RAYYAZ menjenguk ke belakang.Tangannya tidak berhenti mengaul kuah asam pedas yang berada di dalam periuk.
Mawar di lirik.Gadis itu sedang kusyuk membasuh pinggan.Senyuman nakal terbit di bibirnya.
" Mawar." Panggil Rayyaz membuatkan Mawar berkalih.
" Huh?"
" Sini... rasa." Arah Rayyaz.
" Jap." Mawar terus menutup pili air.Tangan yang basah di lap saja di bajunya.Kaki melangkah mendekati Rayyaz.
" Mana?" Rayyaz menghulurkan sudu ke arah Mawar.Di ceduk sedikit kuah itu.
" Emm... sedap." Biasa saja reaksi Mawar.
" Hmm? Sedap?" Rayyaz menyimpan senyumannya.
Mawar menganggukkan saja.Baru saja dia ingin membuka langkah dan membersihkan singki.Langkah terhenti.
" Okey tak tu?" Ujar Rayyaz mengawal suaranya daripada tergelak.
" Rayyaz." Mawar berkalih memandang ke arah lelaki itu.Wajahnya murah.Air mata mula bertakung.
" Asal?" Soal Rayyaz buat - buat tidak tahu.
Mawar sudah menjelir dan mengibas - ngibas lidahnya.Air mata sudah mengalir membasi pipinya.Wajah sudah merah dan berpeluh.
" Pedasnya Rayyaz! Air! Nak air!" Pinta Mawar kelam kabut.
" Nah! Nah!" Rayyaz menghulurkan secawan air untuk gadis itu.
Mawat meneguk rakus.Tidak sampai seminit dia menghemburkan kembali air itu.
"Rayyaz! Sakit!" Jerit Mawar terjelir lidahnya.
" Suamnya air ni!" Jerit Mawar dengan tangisan.
Rayyaz galak menertawakan gadis itu.Cepat kakinya melangkah mencapai gelas.Dan di tuang air sejuk ke dalam gelas itu.
" Rayyaz! Sakit gila!" Geram Mawar lalu merampas gelas yang berada di tangan Rayyaz.Di teguk habis dek kepedasan.
" Haha... eloklah... cili mulut yang suka menjawab tu! Padan muka!" Geram Rayyaz.
Mawar mencerlung tajam ke arah Rayyaz.Air yang masih tersisa di dalam cawan terus di siram ke arah Rayyaz.
Habis lecun wajah lelaki itu.
" Eh sepatutnya cili mulut puaka kau tu! Biar lidah tu cacat! Kurang sikit buat dosa! Sebab mulut th asyik nak buat dosa je kutuk orang! Hina orang!" Luah Mawar geram.
" Puas hati aku dapat curah air ni kat kau! Untung air sejuk! Kalau air panas... biar lecur habis muka kau yang macam jamban tak siap tu!" Geram Mawar.
" Eh main kasar eh kau! Untung aku dah ajar kau memasaklah!" Geram Rayyaz mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
" Eleyh! Itu pun tak ikhlas! Lagi pun kau yang mula dulu! Lidah aku ni sakit! Sebabkan kau tahu tak?" Geram Mawar.
" Mana kau tahu aku tak ikhlas? Kau nampak ke hati aku ni ikhlas ke tak?" Jawab Rayyaz.
" Huh! Tengok muka pun dah tahu!" Jawab Mawar tidak mahu kalah.
" Huh! Kantoilah kau tengok muka aku je tadikan? Aku tahulah aku ni hensem! " Selamba Rayyaz lagi membuatkan Mawar geram.
" Muka macam beruk lupa mandi aje! Beruk pun lagi hensemlah!" Geram Mawar.
" Kau ni nasib je bini kawan aku tahu tak! Kalau tak dah lama aku jual kau dekat pasar gelap!" Geram Rayyaz.
" Tapi macam buang masa... ada ke orang nak beli kau? Kalau letak kau dengan kambing sebelah - sebelah.Lagi berbaloi beli kambing daripada bela perempuan mulut yang tak habis - habis menjawab macam kau ni!" Perli Rayyaz.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomansaAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...