BAB 1

7.6K 177 2
                                    


And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

     "FAR bangun bangun!" laung Nasuha dari bawah. Dia mencapai beg sandang berserta beg galasnya. Dilihat jam yang berada di pergelangan tangannya.

     "Hish, minah ni pun satu jenis bangun lewat. Dah lewat dah ni" omel Nasuha sendirian. Dilihat Farhana turun dengan tenangnya

       "Kau tengok sekarang ni pukul berapa?" soal Nasuha. Farhana melihat jam di pergelangan tangannya. Dia menjegilkan matanya seraya menarik tangan Nasuha lalu menuju ke keretanya. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan terus memecut.

    Sesudah sampai ke universiti mereka, Nasuha segera turun. Dia cemas kerana sekarang adalah kelas Prof Fauziah.

        "Jom cepatla!" Farhana segera menarik lengan Nasuha dan menuju ke kelas Prof Fauziah yang terkenal dengan kegarangannya. Secara tidak sengaja Nasuha terlanggar seorang. Buku yang dipegangnya terus jatuh berselerak.

        "Maaf saya tak sengaja" gadis itu  tunduk mengutip buku yang berselerak.

      "Mata tu lain kali letak dekat muka. Hisy menyusahkan orang je. Mak ayah tak pandai ajar jalan kot" buku yang dipegang Nasuha digenggam.

    Sabar Nasuha, sabar Nas,hatinya dipujuk. Ini semua supaya wajah orang dihadapannya tak lebam dimakan penumbuknya.

       "Maaf kalau saya kurang ajar. Mak ayah didik saya lebih kepada agama. Bukan macam sekarang. Anak mereka tahu hanya memaki hamun je bila orang melakukan kesalahan walaupun sedikit. Jangan tuduh sebarangan. Fikirlah logik sikit encik Ammar , mak ayah saya mestilah ajar cara jalan yang sopan bukan macam girlfriend encik Ammar yang cat walk tu" balas Nasuha.

  Nah kau, tak pasal pasal dapat ceramah free of charge dari Nasuha. Ammar memandang Nasuha yang menunduk.

     "Maafkan saya, encik Ammar sebab terlanggar encik sampai encik patah bahu. Mesti encik marah kan. Maafkan saya" perli Nasuha dan terus berlalu pergi.

      Terkebil kebil sepasang mata koko itu memandang Nasuha yang sudah berlalu. Eh, dia baru lepas kena perli ke macam mana??

     "Kau okey. Aku dengar sampai sini dia tengking kau, Nas" beritahu Farhana sebaik sahaja Nasuha menghampirinya. Nasuha mengangguk sambil tersenyum.

      "Dia memang macam tu weih, sabar yea" bahu Nasuha diusap lembut.

    Langkah diatur memasuki kelas mereka, senyuman lebar meniti di bibir Farhana.

     "Yes, Prof Fauziah tak datang lagi. Mesti dia lambat tu" balas Farhana sambil melonjak kegembiraan.

     "Alhamdulillah, nasib baiklah kita hari ni tak kena marah dengan Prof tu" Nasuha bersuara lalu terus menuju ke tempat duduknya sambil Farhana yang berada di belakangnya tersengih sengih.

•            •            •

      "Weh, asal hari ni kau lepas rambut? Bukan selalunya kau ikat rambut ke? Tak rimas?" Nasuha berbisik. Naya kalau  Prof Fauziah terdengar. Penyarah itu memang terkenal dengan telinganya yang bagai telinga lintah darat apabila ada seseorang bercakap.

     "Asal kau pakai purdah dengan stoking bagai ni. Tak rimas ke?" soal Farhana. Memulangkan paku buah keras. Nasuha menjeling rakannya.

     "Humaira Nasuha, Farah Farhana. Apa yang kamu sembangkan tu? Pasal artis korea nak kahwin ke pasal artis melayu ke sembang lepas kelas saya. Nak sembang sampai malam pun boleh tapi habis kelas saya je" semua mata terus memandang mereka berdua. Malu!

     "Tak lah prof. Ni Nas ada cakap dekat saya dia tak faham dan minta saya ajar" balas Farhana. Bohong sunat wowowowowo....

      "Ha'ah. Sekarang ni saya dah faham dah" lembut sahaja tutur kata Nasuha tapi masih didengar Prof Fauziah. Mereka hanya duduk meja yang ke tiga. Sekilas Nasuha melemparkan jelingan kepada Farhana di sisinya itu.

      Prof Fauziah kembali menyambung semula pelajarannya. Suasana di dewan kuliah kembali menjadi senyap.

    "Okey class. Sampai sini saja kelas kita. Make sure you all siapkan kerja yang I bagi" pesan Prof Fauziah sebelum meninggalkan dewan kuliah.

     "Hye Far. Malam ni you free tak?" soal Ammar sambil menghampiri Farhana apabila semua sudah keluar kecuali Nasuha. Nasuha yang sibuk mengemas barang dijelingnya dengan pandangan tajam.

    "Oh, Am. Yes malam ni I free. Why?" soal Farhana.

      "I nak ajak you keluar dengan I malam ni" balas Ammar.

   "Sure, pukul berapa eh?" soal Farhana.

     "Pukul 8 macam tu lah, I pergi ambil you dekat rumah. Pakai cantik cantik tau. Bye" balas Ammar dan terus berlalu pergi sambil mengenyitkan matanya kepada Farhana.

    Naik geli Nasuha, nasib bukan dikenyit pada dia. Mau dia muntah hijau sebulan belum tentu sembuh lagi.

•            •            •

      "Kau ni dari sana sampai balik asyik senyum je" balas Nasuha sambil memerhati Farhana yang masih tersenyum.

      "Saje je" balas Farhana dan terus memasuki biliknya sambil bibirnya yang tak lekang dari terus tersenyum.

        Nasuha menuju ke dapur untuk minum air. Maklumlah cuaca sekarang makin panas.

     Tiba tiba telinganya menangkap bunyi kucing. Dia terus bergegas menuju ke luar rumah. Nasib dia masih belum menanggalkan purdah dan tudungnya.

       "Comot" Nasuha menyeru nama kucingnya. Dia terus mendukung comot sambil membelainya.

      "Kucing awak ke?" Nasuha beralih mencari pemilik suara tersebut.

      "Ha'ah. Kucing saya" balas Nasuha dengan nada yang pelahan tapi tegas. Dia menundukan kepalanya.

      "Sorry. Nasib tak terlanggar. Dia tiba tiba lintas dan saya sempat tekan brek" balas Amier sambil memerhati Nasuha dan Comot. Dia tersenyum kecil.

      "Tak apa. Benda dah jadi. Nak buat macam mana" balas Nasuha dengan nada yang sama. Dia mendongak memandang Amier seketika. Amier membetulkan songkok di kepalanya. Dia hanya memakai baju kurta bersama seluar longgar warna hitam dan songkok warna yang sama dengan seluar.

      "Saya minta diri dulu" Nasuha terus berlalu memasuki rumahnya.

     "She have a beautiful eye, allahu..." Amier terus memasuki keretanya yang warna kelabu dan terus memecut.

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now