Hampir 2 bulan Mawar dan Aryyan menjalinkan hubungan.Itu pun dek Aryyan melamar gadis itu pada hari pertama yang dia ingin berjumpa.Memang terlalu awal untuk mawar menerima...
Tapi layanan lelaki itu membuatkan Mawar tenang akan lelaki itu.Pujukkan, kata manis dan banyak lagi yang membuatkan Mawar terasa berada di awang - awangan apabila bersama lelaki itu.
Hubungan mereka di rahsiakan dari semua orang.Termasuklah Dyzwar dan Arissa.Dek takut terbocor akan hubungan mereka dengan Dyzwar... Mawar bertindak merahsiakan hubungan mereka daripada Arissa.
Pintu kedai emas itu di buka oleh Aryyan untuk kekasih hatinya, Mawar.
Mawar tersenyum bahagia apabila di layan seperti puteri kayangan saja.Di mana dia mahu apa saja dia dapat.
Mahu saja dia ingin lelaki itu menikahinya.Tetapi takut pula menampakkan dirinya tergocoh - gocoh mengejar lelaki sekaya Aryyan.
" Sayang... cuba try ni." Ujar Aryyan lembut.Sebentuk gelang yang berwarna perak itu di pasangkan di pergelangan tangan kekasihnya.
" Cantik..." Puji Mawar.
" Cantik sebab orang yang pakai pun cantik?" Puji Aryyan.Manis kata - katanya membuatkan Mawar terasa nak terbang saja.
" Sayang carilah mana yang berkenan... " Ujar lembut Aryyan.
Mawar menganggukkan kepalanya.Terus kepalanya berkalih.Matanya melirik kearah sekeliling.Ingin mencari gelang yang sudah lama dirinya dan Arissa idamkan.
Membulat mata Mawar dan senyuman semakin lebar di bibir merahnya.Cepat dia membuka langkah ke arah tempat yang diliriknya itu.
" Awak...! Tengok." Tunjuk Mawar membuatkan Aryyan mendekati kekasihnya.
" Cantik." Puji Aryyan.
" Kan?" Teruja Mawar.Sudah lama dia impikan.
" Sayang nak ke?" Soal Aryyan menjongketkan keningnya.
" Err..." Anggukkan saja menjadi balasan.Bibir di ketap menahan malu.
Aryyan terus memandang ke arah pekerja wanita yang menjaga kedai itu.
" Boleh tengok yang ni?" Pinta Aryyan.
Gadis berbangsa cina itu tertunduk dan tersenyum.Di capai kunci di sisinya.
" Ini dia..." Huluran itu di sambut oleh Aryyan.
" Sayang... cuba dulu." Arah Aryyan menghulurkan gelang itu ke arah kekasihnya.
" Awak... saya dah lama nak beli.Tapi sebabkan mahal... saya tahanlah nafsu nak beli tu...Huhu...
Saya dengan Arissa hampir tak makan dua hari sebab nak simpan duit beli gelang ni tau." Terang Mawar teruja.
" Arissa?" Soal Aryyan.Terjongket keningnya.
" Ye... Arissa." Beritahu Mawar dengan matanya tidak berhenti menelek gelang kegemarannya itu.
" Err... sayang nak ke?" Soal Aryyan.
" Mestilah saya nak... benda ni limited tau! Susah nak dapat. Kan amoi!" Ujar Mawar teruja.
" Ouh... Err... gelang ni bagi dua eh?" Pinta Aryyan.
" Ouh... Sorry Encik.Tapi gelangnya ini memang limited adition kat sini.Hanya ada satu saja yang di jual.Harga pun mahal..." Terang gadis berbangsa cina itu.
" Ouh..." Terkaku Aryyan.Mawar memandang ke arah Aryyan.Pelik.
" Kenapa awak nak beli dua?" Soal Mawar pelik.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...