PCM 70

4.9K 281 10
                                        

       Sampai saja mereka berdua di hadapan restoran hotel ternama itu. Rayyaz terus membuka langkah keluar dari perut kereta.

Terbuntang mata Rayyaz melihat pelanggan yang berada di dalam restoran mewah itu. Ramai benar. Kasihan benar dia dengan Chef Hun dan Chef Zack. Sudahlah hanya mereka saja yang menjadi tukang masak. Kalau lambat pasti ada pelanggan yang bising.

Rayyaz terus membuka langkah mendekati daun pintu kaca restoran hotel mewah itu. Baru saja ingin menolak daun pintu kaca. Rayyaz terdengar bunyi berdehem seseorang di belakang.

Automatik Rayyaz menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh lupa dengan kekasih hatinya? Dengan perlahan - lahan Rayyaz mengalihkan pandangan. Sengihan di tayang ke arah gadis itu.

" Sayang... jom masuk. Lupa pula baby... " Ajakkan Rayyaz lembut. Kening kanannya di garu.

Pasti dia terlupa dek tergesa - gesa ingin membantu rakan sekerjanya yang berada di dapur. Kasihan mereka berdua terpaksa berperang berdua di dapur.

" No... Awak lupa saya, Rayyaz... Saya nak awak tolong bukakan pintu untuk saya." Ujar Mawar dengan nada merajuk.

" Mawar aku banyak kerja kat dalam tu." Ujar Rayyaz lembut. Dia harap sangat gadis itu faham.

" Tak kesah." Selamba Mawar masuk kembali ke dalam perut kereta. 

Rayyaz melepaskan keluhan. Baik dia ikut apa saja gadis itu nak. Kalau tidak. Lagi lambat dia masuk ke dapur. Perlahan - lahan keluhan kecil di lepaskan buat kali yang kedua.

Rayyaz mendekati kereta miliknya. Pintu bahagian penumpang hadapan di dekati. Daun pintu di kuak dari luar oleh Rayyaz. 

" Sayang... jom keluar." Ajakkan lembut Rayyaz.

" Hmm... Macam tulah." Ujar Mawar dengan senyuman. Dia terus keluar dari perut kereta.

Di depan daun pintu kaca restoran. Mawar menunggu Rayyaz membuka pintu untuknya. Rayyaz memandang pelik ke arah gadis itu. Apa yang dia tercegat lagi? Desis akal Rayyaz.

" Kenapa kau tak masuk? Aku rasa pintu ni tak guna pin pun nak masuk." Ujar Rayyaz pelik.

" Bukalah untuk sayang... Baby tak sayang kita ke?" Soal Mawar dengan kerdipan mata.

Keluhan kecil di lepaskan. Ingat dia apalah tadi. Ada saja gadis ini. Tapi gadis itu silaplah, mahu mencabar dirinya. Rayyaz masih bermain dengan peramainan yang di cipta gadis itu.

Daun pintu kaca itu di tolak. Dengan ucapan terima kasih. Mawar terus membuka langkah masuk ke dalam restoran mewah itu. Sesak betul.

" Sayang... Sayang carilah tempat dulu. Aku nak pergi tolong kat dapur ni." Ujar Rayyaz.

' Ish mamat ni! Kejap baby! Kejap  aku! Eh? Kenapa kau nak kesah pula apa pun yang dia nak cakap? ' Desis hati kecil Mawar.

Baru saja Rayyaz ingin membuka langkah meninggalkan gadis itu. Tiba - tiba namanya di seru oleh gadis itu.

" Rayyaz..." Panggil Mawar.

" Hm? Apa lagi Mawar?" Soal Rayyaz dengen kedutan dahi. 

" Tolonglah carikan tempat duduk saya... Lepastu tarikkanlah kerusi untuk saya. Macam pasangan kekasih..." Ujar Mawar manja.

Keluhan kecil di lepaskan untuk keberapa kali. Entah dia pun tak ingat. Penat benar dia layan gadis itu. Tapi di sebabkan sayang. Sanggupkan sajalah.

" Jomlah..." Ajakkan Rayyaz terus menarik lengan gadis utu yang berbalut lengan jubah ke arah satu meja yang kosong. Mawar tersenyum... Sabar benar lelaki itu dengan perangai mengadanya. Sedangkan dia pun sedar... perangai mengada - ngadanya ni memang layak kena lempang saja.

- PENGORBANAN CINTA - [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang