PCM 67

3.8K 221 14
                                    

Sampai saja mereka berdua di perkarangan rumah Dato' Rizkyy. Mereka berdua terus keluar dari perut kereta.

Bertaut rapat kening Datin Amani apabila melihat kelibat Mawar keluar dari dalam kereta. Sudah keluarkah?

" Maksu!" Mawar berlari anak ayam mendekati ibu saudaranya.

Datin Amani masih terpinga - pinga. Tidak tahu mengapa gadis ini sudah keluar dari hospital. Dulu jangka doktor lambat lagi. Di sebabkan kecedaraan yang teruk.

" Mawar? Kamu dah boleh keluar ke?" Soal Datin Amani inginkan kepastian.

" Yelah... Ni Mawar kat sini." Ujar Mawar dengan tawaan kecil.

" Baru je ke?" Soal Datin Amani.

" Tak adalah... dalam senja - senja macam tu. Lepastu Rayyaz bawa Mawar jalan - jalan dekat kota Paris." Ujar Mawar dengan bersemangat.

Datin Amani mengetap bibir. Geram betul dengan anak tirinya. Boleh pula dia merahsiakan!

" Mummy dah cantik - cantik ni mesti nak jaga Mawar malam ni kan?" Teka Rayyaz.

" Yelah! Mummy ingatkan Mawar tak keluar lagi! Ish kamu ni kan Rayyaz! Susahkan aku betul!" Marah Datin Amani geram dengan anak tirinya yang tidak memberitahu kepadanya bahawa Mawar sudah pun di keluarkan dari hospital.

Klak!

Bunyikan pintu terkuak dari dalam. Terpapar wajah Dato' Rizkyy terkejut juga melihat Mawar yang berada di depan isterinya.

" Eh? Mawar?"

" Hehe..." Mawar tersengih kekok. Kepala yang tidak gatal di garu.

" Bila balik?" Soal Dato' Rizkyy pelik.

" Err..."

" Nilah! Anak awak ni!" Datin Amani memandang tajam ke arah anak tirinya.

Bibir Rayyaz tidak lekang dari terus tersengih. Belakang tengkuknya di usap. Menghilangkan sedikit gugupnya.

" Ya allah, baby. Kesian mummy kamu nak tukar baju balik. " Tergeleng - geleng kepala Dato' Rizkyy, pening akan gelagat anaknya. Menyusahkan betul.

" Raja ingat nak buat suprice." Ujar Rayyaz dengan sengihan.

" Hm... Tak apalah sayang... Jom masuk. Maksudnya... Malam ni sayang freelah kan?" Ujar Dato' Rizkyy nakal. Keningnya di jongket beberapa kali.

" Sudahlah bang! Ish orang tua ni! Petang tadi dah dapatkan! Dah diam je!" Marah Datin Amani geram. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam rumah semula.

Terdiam Rayyaz dan Mawar. Dato' Rizkyy tertunduk. Haih... Apalah salahnya sehingga di marah sebegitu.

" Eh daddy!" Rayyaz menyenggol bahu ayahnya.

" Apa?" Dato' Rizkyy memandang tajam je arah anaknya. Sebabkan lelaki itulah isterinya mengamuk tak tentu pasal.

" Cubalah bagi mummy tu bernafas sikit! Memanjang nak! " Rayyaz pun sudah naik geram dengan perangai ayahnya yang gatal.

" Hey Baby! You tak ada bini you diam! Nanti you dah ada bini! Baru baby tahulah! Raja lagilah! Bujang dah lama... agak - agaknya bini kamu mati sebab layan kamu je!" Sinis Dato' Rizkyy . Tanpa menunggu jawapan dari anaknya. Dia terus membuka langkah mengejar langkah isterinya.

Rayyaz hanya mampu menggelengkan saja kepalanya. Pening betul dengan perangai ayahnya.

Kepalanya berkalih. Terlihat Mawat hanya diam saja. Mawar tidak mahu menyampuk. Haih... macam - macam gelagatlah keluarga ibu suadaranya ini.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now