PCM 36

4.7K 205 13
                                    

Di meja makan, Rossa tidak berhenti memandang ke arag Aryyan dan Mawar.Mereka sering kali memandamg sesama sendiri.Dan itu membuatkan firasat Rossa adalah benar belaka.

Mawar tidak berhenti melarikan anak matanya apabila dia terpandang sang suami yang berada di depannya dan di sisi Ayah Rossa iaitu suami Mak Tin.

'Aku dah agak dah! Dorang memang sorokkan sesuatu!' Desis akal Rossa yakin.

Renungan tajam ke arah Mawar.Lebih berdendam akan gadis itu daripada Aryyan.

Bagi dirinya, jikalau perempuan itu yang tidak tergedik.Pasti Aryyan tidak akan tersungkur dan tergila - gilakan dirinya.Desis akal Rossa yang tidak berhenti menjatuhkan tuduhan kepada gadis yatim itu.

" Ros? Hang dah kenapa tengok Mawar macam nak telan?" Tegur Mak Tin membuatkan Rossa tersentak dari lamunan dendamnya.

Cepat kepala Mawar berkalih ke arah lain.Di suap nasi ke mulutnya.Membuatkan tiada apa - apa yang terjadi.

Arissa memandang Mawar.Dia tahu Rossa masih tidak berpuas hati akan dirinya yang tidak mahu mempercayainya.

Tapi benarkah kata - kata Rossa semuanya? Tapi takkanlah Mawar sanggup memperlakukan dirinya sebegitu? Mereka sudah lama berkawan.Sedangkan mereka berdua selalu meluahkan masalah sesama sendiri.

Dan keluarga Rossa banyak membantu.Tidak mungkin Mawar akan melakukan perkara sekejam itu pada dirinya dan keluarga dirinya.

Dia mengharapkan Mawar tidak ada niat jahat dengannya.Dia sudah menganggap Mawar bagaikan adik beradik.Mereka terlalu rapat.

Sedangkan ibu dan ayahnya pun sudah menganggap Mawar bagaikan anak sendiri.Takkan mungkin Mawar akan berkelakuan teruk begitu.

Lagi pun dia kenal Rossa.Mereka sepupu... kenal dari kecil lagi.Memang sudah masak dengan gosip murahan gadis itu.

________

Arissa membuka langkah memasuki bilik tidur khas untuk rakannya yang di sediakan oleh Mak Tin.

Pintu di kuak sedikit.Terlihat rakannya yang sedang termenung di birai katil.

Sampai dia masuk pun gadis itu tidak perasan.Jauh benar gadis itu termenung.

" Mawar?" Arissa menggawai tangannya di depan gadis itu.

Tersental Mawar.Sudah terjaga dari lamunan dan dunianya sendiri.

" Eh Arissa? Bila kau masuk?" Soal Mawar pelik.

" Eh? Aku depan kau kot! Takkam tak perasan?" Tergelak kecil Arissa.

Mawar tersenyum nipis.Tertunduk sedikit.Tangannya di mainkan.

" Kau okey tak ni? Termenung jauh nampak?" Soal prihatin Arissa.

" Tak ada apalah..." Ujar Mawar dengan senyuman tipis.

" Ish... kau nikan... ceritalah..." Rengek Arissa.

Mawar hanya diam saja.Bibir di ketap.Cincin di jari manisnya di mainkan.

Arissa melihat itu.

" Cantik cincin kau? Siapa bagi?" Soal Arissa.

" Err..." Kaku Mawar ingin memberitahu.

" Arwah mak aku punyalah..." Tipu Mawar.

" Ouh... cantik.Macam cincin nikah pula." Tergelak kecil Arissa.

" Mawar..." Tegur Arissa apabila melihat rakannya yang hanya mendiamkan dirinya dari tadi saja.

" Mawar... bagilah tahu kalau ada masalah.Aku ni kan kawan kau? Dulu... kalau kau ada masalah.Mesti kau bagitahu aku.Ni sekarang? Jarang kau bagitahu." Rajuk Arissa.Muncung mulutnya.

" Hehe... Tak ada apalah... tak payahlah panjang sangat muncung tu!" Geram Mawar menarik muncung rakannya.

" Ish kau ni!" Tergelak kecil mereka berdua.Mudah benar Mawar menceriakan harinya.Tidak mahu dia hilang rakannya seperti Mawar.

Tiba - tiba dia teringat akan sesuatu yang dia ingin menyanykan kepada gadis itu.Sebab itulah dia mencari gadis itu tadi.

" Err... Mawar ." Panggil Arissa menarik tangan rakannya.Di genggam.

