Rayyaz menuruni anak tangga.Kelam kabut nampaknya.Seperti tergesa - gesa.
Mana tidak kelam kabut.Dia lambat bangun.Sepatutnya pagi ini dia perlu masak dan melawat Mawar.
" Eh Rayyaz?" Terus berkalih kepala Rayyaz apabila namanya di seru.
" Eh? Mummy dah balik?" Soal Rayyaz mendekati ibu tirinya dan ayahnya.
" Hm... Kamu mesti baru bangunkan?" Ujar Datin Amani sudah kenal perangai dengan lelaki itu.
" Hehe..." Rayyaz tertawa kecil. Kepala yang tak terasa gatal di garu.
" Ni kamu dah masak belum ni? Seminggu lebih ni bukan main lagi masak untuk Mawar." Ujar Datin Amani mengangkat keningnya ke arah anak tirinya.
" Eh mestilah! Jap... Rayyaz nak masak kejap. Mummy pergilah rehat dulu. Mesti penatkan?" Ujar Rayyaz terus membuka langkah ke arah kawasan dapur.
Datin Amani memandang ke arah suaminya. Senyuman nipis di lebarkan di bibirnya. Tidak pernah dia melihat anak tirinya rajin seperti itu.
" Anak kita tu nampak peliklah, Rizkyy." Ujar Datin Amani.
" What? Rizkyy?" Dato' Rizkyy mendekatkan wajahnya ke arah isterinya.
" Why? Betulkan apa yang I cakap." Ujar Datin Amani menjauhkan sedikit wajahnya.
" You mesti tak sayang I dah kan?" Soal Dato' Rizkyy mengalihkan pandangan.
Bertaut rapat kening Datin Amani apabila suaminya berkata begitu.Apa salahnya?
" Awak ni kenapa?" Soal Datin Amani memandang ke arah suaminya pelik.
" Sayang please! Call me, Abang. Not my name." Rajuk Dato' Rizkyy tidak langsung ingin memandang isterinya.Dia sudah berpeluk tubuh.
" Lailahaillah... A-"
" You memang tak sayang I dah kan? Sebab tu you sebut nama I." Ujar Dato' Rizkyy dengan mulut yang bermuncung.
" Lah... biarlah I nak panggil you apa pun. Rizkyy tu kan nama you... lagi pun I rindu nak sebut nama you.Tak salahkan?" Ujar Datin Amani memeluk lengan suaminya.
" Ah tak de! I'm your husband! Call me abang." Ujar Dato' Rizkyy tegas.Dia mahu juga gadis itu memanggil nama manjanya bukan namanya.
" Alolo... suami kite ni majok ke? Ala... sowylah abang. Dah Amani rindu nak sebut nama abang.Apa salahnya.Lagi pun bukan Amani sebut nama orang lain.Nama abang ugak!" Ujar Datin Amani memeluk pinggang suaminya.
" Yelah-" Belum sempat Dato' Rizkyy membalas suara garau Rayyaz menyentak perbualan mereka berdua.
" Err..." Loya tekak Rayyaz melihat ibu dan ayahnya bermanja - manja di depannya.
" Ye Rayyaz? Kenapa?" Soal Datin Amani memandang ke arah anak tirinya.
Baru saja ingin melepaskan pelukan di pinggang suaminya. Dengan pantas Dato' Rizkyy menahan dan menyuruh isterinya terus memeluk.
' Haih... dah tua pun manis lagi dorang ni.' Desis akal Rayyaz.Teringinnya dia ingin bersama kekasih hatinya begitu.Tunggulah dulu halal. Dia akan buat lebih manis dari itu.
" Err... Mummy. Ayam ada tak?" Soal Rayyaz.
" Ouh... Ayam dah habislah. Semalam mummy masak untuk daddy." Terang Datin Amani.
" Lah yeke? Aduh..." Rayyaz bagaikan tidak senang duduk saja.
"Rayyaz? Kenapa ni? Penting ke ayam tu?" Soal Dato' Rizkyy pelik dengan anaknya yang bagaikan cacing kepanasan saja.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...