Sudah 2 minggu berlalu. Tetapi Rayyaz masih bersikap dingin terhadap Mawar. Banyak juga cara untuk Mawar membuka bicara bersama Rayyaz. Tapi nak tak nak saja dia melayan.
Mawar memasuki kawasan dapur. Bermuncung mulutnya ingin memikirkan masakkan apa yang boleh membuatkan hati lelaki itu lembut kembali.
" Haih... Aku cakap pasal Aufa je pun. Takkan mengamuk tak tentu pasal? " Gumam Mawar sendiri.
" Hmm... Entah - entah waktu tu dia tengah tak ada mood ke? Lepastu kau boleh pula nak push - push dia. Memang ngamuklah!" Sambung Mawar lagi.
" Mawar." Terangkat bahu Mawar apabila di tegur dari arah belakang.
Pantas kepala Mawar berkalih. Dadanya di pegang. Nasib tak luruh jantung dia.
" Kau kenapa?" Soal dingin Rayyaz.
" Er... tak ada apa." Ujar Mawar dengan sengihan.
" Jom ikut aku." Ajakkan dingin Rayyaz.
" Hm? Nak gi mana?" Soal Mawar pelik. Bertaut rapat keningnya.
" Nak beli fon kaulah... Semalam mummy minta tolong aku belikan fon untuk kau. " Ujar Rayyaz dengan nada yang mendatar.
Tanpa menunggu jawapan dari gadis itu. Rayyaz terus mengangkat kaki dan keluar dari kawasan dapur.
" Eh mamat ni. Aku tak sempat nak cakap lagi dah blah!" Geram Mawar. Keluhan di lepaskan. Ikut sajalah.
Seusai memilih dan membeli. Rayyaz mengajak gadis itu untuk ke sebuah restoran. Katanya ingin berbincang tentang hal penting.
Belum lagi berbincang. Mawar sudah tidak sedap hati saja. Entah hatinya rasakan benda buruk akan terjadi selepas ini.
" Aku nak oder air kejap. Kau nak?" Soal dingin Rayyaz.
" Err... tak apalah. Tak haus pun." Ujar Mawar dengan senyuman tipis.
" Hm." Hanya itu saja yang terkeluar dari bibir lelaki itu. Dia terus berlalu pergi. Mahu saja Mawar ingin mencampakkan pasu bunga yang berada di atas meja itu ke arah lelaki itu.
Aca saja dingin di depannya. Geram betul. Nasib lelaki itu banyak menolong dirinya. Kalau tidak! Desis akal Mawar geram.
Rayyaz melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Mawar. Riak wajahnya masih sama. Tetap dingin.
" Kau nak bincang apa?" Soal Mawar membuka bicara.
Rayyaz terdiam seketika sebelum menjawab. Mahu saja Mawar menglemparkan satu tumbukkan pada wajah lelaki itu.
' Aca cool je mamat ni!' Getus hati kecil Mawar.
" Kita tunggu air dulu." Ujar Rayyaz dingin. Lalu tangan mencapai telefonnya di dalam kocek seluar.
Matanya hanya fokus pada skrin telefon saja. Sekejap dia melihat ke arah skrin telefon. Sekejap melihat gadis yang berada dk depannya itu.
' Patut ke kau buat ni Rayyaz?' Getus hati kecilnya. Rasa bersalah pula.
Mawar bermain dengan jari jemarinya sendiri. Dia hanya menunggu ketibaan pelayan menghantar air lelaki itu. Mungkin lelaki itu ingin membasah tekak sebelum berbicara.
Beberapa minit mereka membuat hal sendiri. Pelayan akhirnya tiba dan melabuhkan punggung cawan itu ke atas meja.
Rayyaz terus menghirup kopi yang di pintanya di kauter tadi. Keluhan kecil di lepaskan. Wajah gadis itu di renung dalam.
" Cakaplah? Air dah sampaikan? Dah minum dah pun. Cakaplah... apa yang kau nak bincangkan tu?" Tiba - tiba pula Mawar hilang sabar. Mana tidaknya... lelaki itu hanya merenung saja wajahnya.
YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...