"Hmm?" Gumam Mawar melihat rakannya di sisi.

" Err... aku nak tanya kau sikit boleh?"Soal Arissa dengan senyuman tipis.

" Tanya? Tanyalah..." Ujar Mawar lembut.

" Err... tapi kalau aku tanya ni.Kau janganlah fikir buruk pasal aku pula tau." Pesan Arissa.

Bertaut rapat kening Mawar akan kata - kata rakannya.Sudah kenapa mahu fikir buruk pula? Apa yang ingin di tanyakan?Desis akal Mawar penuh tanda tanya.

" Tanyalah...?" Soal Mawar dengan wajah yang penuh tanda tanya dan masih menunggu soalan rakannya.

" Err... kau... Kau ada perasaan ke dengan Aryyan?" Soal Arissa sedikit gagap.Takut rakannya terasa.

" Maksud kau?" Soal Mawar berkerut dahinya.

" Maksud aku... Kau ada perasaan suka ke dengan Aryyan?" Soal Arissa inginkan jawapan.Dia harap jawapan gadis itu adalah tidak.

" Apa kau ni? Kau gila ke?" Ujar Mawar terus bangun dari kedudukan.

Tangan yang masih di genggam di tarik.Tidak sempat Mawar melarikan diri dari menjawab soalan yang di tujukan kepalanya.

" Mawar aku tanya. Kau jawablah... susah sangat ke nak jawab? Ke memang kau ada perasaan dengan dia kan?" Keras suara Arissa mula hilang kepercayaan kepada gadis itu.

Mawar terdiam.Takkan dia mahu menipu gadis itu.Cukuplah dia selalu rasa berdosa kerana terus menerus menipu rakannya.

Rakannya bagaikan orang bodoh saja mempercayaikan dirinya.Yang terus menerus menipunya.

Apabila melihat rakannya yang hanya diam saja.Terus terlepas segala pegangan.Dia mengetap bibir.

" Jadi betullah? Kau memang sukakan Aryyankan? Betullah apa yang Rossa cakap dengan aku! Kenapa kau-"

" Tak! Aku tak sukakan dia! Puas! Kenapa kau nak tuduh aku sampai macam ni eh Arissa?" Nafi Mawar.

Tipu,tipu dan terus menipu.Itu saja tugasnya sekarang.Dan tahulah balasan yang akan dka dapat nanti.Huh! Tapi dia terpaksa... Mengapa susah benar dirinya kuatkan diri dan terus malawan rasa takut tu!

" Betul?" Ujar Arissa lemah.Dia ingin mendengar jawapan akhir rakannya.

Mawar tertunduk lemah.Keluhan berat di lepaskan.Mahu menipu lagi ke? Desis akal Mawar lemah.

Bukan setakat suka.Bahkan cinta dan kasih sayang terpaut di hati.Bertapa dalamnya rasa itu kepada sang suami.

" Tak... kau kawan aku, Ris.Takkan aku nak buat kau macam tu? Lagipun kau tahukan? Aku tak minat orang yang 30 an? Kau pun tahu?" Tipu Mawar.

" Mawar..." Bergetar suara itu.

Dia terus membuka langkah memeluk rakannya, Mawar.Rasa bersalah kerana telah menuduh gadis itu.

" Aku minta maaf... aku tuduh kau macam - macam." Ujar Arissa dengan tangisan.

" Tak apalah... tapi boleh tak... stop fikir buruk pasal aku? Aryyan tu majikan aku je Arissa.Tak lebih dari tu.Dan tolong jangan dengar cakap Rossa , kalau dia burukkan aku?" Pinta Mawar lemah . Air matanya mula mengalir.

Bagaikan seorang rakan yang tidak berguna.Seorang rakan yang tikam belakang.

' Engkau ada kawan yang pernah tikam belakang kau dulu, Mawar.Dan kau bencikan dia... benci dam benci.Terlalu benci dan mendalam.Tapi akhir... apa beza kau dengan dia sekarang? Tak ada bezanya Mawar...' Desis akal Mawar.

" Ye... aku sayangkan engkau Mawar.Aku tak nak hilang kau... Aku takut je Mawar... aku takut benda lama berulang." Ujar Arissa memeluk badan gadis itu semakin erat.

" Aku pun sayangkan engkau." Lemah suara Mawar.

' Hiduplah kau dalam dosa, Mawar! Terus menerus kau menipu... sebuk mahu jaga hati orang! Sedangkan nasib badan sengsara tak tentu pasal.'

PENGORBANAN
CINTA MAWAR 

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now