Datin Amani berlari anak ayam mendekati anak tirinya yang sedang mundar mandir di depan bilik pembedahan.
" Raja..." Datin Amani menegur lelaki itu.
" Mummy..." Resah hatinya.
" Macam mana dengan Mawar? Apa cite ni? Kenapa boleh jadi macam tu?" Soal Datin Amani resah.
" Semua salah Rayyaz mummy.Maafkan Rayyaz..." Rayyaz sudah terduduk.Kaki ibu tirinya di peluk.
" Baby... kenapa ni? Apa dah jadi dengan Mawar? Ceritalah." Ujar Dato' Rizkyy perlukan penjelasan.
" Mawar kena tikam waktu nak balik rumah.Semua salah Raja, Mummy. Kalau Raja tak berlagak hero tadi... semua ni takkan jadi." Tangis Rayyaz lemah.
" Ya allah... Tak apa sayang.Bangun... Raja." Datin Amani menarik lengan anak tirinya supaya berdiri.
" Tak apa... kita duduk dulu Raja. Kita doa yang terbaik untuk Mawar." Ujar Dato' Rizkyy cuha menenangkan anaknya.
Rayyaz menggeleng lemah.Air mata jantannya mengalir tidak berhenti.
" Mummy dengan daddy duduklah dulu.Raja nak tunggu doktor keluar." Ujar Rayyaz lemah.
Dato' Rizkyy menarik isterinya untuk melabuhkan punggung di sisinya.Di peluk bahu isterinya.
' Ya allah... kau kuatkanlah dia.' Bisik kecil hati Rayyaz.
Matanya kabur dek air mata yang tidak berhenti mengalir.Tangan sudah mengepal dek amarah akan kesilapan dirinya sendiri.
Krek!
Daun pintu bilik pembedahan akhirnya terbuka dari dalam.Cepat Rayyaz mendekati doktor lelaki itu.
( Author translate ke bm.)
" Doktor, macam mana?" Soal Rayyaz sambil lehernya memanjang ingin melihat gadis itu di dalam.Tapi malangnya pintu sudah pun tertutup.
" Jangan risau Encik. Pesakit masih baik sekarang.Tapi kami perlukan penderma darah yang sama dengan darah Cik Mawar.
Dia kehilangan banyak darah.Membuatkan badannya lemah dan berkemungkinan akan menjadi lebih teruk." Terang doktor lelaki itu.
" Ya allah..." Lemah Datin Amani mendengar itu.Di genggam baju suaminya mencari kekuatan.
" Buat masa ni kami akan tidurkan Cik Mawar.Kami tidak mahu dia buat banyak pergerakkan.Jadi... Ada sesiapa yang mahu dermakan darah?" Soal doktor lelaki itu.
" Saya... Saya, doktor." Ujar Rayyaz sambil tangannya menyerka air matanya.
" Kamu ada apa - apa penyakit ke?" Soal doktor lelaki itu.
" Saya... Saya tak tahu."
" Tak apa... mari ikut saya.Kita tengok dulu... Darah awak sama atau pun baik untuk pesakit atau tidak." Ajakkan lembut doktor lelaki itu.
" Nanti kami akan pindahkan pesakit ke wad dia sendiri.Buat masa ini pesakit tidak menyedarkan diri lagi." Beritahu lelaki itu.
Datin dan Dato' hanya menganggukkan saja kepala mereka.Tanda mereka faham.
" Baiklah... mari Encik." Ajakkan doktor lelaki itu.
Rayyaz hanya akur saja.
" Mummy... tengokkan Mawar ye." Ujar Rayyaz terus membuka langkah mengikutk jejak doktor lelaki itu tadi.
Rayyaz tidak berhenti bermain dengan jari jemarinya.Hatinya resah.Dia harap darahnya sama.Dan dia harap darah itu bersih tanpa penyakit.
" Encik Rayyaz..." Tegur suara garau seseorang membuatkan kepala Rayyaz terangkat.
YOU ARE READING
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...