan ambil dari hidupnya? Desis akal Mawar lemah.
Pintu terkuak dari luar.Kepala Mawar berkalih ke arah satu sosok yang jijik untuk dia lihat sekarang.
" Kau buat apa kat sini?" Soal Mawar keras.
Aryyan terkejut akan kata - kata gadis itu.Tidak pernah gadis itu berkata kasar seperti itu kepadanya sebelum ini.Tapi...
" Eh jawablah! Apa yang kau nak! Eh blahlah! Aku tak nak tengok muka kaulah!"Tengking Mawar menyuruh lelaki itu keluar dari bilik wadnya.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...