PCM 74

3.5K 266 18
                                        

Rayyaz bangun dari pembaringan. Mata melirik ke arah jam di dinding. Sudah pagi. Kaki dibawa turun katil. Dia duduk di birai katil.

Sepatutnya dia perlulah merasa bahagia. Kerana tengah hari ini dia tidak lama lagi akan melafazkan akad.

Tapi entah mengapa hatinya resah semacam. Ada saja benda yang akan berlaku sebentar nanti. Atau dia saja yang banyak berfikir.

Bagaimana kalau benda yang tidak di ingini berlaku? Sanggupkah dia kehilangan gadis itu.

' Tak apa, Rayyaz. Awal memang sakit. Kau boleh... Kalau itu kebahagiannya. Kau kena terima.' Desis hati kecilnya.

Rayyaz membuka langkah masuk ke dalam bilik air. Sempat dia mencapai tuala di penyangkut baju. Tiba - tiba matanya terlirik ke arah baju pernikahannya di almari yang di gantung kemas.

Lagi membuatkan dia takut ingin merosakkan baju itu sehingga kedut adalah kerana orang yang menggosok baju melayu putih itu, Mawar.

Dia sudah 5 hari menetap di hotel mewah ini. Dek ibu tirinya yang tidak mengizinkan mereka bertemu lagi. Katanya tidak manis kalau mereka selalu bertemu. ' Takut membosakan '.

' Huh! Membosankan? Gadis itu tidak pernah membosankan untuk dirinya melirik.' Desis hati kecilnya.

Seusai dia membersihkan diri. Kaki melanglah keluar dari bilik air. Baju T  shirt putih yang tersangkut di penyankut baju di ambil dan di sarung. Kain pelikat pemberian ibu tirinya di lilit kemas di pinggangnya.

Sejadah yang tersidai di atas kerusi solek di ambil dan di bentang mengikut arah kiblat. Masih belum masuk waktu lagi. Dia mengambil bag galasnya. Tersimpan Senaskah Al- qurna kecil di dalam. Di ambil  dan di bawa ke sejadah kembali.

Dia melabuhkan punggung di atas sejadah. Zip buku Al - quran di buka. Di baca ayat suci al - quran itu dengan tanda baca yang betul. Penuh dengan lemah lembut.

Apabila terdengar bunyi azan dari telefonnya. Maka terhentilah baca yang terkeluar dari kotak suaranya. Di tutup dan simpan kembali.

Setiap seruan di jawab. Air mata entah mengapa tiba - tiba saja mengalir. Perlahan - lahan membasahi pipinya.

Mungkin di sebabkan ayat yang di bacanya tadi membuatkan dia semakin galak mengalirkan air mata.

" Aku bersumpah akan mencintai dengan cara yang berbeza ." - Al azhar

" Aku akan berlari saat kau memanggil namaku. " - Al baqarah

Seusai azan habis berkumandang. Tangan di tadah bagi mendoakan kesejahteraan rasulullah.

Dia bangun dari kedudukan. Berdiri tegak bagi mendirikan solat fardhu subuh. Dia mengharapkan hatinya sentiasa tenang apabila meletakkan Allah yang pertama adalam hatinya.

Seusai mendirikan solat dan berdoa. Rayyaz terus melipat sejadah yang di guna dan di sidaikan semula di atas kerusi.

Di labuhkan punggungnya di atas birai katil. Mata melirik ke arah cermin meja solek. Di tenung wajahnya dalam - dalam.

' Jahat sangat ke aku ni?' Desis akalnya.

' Kenapa kau perlu ugut Mawar sampai macam tu sekali? Dia pun berhak cari bahagia.' Rayyaz tertunduk.

Telefon yang berada di bawah bantal di ambil. Di buka galeri gambarnya. Video yang tidak senonoh di buang. Di hapuskan dari telefonnya.

Rayyaz membuka aplikasi watsap. Nombor Mawar di tekan. Perlahan - lahan keluhan panjang di lepaskan.

' Apa - apa pun terjadi. Kau kena kuat.' Desis akalnya.

Mawar CHR ❤️

Assalamualaikum...

- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang