BAB 12

2.1K 98 5
                                    

And I'll hold your hand untill we reach the gates of jannah...

_____________________________________________

•            •            •

   "HAH, termenung apa ni?" Irdina menyoal. Amira tersentak. Dia menjeling  ke arah rakannya.

     "Weh, kau salam tak ada eh, ni sergah aku terus. Nasib aku tak ada sakit jantung" marah Amira.

      "Wush, lek lek. Aku gurau jer. Yang kau bad mood apasal pulak. Datang bulan eh" tiba tiba kepala Irdina terasa diketuk oleh sesuatu. Pantas dia menggosok kepalanya.

     "Tak, aku tengah rusing ni" jawab Amira.

     "Pasal masalah negara ke?" teka Irdina. Amira mengepal penumbuknya.

     "Weh, sabar sabar" Irdina mengurut belakang Amira sambil tersengih. Amira menjelingnya.

     "Jom pergi jalan jalan untuk tenangkan hati kau yang tengah rusing" ajak Irdina. Amira menganggukkan kepalanya. Irdina terus naik ke atas untuk menukar pakaiannya

     "Kau memang  sahabat yang baik. Walaupun kau selalu dengan loyar buruk kau. Tapi kau memang memahami aku" Amira mengumam sambil tersenyum.

   "Eh, sejak bila bertudung bagai ni?" soal Amira. Dia memerhati Irdina dari bawah hingga ke atas.

    "Baru jer. Entah, tiba tiba aku tergerak hati untuk bertudung" jawab Irdina. Dia tersengih.

   Amira menghidupkan enjin keretanya. Irdina segera merobos masuk. Tujuan mereka adalah taman yang berada berdekatan dengan rumah mereka.


•            •            •
  

    "Eh, akak Nas" Amira tersenyum. Dia terus menyalam Nasuha. Nasuha tersenyum.

    "Ami buat apa dekat sini?" soal Nasuha.

    "Jalan jalan, hilangkan stress belajar" jawab Amira.

    "Biasalah tu, lama lama nanti jadi okey la" balas Nasuha.

    "Eh, kejap. Ni mesti Irdina kan?. Yang selalu buat lawak tu?" teka Nasuha. Irdina tersengih.

    "Akak ingat lagi ke?" soal Irdina.

     "Mestilah ingat, kalau masuk dalam dorm tu. Macam macam Ir ni buat. Ada jer Irdina ni riuh satu dorm" balas Nasuha.

      "Oh ya, akak nak kena pergi dah. Nanti kita jumpa lain kali eh. Assalamualaikum" Nasuha terus berlalu pergi selepas disalam oleh bekas juniornya.

   Nasuha berlalu pergi menuju ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari tempatnya sekarang itu. Tubuh dibawa masuk ke dalam kereta lalu enjin dihidupkan.

    Nasuha memandu keretanya menuju ke suatu tempat.

    "Haih, hari ni nak masak apa eh?" soalnya sendirian sebaiknya dirinya sampai ke rumah. Tubuhnya keluar dari kereta. Kasut disusun di rak kasut lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.

    "Masak sambal udang dengan masak lemak cili padi" Nasuha terkejut. Dia beralih ke arah belakangnya.

    "Awak ni boleh tak kalau masuk rumah bagi salam" marah Nasuha.

     "Saya dah bagi salam tapi awak yang tak dengar. Tu lah, berangan lagi" Amier menggosok kepala isterinya sebelum berlalu ke biliknya.

    "Jangan main kepala saya boleh tak?" laung Nasuha dari bawah. Kedengaran suara Amier ketawa dari atas.

•            •            •

    "Done!" Nasuha tersenyum puas. Dia terus naik ke atas untuk memanggil Amier.

      Pintu diketuk beberapa kali. Masih tiada sahutan.

   "Perlukah aku masuk atau tak?" soal Nasuha sendirian.

     Tombol pintu terus dipulas. Nasuha melihat sekeliling. Kelibat Amier masih tak kelihatan. Dia terus masuk. Jujur itu kali pertama dia memasuki bilik suaminya. Debar di dada terasa.

