Lengan Mawar di tarik kasar oleh Aryyan.Hampir jatuh isterinya di buatnya.
" Abang... sakit!"Jerit Mawar kesakitan.
Aryyan terus melepaskan cengkaman di lengan gadis itu.Tali leher yang terlilit di lehernya di longgarkan.Terasa panas pula.
Mawar mengesot sedikit jauh.Aura suaminya sekarang benar - benar membuatkan dirinya gerun.Di peluk kakinya.
"Aban-"
" Apa kau buat dengan Aufa!" Tengking Aryyan memotong kata- kata isterinya.
" Saya tak buat apa- apa." Jawab Mawar dengan air mata yang mula mengalir membasahi pipinya.
" Aku tanya Jawablah sial! Kau jangan ingat aku ni bodoh!" Tengking Aryyan mendekati isterinya.
"Aku tanya lagi sekali! Apa yang Kau dengan Aufa buat dalam bilik ni?"Tengking Aryyan inginkan jawapan.
" Mawar tak buat apa- apa abang... tolonglah percayakan Mawar.Mawar merayu sangat... jangan buat Mawar macam ni." Rayu Mawar dengan tangisan yang tidak berhenti mengalir.
" Tadi aku terserempak dengan Aufa dekat tangga! Dia kata kau penat! Kau penat sebab layan jantan tu kan?" Soal Aryyan dengan nada yang tinggi.
" Apa awak cakap ni Aryyan. Awak fikir saya ni tak ada maruah ke? Dia cuma hantar makanan pada saya sajalah." Jawab Mawar cuba meyakinkan suaminya.
" Kau panat sebab layan jantan tu kan?" Keras suara Aryyan.Tapi tidak menengking seperti tadi.
" Awak fikir saya pelacur ke Aryyan! Saya penat sebabkan, terpaksa sapu semua daun kering yang bersepah dekat seluruh laman rumah nilah! Ma...- " Marah Mawar. Hilang segala kesabarannya sebagai seorang isteri.Kata - katanya terhenti.Wajah suaminya di cerlung tajam.
Suaminya tidak habis - habis memirkan perkara buruk tentangnya.
Adakah dirinya semurah itu?
Aryyan terdiam.
" Sapu?" Soal Aryyan pelik.
" Sudahlah! Saya malas nak layan awaklah Aryyan! Awak memang dari dulu takkan pernah percayakan saya! Bagi awak saya ni pelacur! I'm,right!" Marah Mawar kecewa akan sikap suaminya.
Dia terus kembali baring menarik selimutnya menutup separuh badannya.Dia berbaring membelakangi suaminya yang masih berdiri.
" Asal kau nak sapu daun dekat laman pula? Siapa yang suruh sapu?" Soal Aryyan memegang bahu isterinya.Tapi di tepis oleh Mawar.
" Tak payah tahulah... saya yang nak buat!" Tipu Mawar dengan nada rajuk.Bibir di ketap.
Dia terpaksa menipu.Dia tidak mahu merosakkan hubungan anak dan ibu.Dia tidak mahu jadi batu api.
" Haih... kau susah - susah nak buat benda yang memenatkan dah kenapa? Mana Pak Un?" Soal Aryyan pelik.
" Manalah saya tahu..." Malas saja suaranya.
Aryyan mengeluh kecil.Tangan di bawa ke dahinya dek terasa lelah.Mata terkatup seketika.
" Hmm... Mawar-"Tanggan yang cuba untuk mengusap lembut bahunya di tepis oleh isterinya.Di ketap giginya dengan kemanjaan sang isteri.
" Sudahlah merajuk... jom turun makan. " Ajakkan Aryyan menepuk - nepuk lembut pinggang isterinya.
" Ish! Aufa dah hantar dah pun." Ujar Mawar malas saja nadanya.
" Tak habis - habis jantan tu! Dahlah! Tak payah makan - makanan yang dia hantar... entah apa - apa racunlah dia letak dalam tu." Selamba Aryyan.
" Apa awak ni! Mulut tu! " Marah Mawar mencerlung tajam ke arah suaminya.

YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
Любовные романыAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...