Rayyaz membantu sang isteri untuk duduk di atas sofa. Di papah isterinya ke ruang tamu. Di tarik sedikit bantal kecil dan di letakkan di belakang si isteri.
" Allah akhbar." Ucap Mawar sambil melabuhkan punggung di atas sofa.
Rayyaz melabuhkan punggung di sisi isterinya. Perut si isteri yang membulat itu di usap lembut. Dengan penuh rasa kasih dan cinta. Rayyaz menjatuhkan ciuman hangat di atas perut yang membulat itu.
" Abang tak sabar nak tunggu puteri abang lahir. " Ujar Rayyaz sambil mengusap perut isterinya.
Mawar terjerit kecil pabila terasa perutnya di tendang. Ganas juga anaknya itu. Terasa sedikit sakit di bahagian perutnya.
" Abanglah ni... Tengok dia tendang." Menyeringai Mawar mengadukan kesakitan.
" Alolo... Kenapa puteri ayah buat ibu macam tu? Kesian ibu..." Ujar Rayyaz sambil mengusap perut si isteri.
Sudah dua bulan berlalu. Dua bulan juga Rayyaz mengambil cuti untuk menemani si isteri di rumah. Takut dia jikalau apa - apa berlaku.
" Abang... Buka tv. Mawar nak tengok karton." Pinta Mawar.
Rayyaz hanya membalas dengan anggukkan dan senyuman kecil. Rayyaz bangun dari kedudukan dan mencapai alat kawalan jauh tv di atas meja. Dia kembali melabuhkan punggung di sisi isterinya.
Rayyaz ikutkan saja apa yang gadis itu mahu. Dia akur akan permintaan sang isteri. Kalau tidak hari cerah menjadi mendung. Tidak sanggup dia berjauh dengan sang isteri.
Mungkin di saat isterinya mengandung. Dia perlu mengurangkan sedikit perangainya yang suka mengusik. Kalau tidak... Tidur luarlah dia.
Gadis itu mudah sangat terasa akan kata - kata si suami. Terkadang si suami menegur sedikit. Pasti dia akan marah dan mendiamkan diri.
Pening kepala Rayyaz ingin mencari idea memujuk si isteri. Terkadang sehingga seminggu gadis itu tidak mahu menyapa dirinya. Marah sungguh.
Rayyaz membiarkan saja si isteri ralit melihat karton yang terpapar di skrin tv di hadapan. Rayyaz tidak berhenti membelai perut si isteri yang membulat.
" Nanti abang nak letak nama dia Farisya." Beritahu Rayyaz.
Mawar berkalih apabila terdengar akan kata - kata suaminya. Mawar mengetap bibirnya geram. Berapa kali dia mahu ulang?
" Tak nak... Mawar nak letak nama dia Melur." Rengek Mawar geram.
" Alaa... Abang dah lama nak letak nama Farisyah. " Rayyaz pula yang merengek bagaikan anak kecil.
" Abang beria sangat nak letak nama Farisyah kenapa eh? Ex abang dulu ke?" Teka Mawar.
Mawar menjeling suaminya dari hujung mata. Di pandang suaminya atas bawah. Rayyaz mengerutkan dahinya.
" Tak baik tuduh abang macam tu." Ujar Rayyaz sambil mata mencerlung tajam ke arah isterinya.
" Okey... Kita buat deal! Dalam masa Mawar mengandung ni. Kita buat haluan masing - masing. Kalau abang dekat dengan Mawar. Bermaksud Mawar menang! " Ujar Mawar dengan senyuman sengek.
" Huh! Kalau sayang dekat dengan abang?" Soal Rayyaz sambil menjongketkan keningnya.
" Kalau Mawar dekat dengan abang. Mawar kalahlah... Tapi Awat yakin... Mawar akan menang. Sebab abang je tak boleh hidup tanpa Mawar." Lagak Mawar yakin.
Rayyaz mengetap bibir geram. Isterinya di cerlung tajam. Makin geram dia dengan si isteri pabila gadis itu menjelir lidah.
Tanpa amaran Rayyaz terus mencengkam pipi sang isteri dan di bawa dekat wajah si isteri ke wajahnya. Terbuntang luas mata Mawar pabila bibirnya di kucup pabtas oleh suaminya.

ANDA SEDANG MEMBACA
- PENGORBANAN CINTA - [C]
RomanceAMARAN ⚠️ Cerita ini di ambil dari kisah benar. Kisah seseorang yang pernah menjalani kisah pahit di dalam hidup mudanya. ________ ✨🦋✨ ________ Cinta? Cinta mengajarkan kita tentang pengorbanan.Cinta mengajarkan kita cara untuk mengikhlaskan.Cinta...