PCM 54

5.1K 286 26
                                    

   Aufa memakirkan keretanya di tempat parking yang telah di sediakan oleh pihak hospital.Perlahan -lahan mata terkatup.Hembusan nafas di lepaskan dengan lembut.Dia perlu tenang.Dia tak perlu menunjukkan riak wajah yang gundah.


" Aufa... jomla." Ajakkan Mak Awa di sebelahnya.

" Kalau Mawar tak terima macam mana? " Soal Aufa risau.Makin gementar dia jadinya.

" Tak apa Aufa.Kita cuba dalu.Lagipun... Anak Umi ni baik.Takkan Mawar tak terima?" Ujar Mak Awa cuba memberi anaknya sedikit semangat.

Aufa menarik nafas beberapa kali.Apabila sudah rasa diri bersedia.Dia terus membuka langkah keluar dari perut kereta.Pintu kereta di katup.Di tarik tangan Uminya untuk masuk.Mak Awa tersenyum bahagia... Dia harap gadis itu dapat menerima lamaran lelaki itu.


Dia tidak mahu lagi mendengar rintihan anaknya di malam hari.Selalu dia mendengar nama gadis itu di dalam doan anaknya.Dia tahu anaknya memang ikhlas untuk menghalalkan gadis yang di cintainya itu.

Harap kali ini tiada duka untuknya.Mak Awa mengharapkan doa ibunya termakbul.Harapnya gadis itu terimanya.


' Ya allah kau permudahkanlah urusan anakku untuk menghalalkan salah seorang dari hambamu yang dia cintai.'Doa Mak Awa.


Sampai saja di depan bilik wad gadis itu.Aufa mengambil semangat dahulu.Mulutnya terkumat kamit memohon pertolongan dari yang maha esa.Dia yakin... Allah mendengar doanya.Dan harapnya... doanya terjawab kali ini.


Daun pintu wad itu di tolak.Terlihat gadis itu sedang berborak dengan dua orang lelaki yang amat di kenalinya.Apa lagi lelaki itu mahukan dar bekas isterinya.


Kepala Aryyan ,Rayyaz dan Mawar berkalih apabila terdengar kuakkan pintu bilik wad.Mata Aryyan dan Aufa bertembung.Wajah Aryyan hanya tenang saja.Tidak seperti Aufa... dingin.


"Kau buat apa kat sini?" Soal Aufa kepada Aryyan.

Rayyaz hanya menjadi pemerhati saja.Wajah rakannya tampak tenang saja.Bagaikan bukan rakannya saja.Memang  sudah banyak berubah rakannya sekarang.

" Kenapa? Salah ke aku nak tengok bekas isteri aku? Kau tak payah risau Aufa.Aku tahu niat kau datang ke sini sebab apa.Aku tahu niat kau baik.Aku dah dengar semuanya waktu kau dengan Mak Wa dekat dapur.Jadi..." Aryyan mengundur sedikit kebelakang untuk memberi peluang untuk lelaki itu.


Bertaut rapat kening Mawar dan Rayyaz.Apa yang di maksudkan lelaki itu?Mawar memandang ke arah Aryyan dengan penuh tanda tanya.


" Apa yang kau maksudkan ni Aryyan?" Soal Mawar.


Aryyan tidak menjawab, dia berkalih memandang ke arah Aufa.Biar saja lelaki itu saja yang memberitahu semua niatnya ke sini.


Mawar memandang ke arah Aufa meminta penjelasan dari lelaki itu.Aufa bagaikan tidak percaya apa yang dia dengarinya sekarang ini.Lelaki itu... sudah mengikhlas gadis itukah?Jadinya tidak perlu bersaing lagikah? Desis akal Aufa sedikit gembira.


Tetapi kenapa tiba - tiba saja?Akalnya masih tersimpan persoalan.

" Aufa... Pergilah." Ujar lembut Mak Awa.Di usap bahu anaknya lembut.


Aufa memberanikan dirinya juga.Kotak cincin yang berada di dalam kocek seluarnya di bawa  keluar.Kaki perlahan - lahan mendekati katil Mawar.

Makin laju jantung Mawar berdetak.Bagaikan mahu terkeluar daripada badan saja.Apa yang lelaki itu ingin lakukan?Desis akal Mawar takut.


" Mawar... Aku tahu cara aku ni agak clice... tapi ..."


Aufa terus membuka kotak cincin itu di depan Mawar.Terkejut Mawar di buatnya.Terlihat sebentuk cincin yang dihiasi dengan permata di tengah dan di tepinya.


"Sudi ke kau terima aku untuk jadi pasangan kau?" Soal Aufa dengan getran suara.

Mawar terdiam dan terkaku. 


Rayyaz memandang ke arah Aryyan yang sedang melihat dirinya juga.Mata mereka bertembung.Rayyaz sudah mengetap gigi.Memperlihatkan jelas tulang dagunya.

Belum sempat Mawar memberi jawapan.Rayyaz terus membuka langkah keluar dari bilik wad pesakit itu.Terkejut Mawar dan Mak Awa di buatnya apabila pintu di hempas kuat oleh lelaki itu.

"Rayyaz!" Aryyan mengejar langkah rakannya.

"Rayyaz!" Lelaki itu tidak mengendahkan langsung panggilan rakannya di belakang.

"Rayyaz!" Semua mata memandang mereka.Sampai saja di tempat keretanya di parking.Rayyaz terus membuka lock keretanya.Belum sempat dia menerobos masuk ke dalam perut kereta.Tangannya pantas di tarik oleh Aryyan.


" Rayyaz!"


"Apa!" Tepis kasar Rayyaz.


" Kau kenapa ni?" Soal Aryyan.


" Kau tu yang kenapalah bodoh!" Jerkah Rayyaz dengan tangadada bidang menolak kasar rakannya.


" Macam mana kau boleh biarkan mamat tu lamar Mawar! Aryyan! Tolonglah Aryyan! Kenapa ku tak bagi tahu aku semua ni?" Jerkah Rayyaz geram.


"Rayyaz... Mawar pun layak untuk rasa bahagia." Ujar tenang Aryyan.


" Sumpah aku tak nak tengok muka orang penipu macam kau!" Ujar Rayyaz menolak kasar badan rakannya lalu menorobos masuk ke dalam perut kereta.Dengan laju keretanya di undur dan di pandu laju keluar dari kawasan hospital.  


Aryyan mengeluh kecil.Di kuak rambutnya kebelakang.Memang silapnya kerana dia berjanji.Kalau dia tahu akan jadi seteruk ini... dia tidak akan membuat perjanjian ini.


" Maafkan aku,Rayyaz." Gumam lemah Aryyan. 


- PENGORBANAN CINTA MAWAR -


 Hi guys! author nak bagi tahu ni! Author akan buat ebook tak lama lagi.
Iaitu novel lama author ; the last love for us.  

So author akan unpublish cerita the last love tu pada tarikh : 25/12

so siapa yang tak puas baca.Boleeh baca sebelum author unpublish.Itu saja.Tq Bye!

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now