Sampai saja Rayyaz berada di depan bilik wad pesakit yang bernama, Mawar NurDynira.Dia terdengar akan jerita seseorang dari dalam.
" Tak nak! Bukaklah! Rimas tahu tak!" Marah Mawar geram.
" Kenapa ni?" Berkalih kepala Mawar dan doktor lelaki itu.
Mawar sudah memutarkan bebola matanya.Rimasnya dia! Apa pula lelaki itu mahu?Sebuk saja!Desis akal Mawar geram.
" Eh... Encik Rayyaz.Err... ni Puan Mawar ni... dia nak kami buka pembalut kaki ni." Adu doktor lelaki itu risau.
" Dan? Bukak jelah."
" Tak Encik Rayyaz... saya bukan apa.Saya cuma takut kalau tak di balut... nanti masuk angin pula." Risau doktor lelaki itu.
" Hish! Doktor ingat kaki saya ni kropok ke boleh masuk angin!" Geram Mawar.
" Eh budak! Kau senyap boleh? Kau tu bukan budak sains diam boleh tak? Jangan nak tunjuk sangat bodoh tu." Selamba Rayyaz mengutuk gadis itu.
Mawar mengetap bibir.Geram pula dia.Selamba mamat tu saja.Memang mulut puaka!
" Encik Rayyaz... tolonglah pujuk Puan Mawar.Saya takut makin teruk kaki dia nanti." Ujar risau doktor lelaki itu.
" Ish! Sikit - sikit nak ngadu!" Geram Mawar.Bermuncung mulutnya.Apa barang main ngadu- ngadu!
" Biarlah Doktor.Buka je... memang dia nak kaki dia masuk angin agaknya... nanti bila kaki dia besar... baru padanlah muka dia.Besar macam kaki gajah! Eloklah... mulut dia yang muncung tu pun nak sama macam gajah dah."Selamba Rayyaz.
" Eh! Sedap mulut kau je kan!" Geram Mawar.
" Apa? Benda betulkan? Badan pun dah nak sama macam gajah... elok sangatlah doktor..." Rayyaz memandang ke arah doktor
" Kalau doktor nak buat duit lebih... doktor bukalah zoo kat dalam hospital ni." Ujar Rayyaz membuatkan dahi doktor lelaki itu berkerut.
" Apa maksud Encik?"Soal Doktor lelaki itu inginkan penjelasan.
" Yelah... bukalah zoo.Mesti budak - budak teruja nak tengok gajah masuk hospital.Lagi - lagi gajah ni rare sikit.Siap duduk atas katil lagi." Seloroh Rayyaz.
Hampir terhembur tawa doktor lelaki itu.Tapi di batalkan niatnya apabila melihat renungan tajam gadis itu.
"Ehem..." Doktor lelaki itu berdehem sedikit.
" Er... baiklah Encik Rayyaz.Saya keluar dulu eh." Pinta Doktor lelaki itu meminta diri.Rayyaz hanya membalas dengan anggukkan.
" Puan Mawar... kalau Puan Mawar dah tukar fikiran...boleh panggil saya eh? Tekan saja butang di bela-"
" Saya tahulah! Ingat saya ni baru keluar gua ke? Kurun sangat ke baru sampai KL?" Marah Mawar geram.Moodnya pagi ini memang rosak tanpa punca.
" Belagak betul!" Gumam Rayyaz.
" Eh Halloww, Mr. Puakers! Elok I belagarks pasal benda canggih - canggih gini! Dari kau! Berlagak pasal harta! Macam kau sorang kaya kat dunia ni!" Ujar Mawar dengan slengnya.
Doktor lelaki itu tidak sanggup lagi mendengar mulut mereka berlawan sesama sendiri.Dia terus berlalu pergi.
" Eh budak gajah ni karang-"
Tanpa amaran satu bantal di hempap kuat di wajah Rayyaz membuatkan Rayyaz terkejut.Wajah gadis itu di pandang geram.
" Padan muka! Yang gajah tu engkau! Eh kau nikan! Aku rasa nak sula - sula je tau mulut longkang kau tu!" Geram Mawar.

ANDA SEDANG MEMBACA
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...