PCM 33

4.4K 302 34
                                    

Aryyan menarik bag bagasinya dan tunangnya Arissa ke arah bilik hotel mereka tempah.

Isterinya di biarkan di tarik sendiri.Kasihan benar gadis itu.Tapi mahu buat bagaimana lagi.Nak jaga rahsia punya pasal.

Mawar merebahkan badan yang lenguh di atas katil.Perjalanan yang jauh membuatkan badannya lenguh hampir separuh badan.

Di sebabkan Arissa ingin menaiki feri.Jadi dia dan Aryyan ikutkan saja.

Katanya dia tidak pernah lagi menaiki feri.Sedangkan kapal terbang sudah biasa baginya.

Beruntung benar gadis itu di besarkan dalam keluarga yang mampu.Mahu kemana saja... semua dapat.Tidak langsung seperti dirinya...

Hanya hidup sebatang kara saja.Hanya bergantung pada sang suami saja.Dia masih bertahan dalam hubungan ini dek dirinya yang masih bergelar seorang isteri dan takut akan hidup seorang diri.

Dia tidak mempunyai banyak pengalaman .Selama ini abangnya yang selalu menanggung hidupnya.Tapi sekarang abangnya sudah pergi meninggalkan dirinya.

Hanya sang suami saja menjadi tempat bergantung.Bagi dirinya, dia mahu menjadi isteri Aryyan lagi walaupun lelaki itu telah di satukan bersama rakannya, Arissa.

Memang terlihat bodoh.Tapi apa yang dia boleh buat sekarang? Dia hanya mengharapkan suaminya saja.Mungkin bagi seseorang yang tidak melalui.

Mungkin mudah mereka mudah berkata.

' Pergi sajalah... orang dah tak nak.Kenapa nak terhegeh lagi?'

' Bodoh ke?'

Dia telankan saja.Kerana dia yang melalui fasa yang sukar ini.Bukan manusia yang kerja tahu menahu mengkritik saja.

Yang mereka lihat hanya dari luar saja.Tapi di dari dalam.Mawar takut.

" Mawar..." Sapa Arissa.

Tiada langsung pergerakkan dari rakannya yang masih dalam lamunannya.Dunia sendiri.

" Mawar..." Tegur Arissa lagi.

Arissa menggawai tangannya di depan Mawar.Di petik jarinya beberapa kali.Baru Mawar sedar dari lamunan.

" Hm?" Gumam Mawar.Polos wajahnya memandang rakannya.

" Kau okey tak?" Soal Arissa apabil melihat mata rakannya yang mula berair.

Mawar terus menyerka air matanya yang hampir mengalir.Boleh pula hatinya jiwang malam ini.

" Tak ada apalah... pening sijut pale aku ni.Biasalah perjalanan jauh.Aku tak boleh pening sikit... mulalah air mata nak keluar." Tipu Mawar dengan sengihan kecil.

" Ouh... siannya kau. Aku nak keluar dengan Aryyan ni. Kau nak aku belikan minyak angin?" Soal Arissa risau.

" Eh tak apalah... lagi pun aku tak solat Magrib dengan Isyak lagi.Nanti dsh ambil wuduk, solat.Hilanglah kot." Terang Mawar dengan senyuman tipis di bibirnya.

" Kau tak betul ni tak nak ikut aku gi keluar makan dengan Aryyan?" Soal Arissa.

" Tak nak." Ujar Mawar malas.

Tidak mahu dia ikut.Kalau ikut menyakitkan hatinya.Menyeksakan perasaannta buat apa? Malas dia.

" Hmm yelah... jaga diri.Kalau nak keluar ke apa ke... depan tu ada pantai.Kalau nak pergi... bagitahu aku dulu." Pesan Arissa risau.

" Ye... tak adanyalah aku nak pergi pantai malam - malam ni.Malas.Lagi pun lenguh badan aku ni.Nak rehat je ni." Ujar Mawar terus berbaring.

" Hmm yelah... aku gerak dulu.Aryyan mesti dah tunggu kat luar.Kau nak apa - apa?" Soal Arissa.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now