PCM 34

4.1K 211 17
                                    

Mawar mengenakan jubah yang berwarna putih.Di padankan dengan selendang putih di atas kepalanya.Terlilit elok.

Arissa mendekati rakannya yang berada di depan cermin.Yang sedang mengikat tali di pinggangnya.

" Cantiknya kau." Puji Arissa memegang bahu rakannya.

Tampak ayu dan sopan saja rakannya mengenakan baju serba putih di badannya yang plum itu.

Mawar berkalih apabila di tegur.Wajah rakannya di pandang lembut.Di lebarkan senyuman manis di bibirnya.

" Kau dah siap ke ni? Aryyan nak gerak pukul berapa?" Soal Mawar melihat jam di tangannya.

Jarum sudah menunjukkan sudah pukul 12 tengah hari.Mawar memandang wajah rakannya kembali menunggu jawapan.

" Aryyan dah telefon aku tadi.Dia dah siap dah pun.Dia kata, dia nak terus ke kereta.Tunggu kita kat sana je." Terang Arissa.

" Ouh... kau dah siapkan? Jomlah..." Ajakkan Mawar terus mencapai telefonnya di atas meja solek.

Arissa hanya membalas dengan anggukkan dan bag tangannya di capai di atas katil.Kaki melangkah ke arah daun pintu.

Arissa memulas tombol pintu dan membuka daun pintu itu.Terpapar satu sosok lelaki yang tinggi lampai.

Bagaikan mahu mencuru gayanya.Lihatlah... berkaca mata hitam.Bertopeng muka hitam.Tapi Mawar rasa dia kenal siapa.

" Eh Mawar! Kau berdiri belakang aku!" Arah tegas Arissa.

Berkerut dahi Mawar.Tanpa amaran, Arissa terus menghempas bag tangannya ke arah badan tegap lelaki itu.

Terkejut Mawar.Terbuntang matanya apabila melihat lelaki itu di pukul di tentang tanpa henti.

" Hamik kau!" Jerit Arissa.

" Eh Ris! Rissa!" Mawar terus menarik rakannya.Cuba untuk memberhentikan rakannya yang mula mengganas.

" Eh apa kau ni! Bahaya tau tak jantan ni! Tengoklah! Nak mencuri! Tapi tak kenal aku ni siapa ke? Memang kenalah!" Tengking Arissa.Kaki tidak berhenti ingin melangkah dekat dengan lelaki itu.Tapi di tahan oleh Mawar.

" Eh dahlah! Itu kawan akulah!" Terang Mawar membuatkan Arissa berkalih.Pandangan tidak percaya.

" Ka... Kawan?" Gagap Arissa tidak percaya.

" Ye... kebetulan dia bercuti tempat yang sama macam kita.Dan kebetulan lagi... bila dia sebelah bilik dengan kita je." Terang Mawar lagi.

Mata sudah tertancap ke arah lelaki yang sudah terbongkok dan memegang perutnya yang terasa sakit di tendang hebat oleh gadis itu.

" Err... Im so sorry... Maafkan saya Encik, saya tak sengaja." Kalut Arissa.Serba salah pula dia.

Lelaki itu menegakkan badannya.Di lambaikan tangannya ke arah gadis itu.Menandakan dia baik saja.Badan kembali di tegak.

" Err... " Arissa memandang rakannya di sisi.

" Asal kau tak bagitahu awal - awal?" Gumam Arissa.

" Eh? Engkau yang main serang je!" Bisik Mawar.

" Hehe..." Sengih Arissa menayangkan gigi putihnya.

Kring...

Deringan telefon menyentak Arissa.Telefon bimbitnya di cari di dalam bag tangannya yang di hempap ke atas lelaki itu.

Telefonnya di capai.Di lihat nama yanh terpapar.Nama yang terpapar itu membuatkan mata membulat.

" Weh! Aryyan dah tepon! Habislah! Kita kena gerak skarang!" Ajakkan kelam kabut Arissa.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Where stories live. Discover now