    "Awak buat apa dalam bilik saya?" Nasuha terus beralih memandang Amier yang berada di belakangnya. Dia pantas menutup matanya.

   "Er, makanan dd...dah...ssiipp siap" balas Nasuha. Dia menggigit bibirnya. Menyesal! Menyesal dia masuk bilik Amier!!

    "Kenapa awak gagap?" soal Amier sambil menghampiri isterinya.

    Nasuha mengundur ke belakang apabila dia jelas dapat melihat kaki Amier menghampirinya. Dia terasa badannya sudah bersandar pada dinding.

    "Err, mana ada sss...saya...gagg gagap" matanya terus bertentangan dengan mata Amier.

     "Kring kring, eh??. Ibu telefon. Saya pergi dulu" Nasuha menolak sedikit tubuh Amier supaya dia dapat pergi. Dia pantas keluar dari bilik Amier.

   Amier tersenyum. Dia pantas menyarung seluar dan baju ke tubuhnya. Terus jejaka itu keluar dari bilik dan menuju ke arah meja makan.

    "Err, awak pasal tadi..." kata kata Amier terus berhenti.

    "Diam" Amier terus menampar mulutnya. Dia tunduk memandang nasi di hadapannya. Renungan Nasuha boleh membuatkan bulu romanya menegak.

    Nasuha masih membayangkan Amier yang hanya berkain tuala paras pinggang. Dia terus menggelengkan kepalanya membuang rupa Amier tadi. Sumpah dia takkan masuk ke bilik suaminya lagi.

•            •            •

     "Awak tengok cerita apa?" soal Amier. Dia menghampiri Nasuha yang sedang menonton televisyen.

     "Munafik 2" jawab Nasuha yang kusyuk menonton. Amier yang duduk di sebelahnya terus bangun pelahan lahan.

    "Awak takut ke?" soal Nasuha dan memandang suaminya.

    "Mana ada saya takut. Saya rasa cerita ni bosan, tak menakutkan" balas Amier sambil menyilangkan tangannya di dada. Nasuha mencebik.

    "Ye ke, buktikan. Meh, duduk sini dan tengok sekali dengan saya" Amier menggarukan kepalanya. Dia terus mencapai bantal di sebelahnya. Bantal itu dipeluknya. Nasuha tersenyum sinis.

      Tiba tiba terpampang muka yang menakutkan di dalam kaca televisyen. Amier pantas menutup mukanya. Sekali dia melihat jika muka yang menakutkan muncul lagi. Amier menarik nafas lega. Secara tiba tiba muka yang menakutkan muncul kembali. Amier pantas memeluk lengan isterinya.

      Nasuha terdiam. Dia cuba menahan dari tergelak. Rasa macam nak ambil gambar muka suaminya sahaja sekarang ni. Secara tiba tiba, dia terasa sesuatu memeluk tengkuknya. Habis senget tudungnya sedikit.

   "Okey dah tamat, rasanya awak boleh kut lepaskan tengkuk saya" Amier melepaskan prlahan lahan tengkuk Nasuha. Nasuha membetulkan purdah dan tudungnya. Dia membuka telefonnya dan menunjukkan beberapa keping gambar kepada Amier.

    "Bila awak ambik gambar ni?" soal Amier sambil memerhati gambarnya yang dalam ketakutan. Siap ada gambar Nasuha di sebelahnya sambil membuat tanda bagus.

    "Padamlah" Amier memohon.

     "Aip, no no no" jari terlunjuknya digoyang goyangkan.

     "Awak usik saya, saya post muka ini dekat social media. Biar semua followers awak yang beribu ribu itu tahu macam mana wajah buruk awak tu" ketawa nakal Nasuha kedengaran sebelum gadis itu melarikan diri ke biliknya.

    "Siaplah awak nanti" laung Amier dari bawah. Dia terus naik ke atas. Mengingatkan kembali dia memeluk tengkuk isterinya akibat takut boleh membuatkan dia ketawa sendiri.

   Aduh duh, kau la Amier...

  

Kau Untukku SelamanyaWhere stories live. Discover now